Showing posts with label Fiza Mahazir. Show all posts
Showing posts with label Fiza Mahazir. Show all posts

Pre-wedding shoot @ Penang

Assalamualaikum,

Pre-wedding shoot. 
Actually tak terfikir pon nak buat pre-wed ni. Tapi memandangkan takde gambar yang helok untuk letak dalam banner kahwin nanti, so aku decide dengan Encik Tunang untuk tangkap gambar la. Agak kelam-kabut jugak la nak arrange shoot ni. Memula tu plan nak upah photographer la. Tapi memasing busy sangat. Kena kira bajet juga sebab bagi aku semua benda nak kena ambil kira. Taknak la membazir macam tu je kan. Lain orang lain cara.

Memula tanya Encik Tunang nak shoot kat mana. Kami decide nak buat kat pantai. Terjebak dengan gambar-gambar orang lain kan. Tapi lastly, shoot dekat Penang je. Nasib la Encik Tunang tahu selok-belok Penang. 

Baju pon kitorang recycle balik je yang mana ada. Mekap pon sendiri. Hentam saja la. hahaha
And nak tahu, yang best nya kitorang shoot sendiri je. Jimat segalanya. 

So kitorang keluarlah segala skill yang ada. Memandangkan tarikh majlis semakin hampir, memang kena buat kerja pantas.

Aku sharekan beberapa gambar yang kitorang sempat shoot.

Enjoy ya ;)


Mekap sendiri ja. Encik Tunang kata boleh pon mekap sendiri. Cincai aja la bukkk..










Maka terhasil lah banner wedding kami.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Cantik dan kemas. Banner ni termasuk dengan pakej kad kenduri. Highly recommended.
Deign pon semua yang latest-latest tau.

Actually, banyak lagi tempat-tempat menarik kat Penang. Tapi disebabkan kami kekangnan masa, maka tuju beberapa tempat ja la..


Ok bye bye :)

SYAWAL 1437H


ASSALAMUALAIKUM.

S E L A M A T 
H A R I 
R A Y A
!!!!

Syukur Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun ini yang baru lepas 8 hari.

Dan Alhamdulillah, di atas kurniaNya juga kita masih diberi peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ambil peluang cuti yang panjang (6 hari saja), untuk bersilatulrahim dengan keluarga dan sanak saudara dan menjalinkan ukhwah sesama kawan kawan.

In Sya Allah, panjang umur Aidilfitri tahun depan akan lebih meriah dari kali ini. Lebih dapat membantu ramai orang dan dapat memberi lebih nilai kepada keluarga. 

#TeamRayaSingle
#TeamRayaKedah















Dec 31, 2011 Decisions of life - between ME n YOU!!

Kehidupan yg kita lalui harini adalah tindakan yang kita pilih pada masa lampau. Perjuangan hidup tak bernoktah sehinggalah ke nafas yang terakhir. Samada betul atau salah pilihan yang kita buat, kita perlu hadapi dan terima kerana setiap atas sesuatu itu tentu ada buruk baiknya. Samada kita takut atau berani, pilihan itu kita yang tentukan. Setiap detik dari bukaknya mata sehinggalah terpejamnya mata, tak terkira berapa keputusan yg kita telah buat tanpa kita sedar.
         
And now, what happen to my life is choosen by me. Hidup serba kekurangan pada zaman kanak2 membuatkan aku bulat and tekad supaya ianya tidak diwarisi oleh anak2ku. Bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang besar dan mempunyai kedua ibu bapa yg sangat garang dan tegas. Syukur. i love u mak & abah.
         
Mula bergaul dengan kawan2 dari keluarga yang senang sejak di sekolah menengah lg membuatkan aku rasa kerdil dan naif. Namun aku kuatkan semangat supaya aku boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama mereka. Dan jurang itu aku rapatkan. Betullah utk mengubah kehidupan kita perlu berani dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu. Yakin bahawa Allah itu sentiasa bersama orang2 yang sabar dan sentiasa berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik.
         
