Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Gold Coast | Hotel Outrigger Surfers Paradise

Before ni Jat ada share berkaitan penginapan yang kami stay masa di Gold Coast tempoh hari.  So today Jat nak share selama 4h 3m di sana. Company sponsored Hotel Outrigger Surfers Paradise 4 bintang di Gold Coast tapi di Malaysia bertaraf 6 bintang. Fuhhhh!

Jika kita pergi bercuti, first thing mesti kita akan fikir tempat tinggal. Ye dak? Sebab nya kalau tempat tinggal tak selesa, percutian pon rasa tak best. Syukur Alhamdulillah, betapa bertuahnya datang jauh-jauh dapat pula hotel yang tip top dan sangat selesa.. 



Jat sebilik dengan roomate kak Afiza.. Beliau dari KL.. Lucky nama kami sama.. Kak fiza memang baik hati & sporting. Pagi-pagi dia la yang tolong kejutkan bangun tidur.. Dah la suara lembut, mendayu je panggil nama Jat.. Ntah berapa kali di panggil nya pon tak tahu..haha! Thank you kak Fiza tolong jadi jam loceng.. :P


Kak Fiza dah berumur 3 series, anak seorang tapi badan maintain macam anak dara.. Cantik sentiasa.. Rahsia? Amalkan pakai Premium Beautiful secara konsisten.. Jat pon practise siap-siap.. hehe!


Memandangkan kami datang single, so katil pon dapat yang single. Nama ja katil bujang tapi tengok real, besar dan selesa. Nyenyak tidur haa.. 

Bagi yang dah berkahwin, katil dan bilih lebih besar. Mungkin 2 atau 3 kaliganda lebih besar. That's why Jat mention dari awal, beruntung bagi yang dah berkahwin.. Sebab tak payah lagi berfikir nak pergi mana honeymoon without any fees. Dalam bisnes bersama The Diamond Circle, kita boleh dapat semua tu.. Best kan? 



Permandangan dalam toilet. Cantik & bersih. Di sini setiap hari cleaner akan datang cuci bilik. Hari-hari datang tukar cadar, towel, kemas beg.. So pagi-pagi biarkan je bilik berselerak if tak sempat nak kemas sebab nanti balik bilik dah bersih dan teratur.

Ni antara permandangan dari kami punya bilik. Subhanallah! Cantik sangat. 




View dari bilik kami tingkat 18.. Jatuh cinta dengan tempat ni. Tambahan pada malam hari.. Lagi cantik.. Kalau di sini pukul 6 pagi dah terkejut macam pukul 8 pagi di Malaysia.. So waktu subuh pon awal la di sini.. Pukul 6 pagi dah boleh nampak orang Aussie keluar jogging, mandi laut.. 

So kalau korang berpeluang dan berkemampuan nak datang melancong ke sini, boleh booking penginapan di sini. Boleh google nombor telefon or booking online. Memang best and service tiptop!

Next macamana pula penginapan  FREE TRIP di Shanghai?

Siapa nak follow Jat?

1000 tiket menanti anda.. Ambil peluang sama-sama..

Mungkin sebelum ni kita melancong sendirian, dengan family, dengan rakan-rakan tapi mengeluarkan bajet sendiri, why not ambil peluang pergi bersama-sama The Diamond Circle dengan PERCUMA..yes PERCUMA... Bawa duit shopping je ;)

Jika anda berminat, contact Jat.


Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com

10 Days to Gold Coast, Australia!

Tik, tik, tik, tik....
Counting days go to Gold Coast, Australia!


Excited or Nervous or Happy?



Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com



Kelas Blogging + Celebrate Bitrhday Yong


Salam readers..
Apa perasaan uols kalau diberi kejutan sempena sambutan harijadi?
Confirm ada yang teruja, sebak, menangis, sayu dan jugak tentulah happy kan.. Ye la, orang buat surprise...
Bitrhday tahun lepas, Jat dah pernah dapat kejutan... Memang tak sangka & rasa sebak sangat2... Nak nangis pon ada... Siap ada orang datang bawa kek & nyanyikan lagu birthday... sweet gituwww... !! 
Adakah tahun ni masih dapat kejutan macam tu?? nantikan je la...haha!

