Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000


Assalamualaikum. Hye.

Kenapa Jat terpanggil untuk buat entry ni? Sebab lepas apa yang Jat baca artikel ni, memang sungguh memberi kesan yang sangat positif pada diri.. Perkongsian yang kita tak tahu pon sebelum ni.. Mungkin ada yang tahu tapi hanya segelintir. So Jat update dalam entry supaya one day bila Jat nak baca, Jat boleh refer pada blog Jat balik.. Jom sama-sama kita baca dan sama-sama praktiskan.


Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.
Siapa dia lelaki terkaya Asia?
Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion !!!. Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.
Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.
Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Saya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana yang saya ada sekarang.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.
Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli jam mahal setiap kali saya meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing (Anda tak perlu ikut cara saya dalam bab pakai jam ini… hehehe)
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.
Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.
Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.
Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.
Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.
Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….
Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.

Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.
  1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
    1. Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
    2. Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
    3. Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
  2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
    1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
    2. Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
    3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
  3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
    1. Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
    2. Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
  4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.
  5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
    1. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
    2. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.
Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tai bukan ketika anda masih muda dan miskin.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar… kenapa dia kata begitu saya tak pasti. 
Demikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini. Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan. Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.
Anda boleh tempah masa jika saya ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda. Selamat berusaha dan moga berjaya!!!

Sumber artikel dari blog ini sila klik 



Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat


Hari ni nak bagi kaunseling sikit. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.

Kenapa saya suka bagi kaunseling? Adakah saya bagus? Adakah hidup saya sempurna?

Kalau anda kata saya bagus. SALAH. Saya memang tak sebagus yang anda rasa. Kenapa? Yelah, saya tahulah diri saya...lebih dari apa yang orang nampak tentang diri saya. (ok faham tak ayat tu? Hehe...)

Kalau anda kata hidup saya sempurna. Pon SALAH. Sebab, anak raja pun tak rasa diri dia sempurna, inikan pulak kita golongan rakyat jelata. Nabi Muhammad pun tak kata baginda adalah manusia yang sempurna. So, siapalah kita nak kata diri sendiri atau diri orang lain lebih sempurna.

Tujuan aku suka berkaunseling adalah sebab aku suka healkan 'luka' orang. Sebab aku pon pernah mengalami situasi 'luka dan dilukai'. Eceh! Macam tajuk lagu pulak. Mihmihmih....Lagipun, bila kita berkongsi tips, ia akan memberi manfaat kepada orang lain dan mungkin juga panduan untuk kita di masa depan. Yelah, siapa tahu sekarang kita senyum, orang lain menangis.. Entah esok lusa, kita pulak rasa saat menangis tu. So, bila kita ingatkan tips-tips ni, kita boleh 'heal'kan luka sendiri.

Ok back to tajuk asal yang aku nak kongsi. Jodoh & Rezeki Cepat VS Jodoh & Rezeki Lambat.


"Heshhh! Kenapa jodoh aku lambat sangat eh? Umur da masuk 26 da ni! Kawan-kawan semua dah beranak pinak dah. Apa nak jadi dengan aku ni?"

Masa tu aku rasa macam down sangat. Kenapalah nasib aku tidak sebaik orang lain. Yang berkahwin awal, punyai anak awal. At last, aku sedar bahawa sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan dari Allah S.W.T. Siapa kita untuk question tentang perkara-perkara yang melibatkan jodoh, rezeki, ajal dan maut diri sendiri atau orang lain?

Dan kebiasaannya orang-orang kat luar sana selalu tanya soalan macam ni...

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau ni memilih sangat ke? Kenapa tak jumpa-jumpa lagi calon suami/isteri? Kau nak tunggu jadi 'season' ke baru nak kawen?"

~Kalau dah berkahwin~
"Kau ni tak beranak-anak, kahwinnya dah lama. Kau merancang ke apa ni?"

Atau....

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Bila nak kahwin? Anak aku dah nak masuk setahun ni. Kau tu masih membujang lagi."

~Kalau dah berkahwin~
"Baru sorang jer anak kau? Bila nak tambah lagi? Anak aku nak masuk tiga dah ni."

Atau....

~Kalau belum jumpa jodoh~
"Kau kahwin lambat-lambat ni, nanti da berumur susah nak beranak tau!"

~Kalau dah berkahwin~
"Umur dah 35, anak kau baru seorang? Kalau kau tak percaya cakap aku...kau tengokla lagi 2,3 tahun, confirm kau susah nak beranak lagi. Baik ko beranak banyak-banyak sekarang"


Kadang-kadang kita rasa macam nak cakap....