Dan sehingga ke hari ini aku tak pernah berhenti menjadikan kehidupan aku lebih baik dari sebelumnya. Aku takkan mengalah dan membiarkan masa menelan usia. Sesungguhnya impian aku masih jauh dan hanya aku shj yang mampu menggapai apa yang aku impikan dan bukannya orang lain. Kerana semuanya terletak di tangan aku. Kehidupan ini tak semudah dan seindah yang kita impikan. There's up and down. Keputusan yang kita buat penuh dengan kebarangkalian dan ketidakpastian. Buangkan jauh2 segala ketakutan itu. Berusaha dan terus berusaha dan sentiasa tawakkal kpd Allah s.w.t. Minta petunjuk drNya. Insya'Allah semoga apa yang kita usahakan dipermudahkan.


Love, 
Fiza Mahazir

Diamond Night 2016 - Teaser!

Assalamualaikum.

Hye semua! Last saturday, 23 April 2016 we attend Diamond Night at PICC, Putrajaya. While waiting for more pictures from our official photographer, Hafiz Atan, let me share a some of pictures from my handfone :)


My OOTD. love my outfit & makeup.


Corporate video for Sahajidah Haio .


My backbone in business. Thanks uols. LOVE!


Our table, geng kuat makan ni..makanan semua best! Havoc bila berkumpul ramai-ramai macamni.


Diamonds of The Diamond Circle.


Stay tuned for the updates.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


xoxo,
Fiza Mahazir a.k.a Jat ;)


byBulan.co

Assalamualaikum.

Syukur syukur syukur Alhamdulillah..

Akhirnya, impian nak ada branding nama bisnes sendiri termakbul :)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Before ni, nama 'oh bulan station', then tukar pulak 'bypjat_'.. Ntah kenapa rasa macam tak sesuai. Tukar lagi sampai terjumpa nama 'byBulan.co' (janji ni yg paling last)




Berwajah baru dan rasa lebih confident.. hehe! So jom la ramai-ramai follow ig kita tau.. Baru rasa semangat nak update hari2.. hehe! 

Instagram ni, kita ada jual shawl chiffon. Material chiffon gred AAA.. Serius best, selesa dan harga sangat lah murah. Sampaikan ada customer cakap, eh shawl awak ni macam harga rm20 tapi sy beli baru RM12.. Dah la labuh dan boleh buat pelbagai fesyen.. 

Jom tengok warna-warna yang menarik. 






xoxo,
Fiza Mahazir
+6012 4219244

Happy Birthday to Fiza Mahazir!


October 25th,
yeayy..
it's my birthday..!

For some people, they prefer not to reveal the real age, 
for me.. tak perlu hide kan umur :) Ia hanya sekadar angka..

Alhamdulillah,
I am proud of myself and for what i have become and achieved so far! 
:)

Feel blessed too,
being surrounded with beloved family,
especially my mak, my abah, my sisters, and brother,
my love (eh ada ke?) :)

I still have my friends who keep on supporting me,
my business partners who keep on counting on me,
Not to forget, i have mentors who keep on guiding me! :)

Here's some of the thoughtful wishes they made for me,
from insta & whatsapp :-





Thank you everyone for the warm wishes, prayers..
:)


THANK YOU AGAIN EVERYONE!



Love,
Fiza Mahazir


1 Syawal 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah 1 Syawal yang penuh meriah dan kesyukuran. Dan selesai sudah ibadah puasa kita selama 29 hari kan. Seronoknya tengok semua orang upload profile pic yang baru dengan keluarga, dengan baju raya yang cantik-cantik. Makin bertambah cantik dan hensem semua :)

Macamana dengan 1 syawal uols? meriah tak? Dapat raikan hari raya bersama-sama keluarga? dapat bergambar dengan semua sanak-saudara? Mesti la kan.. Setahun hanya sekali saja.


Pagi tu selepas sembahyang raya, kami sekeluarga menziarahi pusara arwah adik. Tahun kedua tanpa nya. Sedih dan sebak. Beberapa hari sebelum Syawal, mak ada mimpi kan arwah. Mak cakap muka arwah nampak bersih, putih, tersenyum je. Alhamdulillah. Moga bahagia dia di sana.