Ok, sabtu lepas, Jat & partner berpeluang belajar blog secara percuma... Kelas blog ni bertujuan untuk membantu rakan-rakan untuk mengenal dunia IT dengan lebih mendalam.. Untuk memperkukuhkan lagi bisnes yang kami jalankan.. If before ni hanya lah 2 3 orang, now Alhamdulillah, semakin ramai... n hope lepas ni lebih ramai lagi... 

After kelas blogging, kami ada buat jamuan sikit bagi meraikan harijadi Yong... Ini jugak bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama islam... Majoriti dari kami tak kenal antara satu sama lain, but in this business we are family... Sangat best!

Cake Chocolate Indulgent from Secret Recipe..

Me & birthday girl yang banyak bantu Jat dalam bisnes.. 

Muda-muda dah pandai ambil peluang untuk membantu keluarga dan masa depan yang lebih cemerlang..


Meriah betul... Colourfull gituw... Jat mahukan kehidupan yang berwarna-warni seperti dalam gambar ini... ;)

Berminat untuk join our team?
Contact : 012-4219244/013-4116265 ( Jat )
Consultant Premium Beautiful Top Agent Utara


Mencuri kenangan bersama family tercinta di Pulau Pangkor

Tahun ini seperti tahun-tahun sebelum ni, jika di beri kelapangan waktu, rezeki yang lebih, kami tak pernah ketinggalan untuk bercuti bersama-sama... Kualiti waktu itu sangat penting.. For me, masa yang berharga dan bahagia itu bila dapat bersama-sama family... Rasa indah sangat.. Untuk pertama kalinya bagi tahun 2013, ini adalah percutian kami.. Cuti-cuti Malaysia.. Haik, Malaysia je ke? hehehe.. Insyallah, ada rezeki n panjang umur, kami cuti-cuti luar Malaysia pulak.. Sebenarnya, plan utama ialah ke Pulau Langkawi...akan tetapi, last minit punya planning, semua full booking... FULL!! terpaksa la beralih arah ke plan B.. iaitu Pulau Pangkor.. kenapa mesti Pulau?? Sebab adik aku yang request nak pergi pulau.. Katanya inginkan ketenangan.. Memandangkan dia tengah sakit, so kami setuju kan je.. Lagipon seronok jugak.. Sebab dah lama x bercuti ke pulau... Dan kebetulan pulak aku tak pernah sampai ke sana lagi.. First time nak pergi nih.. Before ni ramai jugak yang menceritakan Pulau Pangkor best, pantai cantik, ada penyu, boleh snorkelling, ada banana boat.. banana boat?? banana boat?? yeayyy!! i loike..

Memandangkan aku adalah mastermind dalam family and pakar dalam google menggoogle ni, aku diberi tugasan untuk mencari tarikh, tempat penginapan, bajet untuk percutian famili.. Pagi-pagi aku dah mula menggunakan khidmat encik google... aku search lokasi mana yang paling best untuk kami bermalam di sana.. Kemudian aku dapat contact Encik Fendi.. If korang nak bercuti ke sana, boleh contact dia untuk booking chalet... Aku terus contact takut tempat full.. Maklum lah, cuti sekolah.. Semua orang nak bercuti... Aku request Nipah Water Front sebab berhadapan dengan pantai tapi dah penuh.. Frust betul.. Then Encik Fendi dapatkan aku bilik iaitu Suria Beach Resort.. Alhamdulillah settle... And cuti aku pun diluluskan.. yahoooo!!!

HARI PERTAMA DI PANGKOR

Tak aku nafikan, perasaan setiap kali tiba saja percutian, akulah yang paling gembira, teruja dan macam-macam lagi (standard la tu..) Sebuah kereta digunakan untuk mengangkut kami ke Jeti Lumut, Perak.. Bertolak selepas subuh, mula2 naik highway, turun ke Tol Changkat Jering.. Then kami lalu jalan kampung sebab dorang cakap jalan ni jalan paling cepat untuk sampai.. Perjalanan kami memakan masa hampir 5jam.. Kami tiba di Jeti Lumut jam 11.30pagi.

Arca siput sebagai tugu ke Lumut..


Tiket berharga RM10 pergi dan bali agak berbaloi jugak apabila feri yang disediakan berhawa dingin dan sejuk.. 