"Woi korang! Kalaulah aku tau apa yang Tuhan dah takdirkan untuk aku, aku pun takkan biarkan diri aku single/takde anak sampai ke hari ni."

Atau nak saja kita cakap....

"Adakah korang boleh ramal masa depan aku, setepat perancangan Tuhan aturkan perjalanan hidup aku?"

Atau kalau boleh kita nak kata....

"Adakah korang yakin bahawa aku akan susah untuk dapat anak sekiranya aku kawen lambat? Jodoh pertemuan, ajal maut, Rezeki dan rahmat itu kan kat tangan Tuhan. Siapa korang untuk menghakimi nasib aku?"


Atau paling tidak pun dapat lepaskan geram macam ni....


"Sejauh mana korang sure, dapat anak awal/ramai akan menjamin masa depan yang cerah? Korang tahu ke anak itu akan sihat sepanjang masa? Atau korang pasti ke anak korang tu akan jadi orang yang berguna bila besar nanti?

Yelah, kita ni bukanlah nak mendoakan ye tak? Bukan jugak untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tapi cuba kita fikirkan perasaan orang yang kita perli dan soal bertubi-tubi itu.  

Mereka yang berkahwin awal, punyai zuriat awal/ramai, bolehlah sesuka hati cakap macam tu sebab mereka rasa mereka lebih sempurna sebab dijodohkan awal, diberi rezeki zuriat awal dengan pasangan masing-masing. Tapi kita kena ingat: 

1. Tuhan TIDAK janjikan pada manusia, sekiranya jodoh dia cepat, dia juga akan cepat dapat zuriat

2. Tuhan pun TIDAK janjikan sekiranya dia kahwin awal, dia dapat zuriat awal, tapi jodoh dia akan berkekalan sehingga akhir hayat

3. Tuhan TIDAK pernah menjanjikan seseorang itu kahwin lewat, maka segala-gala rezeki untuk dia akan jadi lewat dan tertangguh atau mungkin tak kesampaian langsung.

Hormatilah orang yang sedang bersabar dengan ujian Tuhan. Jangan kita tanya dia dengan bermacam-macam soalan yang lebih membuatkan dia stress seterusnya dia akan hilang pertimbangan waras akal dan buat benda yang bukan-bukan. Atau paling tidak, buat dia tidak percaya dengan takdir Tuhan. Nanti kita akan sama-sama share dosa tu. 

Bercakap atau perli orang itu memang mudah. Kerana kita nampak nasib kita jauh lebih baik dari nasib dia. Itu yang kita nampak. Adakah kita tau apa yang dah Tuhan aturkan untuk dia di masa depan? Entah-entah, dia dapat pasangan yang jauh lebih baik dari kita. Anak dia lebih ramai dari anak kita. Anak-anak dia lebih cemerlang dari anak-anak kita. Rezeki dia jauh lebih murah dari rezeki kita. Walaupun dia kahwin lambat. 

So, mulai hari ini jom kita sama-sama prevent mulut kita dari bertanyakan soalan-soalan macam tu pada orang lain. Especially pada orang yang masih bujang atau yang masih belum dikurniakan anak. Hormati perasaan mereka. Bagi aku, orang-orang dari golongan macam ni, aku anggap sebagai golongan-golongan yangSANGAT TABAH dalam menerima Qada' dan Qadar Tuhan. Dikala orang lain bergelak ketawa bersama suami dan anak-anak, mereka masih kuat untuk melawan rasa sunyi tanpa suami dan anak-anak.  

Siapa di dunia ini mahukan rasa sunyi? Semua orang tak mahu. Tapi kalau dah Tuhan aturkan untuk dia macam tu, siapa kita untuk menghakimi takdir tersebut? Dan kita jangan lupa, entah-entah di masa depan, mereka jauh lebih bahagia dari kita. 

Peace yaww!


Happy me..!!


Makin buat makin pandai, makin buat makin suka!!
Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah memberiku kekuatan & kesabaran untuk tempuhinya..

Jujur Jat cakap, before ni tak pernah terfikir langsung yang Jat akan ceburi dalam bidang perniagaan.. Even mak Jat seorang yang berbisnes jugak, tapi tak semestinya anak-anak akan warisi kan? Sama jugak la, if you're parents doktor ke cikgu ke ahli falsafah ke, tak semestinya anak-anak ikuti bidang sama kan? Tapi memang ada jugak... 