Eh korang...!! Ramai kan tema 'mak kau hijo' tahun ni.. Sedondon la kita ye.. 

Lepas ke kubur, 2 3 family sebelah mak datang beraya di rumah sebab berkumpul sebelum gerak pulang ke kampung. Setiap tahun, memang ada aktiviti wajib untuk kami semua. Cabutan duit raya untuk anak-anak & cabutan bertuah untuk ibu-ayah. 



#selfieraya dengan abah.


Tunggu next entry nak share kemeriahan kami berkumpul dengan sanak-saudara. Alhamdulillah, makin lama makin erat hubungan kekeluargaan kami.


Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaaaaaaa..!!



#syukurselalu


Fiza Journey's - Penang Hill

Assalamualaikum.

Hai All.

Actually, cerita ni dah lama jugak, tapi belom sempat nak share. So harini ada masa lebih sikit, me ambil peluang updat my blog. Rindu nak menaip katanya haa.. Last 20 February 2015, jatuh pada cuti Chinese New Year. So memang mostly cuti kan. Ramai yang planning balik kampung, holiday dengan family, buat majlis kenduri dan banyak lagi. So for me, pergi short vacay dengan kakak.

Lagipon tak jauh pon, balik hari je.. Last datang Bukit Bendera ( Penang Hill ) ni, kalau tak silap masa sekolah rendah. So memang lama sangat. Banyak yang dah berubah dan semakin maju. Penang always maju.. Banyak tempat menarik yang belom sempat nak jelajah lagi. InsyaAllah ada kesempatan, boleh la pergi nanti.

Bertolak awal pagi kekonon nak elak dari jem. Jalan memang totally tak ingat, so main gamble dan rujuk pada waze saja. Lastly, waze kasi salah jalan, masuk laluan kawasan rumah orang. Sekali uncle tu cakap bukan u sorang yang sesat, harini saja lebih 100 biji kereta dah lalu jalan tu. Kah! waze menipu.

Weols sampai dalam pukul 10pagi tapi manusia.....Ramainyaa.. So jangan verangan nak dapat parking atas.. Terpaksa parking di bawah dan jalan kaki naik ke atas. Beratur sangat lama.. Rasa macam menyesal datang time public holiday tapi dah sampai (T_T).

Bayangkan beratur time beli tiket, beratur masa nak tunggu train, terpaksa berebut-rebut sebab semuanya dah panas, anak dah nangis, lapar, semua la. So weols pon terpaksa la berebut jugak. amzar pon dah mula tak selesa sebab panas + lapar. 


Saat menunggu giliran nak masuk ke dalam.. Manusia punya la ramaiii.. Ingatkan kami je nak melawat Bukit Bendera.. Lulz~


Berebut iols naik nak duduk depan.. Sebab boleh tengok jalan.. Padahal gayat jugak.. Mula la fikiran ni keluar macam-macam imaginasi..Haiyaaaa~ 


Si Amzar rupanya takut dengan maskot ni. Tak macho la. 


Nice view. Dah macam kat Korea. Sila perasan. #kekoreakekita #kepenanglakita


Bukit Bendera ni actually dah banyak sangat berubah dari segi pembinaan. Ye la, 13 tahun yang lalu, mana ada apa sangat.. Sekarang ni, sangat la maju.. So kalau uols datang Penang, sila lah datang Bukit Bendera.. 



Permandangan dari atas Bukit Bendera. Capture by OPPO :) 


Semoga berjumpa lagi ye! Later nak update entry holiday ke Pulau Langkawi..
See you soon.


JAT :)



Tua sebelum usia.

Assalamualaikum..
Hye!

Pernah tak korang berada dalam situasi begini?, "Dah berapa orang anak?" walhal masih lagi single dan belum beranak :) (dalam hati... aku tak lah tua sangat kan..)

Percaya atau tidak, memang usia ada kaitan dengan bentuk fizikal badan kita. Korang perasan tak kalau ada kakak-kakak yang badan slim (bukan kurus kering okey) and petite memang nampak muda aje kan? Kadang-kadang kita pon macam tak percaya bila dorang cakap umur, sebab nampak mudah sangat!


