Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Tips Jutawan.

Assalamualaikum.

Pagi yang indah, sejuk je cuaca.. Kenapa tajuk entry TIPS JUTAWAN? Kalau setiap hari bercakap yang baik-baik, itu adalah satu doa.. Jika selalu bercakap jutawan, mana tahu dengan izin-Nya, kita bakal jadi jutawan? :)

Jom jat nak share kan 1 tips yang jat terjumpa di laman sosial Facebook. Moga manfaat untuk diri sendiri dan kengkawan juga.

Waktu Pagi:
1: Jgn Withdraw Duit Dari Atm
2: Jgn Byr Loan
3: Jgn Byr Hutang

Pagi adalah Utk Kita:
1: Sedeqah
2: Jemput Rezeki Melalui Dhuha
3: Berzikir Dan Selawat

Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
1. Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni

2.Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account. 
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn. 
Option simpanan utk FFA - 
1. Unit trust 
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold πŸ‘

6. Simpan dlm tabung kt rumah.


Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.

3. LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
4- FUN 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
Tabung 5-EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
πŸ‘‰πŸ‘ˆ

Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu

Tabung 6 -5% CHARITY
Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain

INGATπŸ’₯πŸ’₯
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri! πŸ˜


...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya

Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni chek blik diri kita.
Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.

Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik 












Motivation - Once u start, u can't stop!


Once u start, u can't stop! "



Tu je resepinya. 



Jangan fikir bisnes ni semuanya pasal 'luck'.. NO!
Biar gengam bara api sampai jadi arang. Mula2 start bisnes dah tau apa goals or impian kita. Yang paling penting kena jelas.



Mula buat bisnes dulu target bila dah 2 tahun dalam bisnes, savings mesti dah cecah berpuluh K. Sebab my mentor selalu bagitau bestnya ada savingss banyak2 dalam bank. Rasa terbang n secure. Dulu ada 3k dalam bank pun dah bestt gila.

So, camne supaya tak jadi hangat2 tahi ayam?

1) Fikir balik kenapa u start. Kalau u tengok hutang banyak, jadikan bisnes ni seperti 'keterpaksaan' seperti u sedang kerja.'Terpaksa Kerja' . Lama u jadi minat. Income berdesup2 masuk takkan tak minat?
2) Pagar minda u dari orang negative. Minda kita ibarat air dalam gelas. Kalau kita letak gelas atas peti sejuk yang dalamnya ada ikan busuk pun boleh pengaruh air tu untuk berubah. Begitu juga minda kita. Jangan rasa antivirus kita kuat. l Kalau org cakap negative, x perlu balas balik, JAUHKAN SAHAJA!
3) PERCAYA. Dalam Islam, kita percaya ada syurga dan neraka, sebeb tu kita beribadat. Kalau kita tak percaya kita akan rugi besar di akhirat nanti. Bila saya buat bisnes, saya percaya 200% kepada mentor saya (yg penting proven mentor).
4) HARDWORK and CONSISTENT. Kalau boleh buat hari2 sebab ada momentom. Kalau bisnes takde momentom, memang payah nak berjaya. Sekejap buka sekejap tutup. Masa hardwork tu ingat balik impian kita.
5) Selepas hardwork, bila dapat hasil, mesti nak SELF REWARD. Beli apa sahaja yang u teringin nak pakai or beli. Trust me, aura u akan lagi bertambah bila u beli sesuatu yang mahal n berharga. Baru u rasa semangat. Seperti u pakai baju baru di hari raya, rasa apa?
6) KACAU MINDA. Minda memang kena kacau. Kalau u target nak beli kereta ni, mesti selalu kena pegi test drive. Bila ada orang yang cuba downkan minda u, dah berapa kali cakap nak kereta impian tu nak kereta impian ni, nak rumah idaman tu, nak rumah idaman ni tapi belom lagi dapat, buat bodo je. Lama-kelamaan, bila u rasa impian tu tinggi, usaha tak putus, insyaAllah, u akan dapat.
7) JANGAN SEBUT ' saya DOWN laa" sbb perkataan itu doa.

Jangan jadi HANGAT2 TAHI AYAM! baling tahi ayam kat muka tu, Kalau anda sendiri tak percaya pada diri anda, siapa lagi nak percayakan anda kan? Go for it! Masa muda2 nak berkorban bukan bila dah terdesak nanti, baru nak start. Jangan sampai orang cop bangsa kita ni "hangat2 tahi ayam"

Ingat, once u start, u can.t stop! Kalau saya stop dulu, maybe tak sampai ke tahap ni!

