Showing posts with label Khasiat Kurma. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Kurma. Show all posts

Testimoni Tamar Cocoa Terkini - Updated!

Assalamualaikum. 

Salam Ramadhan Day - 2

Macamana permulaan puasa kita semalam? Masih baik? Bagaimana pula permulaan puasa bagi anak-anak kita?
Di harapkan semuanya masih lagi baik.

Macam dah lama saya tak update testimoni-testimoni Tamar Cocoa kan. Maaf atas kekangan masa. Jadi bila ada kesempatan, saya cuba curi sedikit masa untuk share dengan kawan-kawan semua.

Masih ada yg ragu-ragu dengan kelazatan Tamar Cocoa? For me, rasanya lebih sedap dari Milo. 
Tak percaya?? Anda patut cuba dahulu.

Ini saya sertakan bukti atau feedback yg bagus dari pengguna-pengguna :-

Testimoni 1 :
Ha! Kita tak tanya okay? Akak ni yang cerita sendiri. Ibu beri anak minum Tamar Cocoa. Anak jadi pandai dalam pelajaran. Dah tak macam dulu. Berubah 100%. Haaa.. bukan sebab Tamar Coco anak jadi pandai. Tapi disebabkan khasiat yang ada dalam Tamar Cocoa yang membuatkan anak lebih bertenaga. Oksigen yang cukup sampai ke otak. Bila cukup oksigen, mata tak ngantuk. Bila mata tak ngantuk, anak boleh la fokus dalam kelas. Bila anak fokus dalam kelas, anak akan faham apa yg dia belajar.
Apa lagi? Jom amalkan Tamar Cocoa utk kecerdasan anda dan anak2 anda


Testimoni 2 :
Sampai2 je terus bukak bancuh untuk minum. Suami dan anak cakap SEDAP! Pada mulanya, bancuh guna cawan je. Tapi anak pun nak rasa. Last nya bancuh 1 jug terus. Memang terbukti kesedapan Tamar Cocoa bila anak sulung kakak ni minum sampai 2 botol!
Syukur alhamdulillah.


Testimoni 3 :
Anak mula berselera makan lepas diberi minum Tamar Cocoa, makin hari anak makin cerdas dan sihat. alhamdulillah, thank you sangat untuk sis yg sporting ni. 
😘

happy bila customer puas hati




Testimoni 4 :


Testimoni 5 :
TIADA MASALAH tamar cocoa untuk di minum pesakit KENCING MANIS



Testimoni 6 :
Susu meriah! Sembelit sembuh!



Testimoni 7 :

LAGI TESTIMONI TAMAR COCOA!
Alhamdulillah... dengan izin Allah, selepas minum Tamar Cocoa...
💕 Anak dah tak hadapi masalah sembelit lagi
💕 Minum masa bersahur di bulan puasa, kenyang sampai berbuka
💕 Suami 1st time minum, terus jatuh cinta
Wowwweee... syoknya minum Tamar Cocoa ni. Penuh berkhasiat dan Masya-Allah... lazatnya ðŸ˜„



Permintaan sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, tahun ketiga setia bersama Al-Haddad. Bagi yg nak memulakan perniagan secara kecil-kecilan, boleh terus whatsapp saya.



Best kan kalau permintaan banyak macamni. Tamar cocoa ni memang takde jual di supermarket. Cuma di agen-agen, stokis-stokis dan mini stall yang berdaftar sahaja. 





Best kan permintaan selalu macamni. Modal rendah, pulangan hebat. Komisen setiap belian. 
Berminat? Terus ambil hp, whatsapp :-

+6012.4219244
+6012.4219244 
+6012.4219244 


Fiza Mahazir
Top Agent Tamar Cocoa Utara

Perlu tahu!! Khasiat Biji Kurma

Assalamualaikum.

#Ramadhan2 

Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah Ini (credit gambar dan info dari Munirah Syed Abu Bakar)



Hari ini 19 June 2015 bersamaan 2 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.


Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.


Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.


Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah


Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. Kami sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi Sahabat-sahabat semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi.


7 Khasiat Kurma..

Assalamualaikum sahabat :)




Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Info Tambahan Mengenai Kurma - Tamar Cocoa

Firman Allah s.w.t:

“Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.” (Surah Al-Mukminun, ayat 19)
Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat, vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti  zat besi, kalsium, sodium dan potassium.

·         Protein: 2%
·         Serat: 4%
·         Gula: 50% – 57%

Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar. Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan. Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s di bawah pokok kurma, telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Seruan pada umat Islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.

Cara pengambilan : Bancuh sepeket Tamar Cocoa(25gm) dgn 250ml air panas. Tambahkan sedikit susu jika suka.

Bagi diri saya, bancuhan sepeket Tamar Cocoa dgn 250ml air panas sudah memadai tanpa pemanis tambahan. Malah minuman ini turut memberi rasa kenyang.




Wakil pengedar di perlukan di seluruh negeri.. Selepas produk MILO di boikot, permintaan Tamar Cocoa melonjak sehingga 200%.. Sebarang tempahan/pertanyaan, sila sms/whatsapp saya di talian 012-4219244 (FIZA)