Bentuk badan, saiz badan memang memainkan peranan penting bagi seseorang terutamanya wanita. Tak percaya? Sila compare dengan gambar testimoni Premium Beautiful ni. Memang beza sangat kan. Tengok yang kiri tu nampak berusia sikit bila berbadan besar. Cuba lihat pula gambar di sebelah kanan, nampak kelihatan lebih muda dan sometime orang tegur yang orang itu berumur 23/24 tahun.. LOL...Memang beza sangat. Itu lah yang dikatakan TUA SEBELUM USIA bila kita bersaiz badan besar.


Actually tujuan kita untuk lebih sihat dan cantik bukanlah tanpa sebab. Tapi untuk diri sendiri dan suami, keluarga. cuba bayangkan kalau kita tak fit, baru je kejar anak dah bergegar kepala lutut and nafas tercungap-cungap kan? hehee. Yang penting dapat kan berat badan yang ideal dan shape yang ideal untuk diri kita ok! 



Love, 
Norhafizah Mahazir


My Home Office..

Hai!

Impian Jat harini adalah ingin miliki ofis sendiri di rumah bila fulltime nanti. Saya memang berimpian nak jadi fulltime housewife bila berkahwin nanti. Sebab lebih banyak masa terluang bersama keluarga. Tapi, at the same time saya nak ada income sendiri. Nak jadi working at home mom. gituwwww~






Jat harap sangat dapat bakal suami yang memahami soon. Buat semua ni bukan untuk diri sendiri saja, tapi untuk family, suami, anak-anak dan bakal masa depan.. Masa depan kita tak tahu apa bakal terjadi tapi masa tu kita boleh beli dengan masa sekarang. Dengan cara yang macamana? Dengan merancang sesuatu yang baik.. InsyaAllah, dengan izin-Nya.



Love, 
Norhafizah Mahazir


Peluang Perniagaan Untuk Menambah Pendapatan Sampingan


TAHUKAH ANDA?

Seramai 17.7 juta pengguna internet di Malaysia. Satu angka yang cukup tinggi dan besar yang kita tidak boleh abaikan sebagai sasaran apa jua  perniagaan yang kita jalankan.

Dahulu, ramai berniaga secara offline, kerana ramai yang tidak tahu cara  & laman sosial belum di kenali ramai. Makanya, pasaran perniagaan hanya di kenali di sekitar kawasan, keluarga, rakan-taulan dan jiran-jiran sahaja. Namun kini, perniagaan secara online melalui social media semakin meluas dan maju seperti ' cendawan tumbuh selepas hujan'.. Sana-sini perniagaan mengambil peluang untuk aturkan strategi marketing bagi mencapai sasaran jualan dari ratusan ke jutaan ringgit. Tak mustahil bukan?

Dengan hanya menggunakan FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, BLOG, YOUTUBE, dan mana-mana social media kita boleh mencapai pasaran yang amat besar pada kos yang sangat rendah. 

Sekarang Jat lihat ramai yang telah memulakan apa jua bisnes dengan menggunakan internet terutama kaum wanita bagi menambahkan pendapatan. Kerana untuk mengabaikan pasaran yang sebegitu besar seperti ini amatlah merugikan. Tambahan pula, kaum wanita sudah sinonim dengan 'shopping online'. Lebih jimat masa, dan tenaga. Why not, sambil 'shopping online', kita ambil peluang 'buat bisnes online'.

Namun pasaran yang sebegini besarpun jika kita tidak pandai untuk mencari punca sasaran dalam mempromosikan produk juga boleh mengundang kekecewaan. Hakikatnya kita perlu belajar bagaimana mengoptimumkan penggunaan social media sebagai marketing tools dengan betul.

Dalam TDC (The Diamond Circle) kami di latih dan di ajar untuk menggunakan kesemua social media terutama BLOG, FACEBOOK, INSTAGRAM dengan betul. Dari aspek pemasaran produk sehinggalah kepada peluang perniagaan ianya di ajar satu per satu oleh pakar IT yang terlatih ( dari pengalaman dan keberkesanan ). Dan semuanya di ajar secara PERCUMA.