Ikhlas,
Fiza Mahazir :)

Adab Menuntut Ilmu.

Adab menuntut ilmu ialah merendah diri . Aliran ilmu ibarat aliran air . Air mengalir dari atas ke bawah. Mana kawasan rendah di situ berkumpul air. Air tidak berkumpul di tempat yang tinggi. Ertinya tadahlah ilmu dengan hati yang merendah diri, Semakin kita tawadhu' semakin banyak ilmu yang jatuh ke dalam hati kita.
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w : Semakin seseorang itu merendah diri semakin banyak ilmu yang diperolehi dan ditinggikan darjatnya oleh Allah kerana janji Allah bahawa orang yang beriman dan berilmu akan ditinggikan darjatnya berbanding manusia2 yg lain. #selfreminder 

Semoga Allah sentiasa menjauhkan kita dari keadaan miskin "ilmu", karena "ilmu" pengetahuan merupakan modal untuk memperbaiki diri. Alangkah malangnya nasib kita apabila dalam hidup ini "ilmu" pengetahuan kita tidak bertambah. Tidak bertambahnya "ilmu" pengetahuan berarti kualitas kehidupan kita pun akan statis tidak berkembang, bahkan boleh jadi lambat laun kualitas kehidupan kita akan menurun.
Betapa ruginya kita apabila tidak memiliki "ilmu" pengetahuan yang dapat dijadikan sebagai jalan untuk memperbaiki diri. Seseorang yang tidak memiliki "ilmu" pengetahuan yang cukup, dalam kehidupannya seringkali dieksploitasi oleh orang lain. Orang yang tidak memiliki "ilmu" pengetahuan yang memadai sering tidak berdaya menghadapi tantangan kehidupan ini.

Hidup ini akan sangat berarti ketika "ilmu" kita terus bertambah dari waktu ke waktu.........



SEMOGA BERMANFAAT YA :)


Motivated Song : Miley Cyrus - The Climb





THE CLIMB 


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"
Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking
But I gotta keep trying
Gotta keep my handheld high
There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going
And I, I got to be strong
Just keep pushing on
'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!
There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!
Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000


Assalamualaikum. Hye.

Kenapa Jat terpanggil untuk buat entry ni? Sebab lepas apa yang Jat baca artikel ni, memang sungguh memberi kesan yang sangat positif pada diri.. Perkongsian yang kita tak tahu pon sebelum ni.. Mungkin ada yang tahu tapi hanya segelintir. So Jat update dalam entry supaya one day bila Jat nak baca, Jat boleh refer pada blog Jat balik.. Jom sama-sama kita baca dan sama-sama praktiskan.


Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.
Siapa dia lelaki terkaya Asia?
Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion !!!. Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.
Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.
Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Saya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana yang saya ada sekarang.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.
Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli jam mahal setiap kali saya meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing (Anda tak perlu ikut cara saya dalam bab pakai jam ini… hehehe)
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.
Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.
Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.
Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.
Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.
Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….
Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.

Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.
  1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
    1. Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
    2. Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
    3. Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
  2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
    1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
    2. Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
    3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
  3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
    1. Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
    2. Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
  4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.
  5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
    1. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
    2. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.
Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tai bukan ketika anda masih muda dan miskin.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar… kenapa dia kata begitu saya tak pasti. 
Demikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini. Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan. Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.
Anda boleh tempah masa jika saya ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda. Selamat berusaha dan moga berjaya!!!

Sumber artikel dari blog ini sila klik 



Hello July!



[ Buat Terbaik, Hasil Terbaik ]

"Buat terbaik di dalam setiap tugasan kita dan Insyaallah kita akan dapat hasil yang terbaik dalam hidup kita. Love what you do, then do what you love!" #DAO


[Adakah Anda Masih On-Track Untuk Berjaya?]

"Jika anda percaya bahawa kejayaan dan perubahan hidup adalah bermula dengan perubahan diri di minda, jiwa, kata-kata dan tindakan, anda sebenarnya on-track untuk lebih berjaya". #DAO




Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com


HambaMu





Alhamdulillah 

April is here.
Another NEW month, NEW hope, NEW spirit, NEW achievement towards the same GOALS, 
Kesenangan dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Just to share with all of you the song yang Jat selalu dengar.
Motivational song. Lagu yang penuh makna dalam kita meneruskan perjalanan hidup.
Setiap kali mendengar lagu ni, hati rasa tenang..

Usaha + Doa + Tawakkal mestilah sentiasa seiring.

Here goes;

HambaMu from Mawi Ft. Akhil Hayy and Imam Muda 



(HambaMu)

Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Mawi:

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy:

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah. 