Beratur untuk ke Feri... Kebetulan masa pergi tu cuti sekolah baru bermula, so orang takde lah ramai sangat.. 

Jumpa Mr. Os di dalam feri... 

Sebaik tiba di jeti, kami menyewa sebuah van dengan seorang pemandu yang membawa kami menjelajah keseluruhan tempat yang menarik di Pulau Pangkor.. Kos yang diperlukan RM80 untuk sehari.. Kami di bawa melawat ke Kota Belanda, Kilang Sate, Taman Fu Lin Kong & terus ke chalet di Teluk Nipah..

Kota Belanda

Kilang Sate

Taman Fu Lin Kong

Lawatan cuma mengambil masa 2 jam je.. Sebab kawasan Pangkor ni tak besar mana pon.. So, kami terus gerak ke tempat penginapan untuk berehat-rehat.. Chalet yang aku pilih Suria Beach Resort.. Not bad tempatnya.. Harga pon berpatutan.. RM160 untuk family room.. Terdapat 3 katil.. Cukuplah untuk aku sekeluarga tidur.. Setelah puas berehat, petang kami gerak ke pantai.. Pantai yang dikenali sebagai Pantai Teluk Nipah... Aktivit yang kami bermain ialah menaiki bot pusing pulau, sborkelling, tengok matahari terbenam...

tunggu bot.
adik muka cuak.
along muka excited.
aku muka tak sabar nak snorkelling.
kak cik muka takut.
mak muka happy je.
and abah muka paling cool.

jernihnya air..boleh nampak dasar laut.
nampak tu ramai orang snorkelling.
cari di mana mata saya.
seronok dapat main air..
anak-anak mandi, mak abah dating.. :P
bye-bye pulau..nanti kami datang lagi...

Sampai je kat pantai, kami tak terus balik ke chalet.. Mandi-manda dulu kat pantai sambil tunggu matahari terbenam.. Sebab part ni la paling aku nanti-nantikan.. 

sambil menunggu sunset :)
Subhanallah..cantiknya... 


HARI KEDUA DI PANGKOR

Hari terakhir di Pangkor.. Pagi-pagi lagi abah ajak pergi cari sarapan sebelum balik.. Bila musim cuti sekolah memang tak boleh lewat-lewat.. Nanti makanan cepat habis..hehe! Sementara menunggu kedai buka, aku sempat menikmati keindahan pagi.. Ya Allah, cantik tempatnya.. 

Nice view.. i like!

Kalau datang sini, boleh pilih package Beach Boy.. Semua water sport ada.. Harga pon berbaloi-baloi... ;)

The real 'Burung Enggang'.. 

Selesai breakfast, kami semua kemas-kemas, then check out pukul 11 pagi.. Kali terakhir shopping, di pekan Pulau Pangkor.. Tak lupa belikan sedikit souvenir pada kawan-kawan, rakan-rakan biznes dan keluarga terdekat.. 

Finally, dapat t-shirt Pangkor.. Kalau nak shopping baju, datang kedai dorang.. Murah & baik hati sangat.. hehe!

Kena beratur dulu sebab ramai pulak masa nak balik..

Atas feri ( bahagian atas )

goodbye Pangkor... ;)

And the last picture, happy moment with family..

i love my family.. 

Hope uols enjoy dengan entry ni ye... Oh lupa, mungkin ada di antara kalian yang terfikir-fikir nak pergi bercuti, boleh datang ke Pulau Pangkor.. Seronok.. Suasana pantai yang mendamaikan... 

Di sini, aku listkan bajet untuk short holiday... Mungkin berguna pada uols.. ;)
Bajet untuk 1 keluarga ( 6 orang )

Kos minyak kereta pergi balik (dari Sungai Petani ) = RM80
Kos tol ( dari tol sg petani selatan ke tol changkat jering ) = RM20
Kos penginapan ( family room di Suria Beach Resort ) = RM160/malam
Kos tiket pergi & balik = RM10 (seorang )
Kos makan untuk 2hari 1malam = RM200
Kos naik bot + snorkelling = RM80 ( bot + google )
Kos kenderaan ( teksi ) = RM100 ( pusing pulau + tambang balik ke jeti )



bye ;)