Namun hakikatnya, tiada perniagaan bermula tanpa modal walaupun menjual goreng pisang sekalipun. Perniagaan dan modal adalah sinonim dan tak boleh di pisahkan. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Jat senaraikan anggaran modal yang diperlukan untuk memulakan beberapa perniagaan :

Kiosk minuman franchise cth seperti coolblog dan chatime - RM100K++
Stall burger franchise - RM20K++
Tutti Fruitti franchise - RM600K++
Carwash - RM40K++



.......................................................


Sesetengah orang yang Jat jumpa ingin memulakan perniagaan namun menghadapi kekangan dari segi kewangan. Yelah tak semua orang bernasib baik kan??



Di sini, kami memulakan bisnes ini dengan modal yang cukup flexible dan pulangannya anda yang tentukan sendiri dan pastinya cukup berbaloi. Kami akan bantu anda bermula dengan modal serendah ini. Yang penting ada kemahuan yang tinggi serta internet access. STUDENT dan SURIRUMAH yang berminat sangat dialu-alukan.


.......................................................


Semoga kita sentiasa mencari peluang dan mengambil peluang untuk memperbaiki diri dan menambah nilai hidup!!




Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat


Hari ni nak bagi kaunseling sikit. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.

Kenapa saya suka bagi kaunseling? Adakah saya bagus? Adakah hidup saya sempurna?

Kalau anda kata saya bagus. SALAH. Saya memang tak sebagus yang anda rasa. Kenapa? Yelah, saya tahulah diri saya...lebih dari apa yang orang nampak tentang diri saya. (ok faham tak ayat tu? Hehe...)

Kalau anda kata hidup saya sempurna. Pon SALAH. Sebab, anak raja pun tak rasa diri dia sempurna, inikan pulak kita golongan rakyat jelata. Nabi Muhammad pun tak kata baginda adalah manusia yang sempurna. So, siapalah kita nak kata diri sendiri atau diri orang lain lebih sempurna.

Tujuan aku suka berkaunseling adalah sebab aku suka healkan 'luka' orang. Sebab aku pon pernah mengalami situasi 'luka dan dilukai'. Eceh! Macam tajuk lagu pulak. Mihmihmih....Lagipun, bila kita berkongsi tips, ia akan memberi manfaat kepada orang lain dan mungkin juga panduan untuk kita di masa depan. Yelah, siapa tahu sekarang kita senyum, orang lain menangis.. Entah esok lusa, kita pulak rasa saat menangis tu. So, bila kita ingatkan tips-tips ni, kita boleh 'heal'kan luka sendiri.

Ok back to tajuk asal yang aku nak kongsi. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.


"Heshhh! Kenapa jodoh aku lambat sangat eh? Umur da masuk 26 da ni! Kawan-kawan semua dah beranak pinak dah. Apa nak jadi dengan aku ni?"

Masa tu aku rasa macam down sangat. Kenapalah nasib aku tidak sebaik orang lain. Yang berkahwin awal, punyai anak awal. At last, aku sedar bahawa sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah S.W.T. Siapa kita untuk question tentang perkara-perkara yang melibatkan jodoh, rezeki, ajal dan maut diri sendiri atau orang lain?

Dan kebiasaannya orang-orang kat luar sana selalu tanya soalan macam ni...

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau ni memilih sangat ke? Kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami/isteri? Kau nak tunggu jadi 'season' ke baru nak kawen?"

~Kalau dah berkahwin~
"Kau ni tak beranak-anak, kahwinnya dah lama. Kau merancang ke apa ni?"

Atau....

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Bila nak kahwin? Anak aku dah nak masuk setahun ni. Kau tu masih membujang lagi."

~Kalau dah berkahwin~
"Baru sorang jer anak kau? Bila nak tambah lagi? Anak aku nak masuk tiga dah ni."

Atau....

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau kahwin lambat-lambat ni, nanti da berumur susah nak beranak tau!"