InsyaAllah, semoga segala usaha dan doa kita di terima oleh Allah S.W.T 


Love,
Fiza Mahazir!


PILIHAN SELEPAS TAMAT BELAJAR



Pilihan Selepas Tamat Belajar | “Apa propsek kerja kau lepas habis belajar ni Amin?” Garau suara Mukmin bertanya. Mereka duduk di bawah pohon yang rendang sambil menikmati ABC mamak yang dijual atas lori putih.
“Aku takde gambaranlah kerja apa yang aku nak lamar lepas habis kerja ni Min. Agak-agak apa pekerjaan yang sesuai bagi pelajar yang pointercukup-cukup makan macam aku ni?” Amin menjawab pesimis. Ada nada merendah diri.
“Kau ni Amin… belum habis belajar lagi dah pesimis macam tu. Belum bertarung dah kalah. Itulah sebab kau takkan dapat kerja nanti. Bukan sebab pointer kau. Pointer tu hanya added value sahaja untuk. Syarikat sekarang ni nak ambil orang yang berkeyakinan tinggi.” Mukmin cuba untuk memotivasikan sahabatnya.
Amin tertunduk lesu. Tinggal beberapa langkah lagi dia akan melangkah keluar dari menara gading. Impiannya hanya satu, mendapatkan segulung ijazah untuk dipersembahkan kepada kedua orang tuanya. Itulah niatnya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke universiti.
Namun nasib tidak menyebelahi Amin. Dia setiap semester, keputusannya hanya cukup-cukup makan padahal dia kategori pelajar yang rajin.
“Apa yang kau cakapkan tu senang Mukmin. Hakikatnya, nak laksanakan susah…”
“Apa yang susah? Kau bukan tak sempurna anggota badan. Kalau nak diikutkan kau ni kategori ada rupalah. Cuma tambah keyakinan diri je.”
“Pandailah kau nak ambil hati aku.” Amin tersenyum mendengar pujian dari Mukmin.
“Aku bukan nak mengampu. Aku cakap benda yang betul. Jadi apa prospek kerja impian kau?”
“Aku berminat dalam bidang kejuruteraan. Tapi sekarang aku tercebur dalam bidang pendidikan. Mungkin itu salah satu faktor kenapa aku kurang cemerlang.”
“Amin… Amin… ada saja alasan kau ni. Orang kalau dah tak mahu 1001 macam alasan. Kau jangan terasa Amin. Tapi kalau betul kau minat dengan bidang kejuruteraan, tak ada siapa pun yang boleh menghalang laluan kau ke sana. Sama ada kau mahu atau tak je.”
“Iyalah pakar motivasi terulung… Akan aku usahakan impian dan cita-citaku.”
“Ha, buat jangan tak buat! Eloklah kalau dah minat tu jangan tangguh-tangguh, nanti padam pulak semangat yang berapi-api tu.” Sambung Mukmin. Dia berharap sahabatnya akan mendengar pesanan dan kata-katanya.

Membuat Pilihan
Bukan memilih jodoh saja sulit sekarang ini. Memilih kerja pasca graduan juga mempunyai kesulitan tersendiri. Ramai bekas graduan yang telah menyelesaikan pelajaran keliru memilih pekerjaan selepas tamat pengajian.
Tidak kurang juga yang mengalami tekanan akibat pengajian yang diambil tidak bersesuaian dengan kerja yang dilamar. Akibatnya ramai graduan memilih untuk menganggur sebagai jalan penyelesaian.
Meskipun tahu menganggur adalah sebuah ‘aib’, namun pilihan itu dirasakan lebih baik daripada salah menceburi bidang pekerjaan. Tahukah mahasiswa dan mahasiswi sekalian bahawa kebanyakkan syarikat lebih cenderung menerima ‘lamaran’ kerja dari mereka yang berpengalaman meskipun mempunyai kelulusan di bidang yang berbeza?
Andaiannya seperti ini, Ahmad merupakan seorang graduan bidang pergigian dari sebuah IPT swasta. Namun ditakdirkan beliau tidak menerima sebarang panggilan kerja. Ahmad hampir putus asa. Namun, ibunya memberi semangat untuk mencuba pekerjaan dalam bidang yang berbeza iaitu perniagaan. Berbekal modal lima ratus ringgit Ahmad mula berniaga kecil-kecil dipasar malam.
Beliau menjual makanan-makanan sunnah seperti madu, kismis, kurma dan lain-lain lagi. Perniagaan Ahmad kurang mendapat sambutan di pasar malam. Ibunya sekali lagi memberi cadangan agar beliau membuka tapak perniagaan di ceramah-ceramah agama. Selain berniaga, beliau turut dapat menambah ilmu pengetahuan.
Berkat usaha yang berterusan dan tidak berputus asa. Kini Ahmad telah meiliki sebuah kios makanan sunnah disebuah pasaraya yang terletak di Shah Alam. Ilmu pergigian yang beliau perolehi turut dapat dipraktikkan jika ada pelanggan yang bertanya tentang kesihatan gigi.
Jika kita lihat, pergigian dan perniagan sama sekali tidak mempunyai kaitan. Namun, apa yang dilakukan oleh Ahmad adalah mendengar nasihat sang ibu dan yakin bahawa pekerjaannya akan membuahkan hasil. Jika Ahmad memilih untuk menganggur maka bilakan impian dan cita-cita beliau akan terlaksana? Disinilah letaknya akal dalam membuat pilihan.

