FAQ : Bio Seleza

Hi.

10 Frequently Ask Question ( FAQ) about Bio Seleza . Maklumlah, banyak betul pertanyaan dari uols yang nak tahu lebih lanjut tentang produk nie. Jom kita baca dan fahamkan dengan lebih teliti tentang Bio Seleza nie..

1. Kenapa Bio Seleza mahal berbanding dengan tuala wanita jenama biasa di pasaraya?
Of course berbeza, umpama kita buat baju dengan kain cotton vs chiffon, dah tentu lain harga sebab material yang berbeza. Bio Seleza di perbuat dari cotton & mempunyai fungsi tertentu. Tuala wanita Bio Seleza satu-satunya tuala wanita dengan teknologi Bio Velocity (teknologi from Korea).
Manakala tuala wanita biasa daripada recycle paper & tak ada fungsi tertentu. Kalau tengah heavy flow, selalu je bocor sebab tak menyerap dengan baik.
Selain itu, tuala wanita Bio Seleza terdiri daripada 9 lapisan. Jika tuala wanita biasa mostly hanya 3-4 lapisan sahaja. Dari sini boleh nampak kualiti tuala wanita tersebut.
Bayangkan 1 box Bio Seleza boleh tahan 2-3 bulan & benefit yang kita dapat, memang berbaloi dengan harga. Therefore, usah berkira dengan harga coz nilai rahim kita lagi tinggi sebab memang tak boleh di tukar ganti.

2. Kenapa tuala wanita punca barah pangkal rahim?
Kebanyakan tuala wanita di pasaran di perbuat daripada recycle paper & akan melalui proses bleaching. Proses ini akan menghasilkan dioxin. Dioxin ini akan kekal di dalam recycle paper yang di gunakan sebagai bahan penyerap utama bagi kebanyakan jenama tuala wanita di pasaran. Dioxin bukan sahaja mengganggu hormon wanita, malah merosakan imunisasi badan & boleh menyebabkan kanser.


3. Tuala wanita Bio Seleza mengandungi gel, selamat ke?
Gel yang terdapat di dalam Bio Seleza bertindak sebagai agen penyerap utama. Gel ini di import dari Jepun dengan high quality SAP molekul penyerap. Gel ini setanding dengan kualiti lampin bayi & diluluskan oleh WHO. Kalau tak selamat dah tentu kita tak pakaikan baby kita pampers & WHO tak akan luluskan
For your information, gel ini di perbuat daripada tumbuhan. Jangan uolss tanya pokok apa, dah tentu rahsia pengilang.

4.Siapa yang sesuai untuk guna tuala wanita Bio Seleza?
Sesiapa pun boleh pakai Bio Seleza ni. As long as selama ni pakai tuala wanita or pantyliners, memang di sarankan bertukar ke Bio Seleza.
Yang ada period, boleh pakai Bio Seleza Day Safe or Night Safe. Bayangkan seawal umur 10 tahun perempuan dah mula datang period. Selain period, perempuan juga biasanya memakai pantyliners untuk mengelakkan kesan chemical / bakteria di seluar dalam. Ada juga yang pakai pantyliners sebab masalah keputihan or nak elak kotor. Bio Seleza juga sesuai untuk perempuan yang ada masalah jangkitan kuman di miss V...
Untuk yang sudah putus haid, kebanyakan wanita mengalami masalah pundi kencing lemah yang menyebabkan sukar untuk mengawal air kencing. Jadi golongan ini juga sangat sesuai memakai Bio Seleza.

6. Bagaimana Bio Seleza boleh membantu masalah wanita seperti keputihan, infection, period yang tidak teratur etc?
Bio Seleza bukan hanya tuala wanita yang hanya menyerap period. Malah mempunyai teras hijau di atas permukaan pad Bio Seleza. Teras hijau ini mempunyai 4 fungsi.
4 fungsi tersebut ialah:


- Bio Velocity
- Far Infra Red
- Ion Negatif
- Nano Perak

Jadi fungsi-fungsi di atas membantu masalah yang berkaitan dengan peredaran darah, kuman, bakteria, hormon dan juga tenaga. Alhamdulillah biarpun baru 2 bulan di pasaran, banyak testimoni dari client.
Especially yang ada masalah keputihan, period pain yang melampau, period yang tak teratur (ada yang 4 bulan tak datang period sebelum ini) dan banyak lagi. Kalau berkesan untuk mereka & me myself, why not uolss kan.