Apa yang Jat nak share ialah, Jat happy dengan apa yang Jat buat sekarang.. Memang ada segelintir orang yang tak suka, malah ada yang cakap-cakap di belakang, tapi Jat tak marah pon.. Malah berterima kasaih sebab dorang lah sebenarnya memberi kan kekuatan lagi pada Jat untuk teruskan untuk berjaya... Terima kasih kalian :) Saya tak rugi apa-apa pon.. Malah dapat tambah pahala.. Hanya Allah membalasnya ye..hihi..


Love,
Nor Hafizah Mahazir
;)



" Don't chase people, be yourself,
do your own thing and work hard..
The right people - the ones who really belong in your life..
Will come to you.. And stay.."


Officially edit by : Nor Hafizah Mahazir


Motivasi | 31 Oktober 2013

ADAKAH PERJUANGAN KITA SUDAH BERAKHIR?




Ramai dari kita telah pernah gagal dalam berbagai bidang sehingga ada yang takut untuk meneruskan perjuangan. Kita mungkin merasa bahawa diri kita tidak mempunyai kemampuan, kita juga mungkin akan mula curiga dengan peluang yang ditawarkan. 

Tetapi yang lebih penting, kita mungkin tidak akan mencuba lagi. Selagi kita telah mengalah, kita akan terus hidup dalam skop hidup yang terbantut. Kita mula menolak peluang, kita juga akan memberi alasan untuk menarik diri bila diri kita berhadapan dengan kegagalan.

Jangan bersedih! Muhasabah diri..fikirkan mengapa kita gagal?. Pengalaman saya..Tuhan tidak akan memberi sesuatu yang di luar keupayaan seeorang. Kerana mungkin ianya akan membalakan diri kita sendiri.

Pada hakikatnya diri kita boleh menyelamat diri sendiri dengan terus berjuang biarpun kita gagal pada permulaan. Kesungguhan untuk belajar dari kesilapan dan kegagalan adalah suatu kemuliaan. Kita menjadi lebih matang dan dapat memikul tugas yang lebih berat kelak.

Apabila dalam kegagalan, saya selalu memikirkan kaedah untuk memotivasikan diri :

1) Yang terbaik akan datang
Tuhan tidak akan turunkan kekayaan kepada insan yang gagal mengharungi cabaran. Jika kita mulah mengalah bila berhadapan dengan masalah dan cabaran, kita akan hilang berbagai peluang.

2) Terima kasih pada semua kesilapan anda
Setiap kegagalan mempunyai ilmu yang tersirat. Semakin banyak kegagalan, semakin kita mampu memikul tugas yang lebih besar. Ini kerana kegagalan memberi panduan hidup yang paling berharga.

3) Mencari peluang di sebalik kegagalan
Setiap keburukan juga membawa bersama kebaikan yang sejajar. Kita perlu bijak mengatur hidup agar dapat menimpa kebaikan tersebut.

Insan yang mempunyai kesungguhan untuk meneruskan perjuangan pasti akan mencapai harapan dan impiannya.

Sahabatku, kita harus lebih fokus, ligatkan pemikiran dan lipatgandakan strategi.

INGAT...Genggam bara api, biar sampai jadi arang!




Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp/wechat)
nhafizahmahazir@gmail.com





Bakat Dalam Perniagaan


Assalam..
Kadang-kadang pernah tak terdetik dalam hati dan pernah tak tertanya-tanya dengan diri sendiri samada ada bakat ke tak dalam bisnes ni?
Perlu ke bakat kalau nak berniaga? Apa beza bakat dan skills?
For me bakat ialah gift yang sememangnya dah di pre-built dalam diri orang tu. Cth, nak jadi penyanyi mesti ada bakat. Tapi ada jugak penyanyi tak berbakat tapi bila Di ASAH, di TRAIN, di AJAR teknik pernafasan yang betul, teknik menyanyi yang betul, jadi jugak penyanyi yang top. Tapi kalau penyanyi tu dah berbakat ditambah pulak dengan dia belajar teknik-teknik nyanyian, lagi la meletop-letop!