Pekerjaan Kecil oleh Seorang yang Besar
Rasulullah s.a.w. memulakan karier baginda sejak berusia 7 tahun. Pada usia kanak-kanak yang sedang seronok bermain, Baginda telah menjadi seorang pengembala kambing. Baginda adalah seorang pesuruh Allah yang mulia. Dijaga dari dosa. Namun perjalanan Baginda menjadi seorang Rasulullah bukan sebuah perjalanan yang mudah.
Pekerjaan sebagai pengembala kambing, diikuti pula menjadi seorang peniaga telah mengajar baginda untuk sentiasa tawadhu, amanah dan rendah diri. Baginda tidak sombong meskipun datang dari keturunan yang besar, iaitu arab Quraish. Sifat tawadhu Baginda akhirnya menjadikan Baginda seorang pemimpin yang hebat, lembut hati dan mencintai umatnya.
Pekerjaan kecil yang lakukan telah mendisiplinkan Baginda dan akhirnya menjadikan Baginda pemimpin terulung yang tiada bandingnya hingga kini. Maka siapakah yang dapat menentukan sesebuah pekerjaan mampu menjamin kemuliaan seseorang?

Pengalaman itu Mendewasakan
Sahabat mahasiswa, bekerja tidak pernah merugikan. Asalkan ia halal dan bermanfaat. Bekerja akan memberi kita pengalaman yang berharga, juga membaiki akhlak kita agar lebih tawadhu.
Jangan sesekali kita memilih untuk ‘mengosongkan’ masa demi sesuatu yang tidak pasti. Bekerjalah walaupun bukan dalam bidang yang kita impikan sehingga suatu saat nanti kita mampu untuk mencapai impian kita.
Memilih untuk membiarkan masa kosong tidak berisi akan mengakibatkan ‘kebekuan’. Ibarat sungai yang tidak mengalir. Terkumpul di dalamnya kotoran dan akhirnya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
Sepertimana ramai alim ulamak yang menasihatkan agar para remaja mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat, maka seharusnya pasca graduan jangan sesekali kita biarkan masa terbuang begitu sahaja. Masa dan usia yang dibuang untuk perkara yang tidak bermanfaat akan melahirkan penyesalan seumur hidup.
Ambillah kesempatan untuk menceburi dan mendalami apa jua bidang. Anda akan merasakan nikmatnya memperolehi pengalaman, lebih besar daripada nikmat memperolehi uang gaji. Pengalaman mendewasakan, ia akan menjaga kita agar tidak tersalah langkah dikemudian hari. Sedangkan uang atau gaji akan habis jika tidak dilaburkan ke jalan yang bermanfaat. Semoga kita dipandu oleh Allah s.w.t. dalam membuat setiap keputusan penting dalam kehidupan.

Semoga sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda di luar sana :)

Love,
Nor Hafizah Mahazir

Jangan Takut Untuk Berubah


Assalamualaikum..

Happy Wednesday!! 


Hampir setiap tahun kita listkan pelbagai jenis azam or wish list untuk kita lakukan. Persoalannya bagaimana pencapaian kita terhadap azam tersebut? Most of us hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Memang untuk lakukan perubahan itu memang sukar sebenarnya. Sometimes kita banyak sangat deal dengan orang-orang negative di sekeliling kita sehingga membantutkan proses kita untuk menuju kearah kejayaan.... or you have so many excuses, suami la, anak la.. masa la.. kerja... yadayada... and believe it or not its already 4 -5 years and you are not getting 


ANYWHERE. 