7. Kalau ada masalah seperti infection, period tak teratur, senggugut berapa lama boleh nampak perbezaan?
Setiap orang masalah berbeza. Jadi penerimaan juga depends on individual. Tapi based on my experience & feedback from clients, kalau masalah infection pakai pantyliners if teruk pakai day safe terus. Immediate tak rasa gatal & dalam 2 hari dah hilang. Sama dengan masalah keputihan.
Kalau period pain pula mostly clients boleh rasa terus. Memang berbeza kalau waktu period pakai tuala wanita biasa. Apepun teruskan pakai dengan konsisten & jika ada sebarang soalan, boleh contact me or agent uolss .Di samping pakai Bio Seleza, uolss boleh buat further check up with doctor.

8. Kenapa pemilihan tuala wanita sangat penting?
Sebab tuala wanita berkait rapat dengan period. Period melambangkan kesihatan wanita. Kalau tak pilih tuala wanita yang betul boleh menyebabkan masalah wanita yang lain seperti keputihan, period yang tidak lancar & sebagainya. Ini juga akan mempengaruhi period kita.
Selain itu, tuala wanita sangat rapat dengan Miss V kita yang akan menyerap apa sahaja, termasuk bahan kimia. Jadi sangat penting untuk kita memilih tuala wanita yang selamat untuk jangka masa panjang.

9. Orang yang mengandung boleh pakai tuala wanita Bio Seleza ke?
Boleh. Masa mengandung boleh pakai pantyliners untuk mengelakkan kesan kimia yang terdapat pada seluar dalam dari di serap oleh miss V. Zaman sekarang seluar dalam pun mostly basuh dengan mesin basuh. Jadi dah tentu bilasan tak berapa bersih & boleh meninggalkan kesan sabun pada seluar dalam. Di tambah pula kalau di KL ni mostly tinggal di condo or apartment. Dry area memang tak kena matahari lansung. Jadi bakteria boleh membiak compare jemuran yang ada direct sunlight.

10. Bagaimana nak mencuci tuala wanita Bio Seleza?
Sebagai orang Islam penting untuk membasuh tuala wanita sebelum di buang. Boleh follow contoh seperti di dalam gambar di bawah.


Refer kepada bah 2, untuk mudahkan gel di dalam Bio Seleza jatuh, hanya perlu lalukan air (gunakan hose pipe) untuk menolak gel turun. Then cuci bahagian luar seperti biasa sebelum di buang. Sangat mudah. Compare dengan tuala wanita biasa yang perlu di basuh lebih lama.
Jangan risau takut tandas tersumbat, sebab gel Bio Seleza biodegradable. Make sure kita hanya buang gel, bukan lapisan luar.

Nak tahu lebih lanjut? Contact me for details.





Ejekan Dan Keyakinan Diri

Hi.

Kalau awak pernah kena macam ni, baca  lah :)

Pernah tak kena ejek dengan kawan secara berlebihan sampai rasa macam takde keyakinan diri?
Sampai nak jumpa orang pon rasa 'ah, malasnya..' 'ah, malunya...' Sebab asyik teringat apa yang kawan-kawan ejek. Ejek sekadar bergurau takpe tapi kalau ejekan bergurau pon di ulang doploh empat kali, kau rasa ia masih bergurau? (senyum senget) Ejekan yang betubi-tubi adalah satu penghinaan. Macam " eh, kau ni gemuk la, eh kau ni hitam la, pakai apa pon tak cantik kot.." Lepas tu, " eh, gurau je la.." Jangan ambil serius apa yang aku cakap tadi.. Lepas tu asyik ulang benda yang sama and ada je benda yang nak condemmm..hurm..