~Kalau dah berkahwin~
"Umur dah 35, anak kau baru seorang? Kalau kau tak percaya cakap aku...kau tengokla lagi 2,3 tahun, confirm kau susah nak beranak lagi. Baik ko beranak banyak-banyak sekarang"


Kadang-kadang kita rasa macam nak cakap....

"Woi korang! Kalaulah aku tau apa yang Tuhan dah takdirkan untuk aku, aku pun takkan biarkan diri aku single/takde anak sampai ke hari ni."

Atau nak saja kita cakap....

"Adakah korang boleh ramal masa depan aku, setepat perancangan Tuhan aturkan perjalanan hidup aku?"

Atau kalau boleh kita nak kata....

"Adakah korang yakin bahawa aku akan susah untuk dapat anak sekiranya aku kawen lambat? Jodoh pertemuan, ajal maut, Rezeki dan rahmat itu kan kat tangan Tuhan. Siapa korang untuk menghakimi nasib aku?"


Atau paling tidak pun dapat lepaskan geram macam ni....


"Sejauh mana korang sure, dapat anak awal/ramai akan menjamin masa depan yang cerah? Korang tahu ke anak itu akan sihat sepanjang masa? Atau korang pasti ke anak korang tu akan jadi orang yang berguna bila besar nanti?

Yelah, kita ni bukanlah nak mendoakan ye tak? Bukan jugak untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tapi cuba kita fikirkan perasaan orang yang kita perli dan soal bertubi-tubi itu.  

Mereka yang berkahwin awal, punyai zuriat awal/ramai, bolehlah sesuka hati cakap macam tu sebab mereka rasa mereka lebih sempurna sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing. Tapi kita kena ingat: 

1. Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat. 

2. Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tapi jodoh dia akan berkekalan sehingga akhir hayat. 

3. Tuhan TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat, maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.

Hormatilah orang yang sedang bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan bermacam-macam soalan yang lebih membuatkan dia stress seterusnya dia akan hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan. Atau paling tidak, buat dia tidak percaya dengan takdir Tuhan. Nanti kita akan sama-sama share dosa tu. 

Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia. Itu yang kita nampak. Adakah kita tau apa yang dah Tuhan aturkan untuk dia di masa depan? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak-anak dia lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat. 

So, mulai hari ini jom kita sama-sama prevent mulut kita dari bertanyakan soalan-soalan macam tu pada orang lain. Especially pada orang yang masih bujang atau yang masih belum dikurniakan anak. Hormati perasaan mereka. Bagi aku, orang-orang dari golongan macam ni, aku anggap sebagai golongan-golongan yangSANGAT TABAH dalam menerima Qada' dan Qadar Tuhan. Dikala orang lain bergelak ketawa bersama suami dan anak-anak, mereka masih kuat untuk melawan rasa sunyi tanpa suami dan anak-anak.  

Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi? Semua orang tak mahu. Tapi kalau dah Tuhan aturkan untuk dia macam tu, siapa kita untuk menghakimi takdir tersebut? Dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita. 

Peace yaww!


Cerita IFTAR 2014

Assalamualaikum sahabat sekalian :)

Hari ini sudah pon memasuki 26 Ramadhan..Ya Allah, masa berlalu dengan pantas sekali.. Tup tup tup cukup sebulan kita berpuasa & tibalah hari raya.. 

Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan berbuka puasa dengan kawan-kawan yang lain.. Walaupon ada yang rancang tapi tak jadi.. hehe!

Ini cerita iftar tahun 2013 ---> klik sini


Ramadhan 7
Lokasi : Nurul Ikan Bakar, Pulau Pinang



Ramadhan 17
Lokasi : Nurul Ikan Bakar, Kulim



Ramadhan 21
Lokasi : Siam Express, Queensbay Mall



Selebihnya berbuka puasa dengan family :) Bagi ulasan ketiga-tiga tempat yang Jat berbuka ni memang terbaik la.. Manakan tidak, makan sampai bertambah nasi..eh! hehe.. InsyaAllah, jika di panjang kan umur, berjumpa Ramadhan tahun depan, boleh la buka puasa lagi ramai-ramai..


Love,
Nor Hafizah Mahazir