Kadang-kadang kita tak perasan bila kita masuk sekolah,then masuk U, semua tu nak melengkapkan diri kita dengan skills, bila dah masuk kerja baru di apply segala knowledge, walaupun benda yang kita buat masa kerja tidak diajar masa U, tapi sebab kita ada skill untuk explore, ber eksperimen, kita mampu buat apa yang diarahkan cuma masa untuk develop skills tu maybe kalau dikira dari darjah 1 sampailah tamat U makan masa bertahun-tahun.
Kalau kata nak ikut bakat, masa saya kat kolej, ada pensyarah yang ajar saya sepatah pun tak faham, bukan saya seorang, hampir keseluruhan kelas tak faham, so adakah lecturer tu takda bakat dalam mengajar or dia perlu upgrade skill mengajar?
Dalam mana-mana bisnes pun sama, semua perlukan knowledge, skills, experience dan mentor untuk guide dalam bisnes masing-masing. Belajar dari pengalaman orang lain, jatuh bangun seseorang dalam dunia bisnes. Maybe orang kita tak biasa nature berniaga, orang kita biasa trend makan gaji, kalau dapat makan gaji dengan gomen, dah lega-lega sangatlah kan. Dapat duit pencen, harapkan anak kasi duit tiap-tiap bulan (kalau kasi). Tapi siapa boleh predict masa depan kita? Cuma sesuatu akan berlaku 5 tahun akan datang sekiranya seseorang ambil keputusan untuk keluar dari comfort zone. Dan keputusannya hanya boleh ditentukan oleh diri sendiri sama ada hendak berjaya atau gagal. Dan sekiranya gagal, percayalah Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia, pasti ada value yang perlu kita renung sama-sama.


Keseimpulannya, bakat boleh diasah, minat boleh dipupuk, jawapan semuanya terletak pada diri sendiri. Jangan cepat mensabotaj diri sendiri. Appreciate diri sendiri dan bersyukur serta bertuahnya kita dapat mengkaji segala kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Dan if ada yang cuba menegur kekurangan kita, belajar untuk menerima kerana kita sendiri tidak nampak apa ada kat belakang badan kita sendiri..

.. Just a small little thought..<3

Hambamu~


Assalamualaikum.

Kadang hidup ini menyenangkan..menggembirakan..
Hingga aku rasa seperti hidup ini aku yang punya..
Kadangkala merasa ingin hidup selamanya..
Dan kadang, hidup ini sangat pahit.. merumitkan..
Hingga aku merasa ingin pergi jauh..
Dan kadangkala, aku merasa tak ingin hidup lagi..

Sekarang, aku cuba bangun..berdiri di atas kaki sendiri..
Dengan ditemankan Allah, keluarga, sahabat istimewa dan juga sahabat..
Ya, aku masih berdiri dan berjalan dengan senyuman ini..
Aku masih kuat jalani kehidupan ini, kerana Allah..

Jika kau rasa apa aku rasa. Pasti kau faham hancur hati aku ketika itu..
Tapi, kau tetap fikir kau dan dia betul..
Apa kalian tak mampu berfikir secara rasional dan matang?
Atau, itu cara kalian tutup salah kalian dan letak salah itu di atas aku?

Di hadapan aku, kau sering menjadi pelakon yang terhebat..

Dalam keadaan kelihatan sukar..Syukur, Allah beri aku sahabat yang memahami..
Dari awal aku bertahan perasaan ini..
Sehingga aku tak mampu, aku lemah..
Kemampuan aku hilang..Aku sudah tidak mampu..Aku pergi..

Bukan kerna aku kalah, tapi aku berpaling ke arah lebih baik..
Aku bangun untuk cari bahagia aku yang sepatutnya aku rasa..
Kerana aku tahu, apa yang di hadapan aku sekarang..
Allah sudah tetapkan yang terbaik..

Quotes!

I love quotes, poems, and anything that can open my mind,
change my way of thinking,
 and show me how to see things from different perspective.

Those words..
keep me motivated, 
STRONG from the inside!


Biasa tak kita dengar ayat ni...

"Nak berjaya, tak boleh sentiasa berharap pada orang lain untuk bagi dorongan dan semangat.
Tetapi, kita yang perlu pandai MOTIVATE diri sendiri dulu"


This is totally true!!


Now,
Sape dah pernah tgk iklan kat astro..
i think Beyond punya.
Suka sangat ayat2 dia..full of positivity.
Unfortunately,
Jat tak sempat nak record, to capture those words.
(later will share cay :))


For Today,
I just share few quotes by Albert Eintein:


"How soon 'not now' becomes 'never'"



"In the middle of difficulty 
lies opportunity"



"I can't change the direction of the wind, but I can adjust my sails to always reach my destination."


"Logic will get you from A to B. 
Imagination will take you everywhere"

"There are two ways to live
you can live as if nothing is a miracle; 
you can live as if everything is a miracle."


For me,
Rezeki itu ada dimana-mana..
when you BELIEVE, when you WORK FOR IT!