Pernah tak kita dalam situasi macam ni.. mula-mula bila dapat kata-kata ransangan dari orang yang nak membantu kita.. BOLEH BOLEH BOLEH...CONFIRM...CONFIRMM!! Kita seakan-akan mahu jam jam tu juga.. tapi selepas 36 hours... keyakinan kita semakin pudar.. especially bila dah balik rumah... too much thinking... and thinkingg... kaji sana sini... dengar cerita sana sini..lastly kita teragak-agak. Kenapa? Minda kita terlalu lemah. Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran.. After that, macam-macam negative yang kita fikirkan sedangkan benda itu hanyalah mainan mimpi..

For me JUST DO IT!! Masa tengah semangat ialah masa untuk kita dapatkan momentum! Dan dalam pada kita nak berjaya, we need that MOMENTUM. Bila kita teragak-agak, momentum pun takada.. last skali tidak terkesan pun dengan apa yang kita lakukan. Sebab tu dulu masa peluang business ini datang pada Jat, Jat memang NEKAD. Walaupun tahu betapa kerdilnya diri ini... setelah sekian lama asyik merungut je gaji tak cukup, berfikir-fikir macamana nak improvekan diri, takkan nak mengharapkan orang lain.. Yang nak berubah, yang nak berjaya adalah kita.. Yes, KITA... bukannya orang lain..




Jat percaya setiap orang itu boleh BERUBAH jika dia MAHU untuk berubah. Tepuk dada tanya diri kita... SAMPAI BILA KITA NAK JADI DALAM KEADAAN MACAM NI? Maybe we can deny it, takpelah.. I dah selesa... I syukur dengan apa yang ada...

But in your heart you are know it is NOT TRUE.





Dan untuk lakukan perubahan itu kita perlu ADAPT to CHANGE..  
Sama juga macam orang bujang terus berkahwin mula-mula tak biasa.. So macam mana nak bagi biasa.. buat selalu!!

Bila dah sampai rasa meluap-luap untuk berubah, JUST DO IT. Kalau kita tunggu lama-lama... nak tunggu bulan jatuh ke riba which is very impossible. If I don't take the first step dulu how am I supposed to know I can be where I am supposed to be today.
Ingat, Syaitan tidak suka orang yang nak menuju kearah positif.. lebih-lebih lagi kaum muslimin. Muhasabah diri kita selalu..


Perubahan mestilah dilakukan secara peringkat by peringkat. Don't expect for overnight success!! Belum apa-apa lagi sibuk tanya bila nak buat tu ni...dapat income banyak RM10k,20k in less than a month.???? Sounds tak logic langsung mesti la setimpal dengan usaha dan ilmu kita ada. We are just a normal human being with a bigger dream. We learn step by steps at a time. 


Confident is a MUST to succeed in the business. Have faith in your abilities!! The must be a reason why God created you... Without a humble but reasonable confidence your own power you cannot be successful or happy! When I started the business, I barely known... kalau google my name tak keluar pun sumpah. People say this business required certain skills, pandai bercakap, ramai kawan etc. I don't have all that. The only thing that I have, I believe in myself. IF other people can do it, why can't I??? Ive been studying 3 years Diploma in Information Technology... So this business takde kaitan langsung dengan Java, C++, Multimedia Design, Dreamweaver yang memerah otak ku... jadi mesti lagi SENANG. Yes indeed!!



Turn from NO into YES!! Bila kita fikirkan MUDAH, mudah lah jadi. Don't complecated your LIFE. Bila nak start business ni jual Premium Beautiful corset, I don't find hard at all. Dalam hati INTERNET KAN ADA! Duhhh... buat je la. Ape susah update update uupppdatee and up to date. Simple. 



Tak pandai takpe. boleh BELAJAR. Remember always be HALF GLASS EMPTY or HALF GLASS FULL mana2 je tapi maksud sama. Sentiasa upgrade diri from time to time. Berpandangan jauh bukan berpandangan SEMPIT. Lakukan terbaik, kita dapat hasil yang terbaik. Jangan expect income duduk rumah RM200k.. not yet honey. Setiap persoalan pasti ADA JAWAPANNYA. Kita beruntung kerana mempunyai sumber rujukan yang cukup kuat iaitu MENTOR kita. You have to work work workkkkk your ass off. Nothing come easy in this world. Nak jadi CEO pun belum tentu, tapi nak jadi CDM senang je focus and buat betul-betul and follow the LEADERS or MENTOR yang dah terbukti jadi. 



Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya... Always remember bila  ada kejayaan, mesti ada CABARAN... dan challenges only make you wiser... not failure. It means that u need to upgrade and improve certain areas... and never make that mistake again. 

Jika anda salah seorang yang inginkan perubahan dalam hidup anda, just pm/email or whatsapp me. 


Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com