Pernah je kena dulu sampai kan dah tak nak jadi diri sendiri.. Mungkin dorang anggap benda tu tak serius kot tapi bila almost everyday kena condem, kita tentu lah rasa "tak bestnya jadi diri ini :( " Lalu sorok diri dalam rumah sebab malu nak jumpa orang sebab dah ugly dek penangan ejekan-ejekan tu..

Dulu selalu kena. Kurus kering sangat. Cengkeding. Macam papan berjalan lah. Macam kayu lah. Kerempeng lah. Kening tak lawa lah. Bibir kecik lah. Jerawat banyak lah. Bulu mata macam gajah lah. Ada je yang tak kena. Mula-mula rasa cool je tapi kalau selalu je kena, serap dalam jiwa pulak benda-benda tu. Langsung hilang keyakinan diri dan taknak jumpa orang. Fikir nak buat plastic surgery pon ada.

Tapi......kalau orang badan gempal pon kena ejek jugak kan? Mulut orang memang tak boleh nak tutup dan nampak kekurangan orang je. Tak kira macamana pon bentuk kita, kalau orang yang jenis berperangai suka merendahkan orang lain, dia tidak akan berhenti bercakap. Bukan sahaja dari segi phyisical, pakaian, cara berjalan semua di condemn nya.. So, banyak sebab kenapa kita tak perlu hirau pun ejekan-ejekan begitu.

1) Allah yang cipta kita. Maknanya dia kutuk ciptaan Allah.

2) Bukan dia yang bagi kita makan pon. Mak ayah kita yang bela kita dari kecik.

3) Mungkin dia takde apa yang kita ada. So maybe dia guna cara begitu untuk rendahkan kita.

4) Anggap sahaja dia teringin nak jadi juri atau pengkritik. So dia jadikan kita model untuk di kritik. hewhew

5) Words can't kill us :)


Happy reading and have a nice days :)






Habbatus Sauda / Black Seed Oil






APA ITU HABBATUS SAUDA?

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan timur tengah dan Mediterranean. Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah NIGELLA SATIVA. Ia juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.

KANDUNGAN:
  • Lebih 100 komponen
  • Kaya dengan asid lemak tak tepu
  • 35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.
  • Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.
  • Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.
  • Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.
  • Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)
Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.


ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :
  • MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk
  • MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
  • ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kuliteczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)
  • SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),
  • ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma
  • ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil
  • ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi
  • PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan
  • SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan
  • ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)
  • MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan
  • MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)
  • MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) –sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.
  • MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA

Cadangan Penggunaan:
1 biji setiap pagi & malam







Senarai Agent Tamar Cocoa


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah.

Tak ku sangka tak ku duga.. Keputusan 4 bulan lalu dapat mengubah sedikit demi sedikit bisnes saya yang kedua iaitu Tamar Cocoa. Dari asal hanya membeli sekadar untuk minum seisi keluarga serta nak sharing dengan sanak saudara dan rakan terdekat, kini dah jadi rutin harian.. 

Betul kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'.. Bisnes ni terbuka kepada semua golongan yang muda ataupun tua.. Dan yang beragama islam sahaja.. Tapi kalau cina atau pon india yang nak beli minum boleh.. Kecuali daftar jadi ahli sahaja.. Sebab saya pernah dengar stokis cerita, ada seorang warga cina mohon untuk menjadi ahli dan membeli borong (barangkali ada kedai sendiri @ tokey supermarket).. Namun, tuan CEO tak benarkan kerana jika mereka yang borong, last sekali siapa pelanggan yang paling ramai membeli? Bukankah saudara islam kita juga? :) Begitu prihatin dan sayangnya tuan CEO kepada kita.. Demi menyeru semua orang islam bijak berniaga dan ambil peluang :)

Soalan lazim yang saya selalu terima, Tamar Cocoa takde jual di supermarket ke? Tentulah tidak.. Hanya di stokis-stokis tersenarai, agent-agent sah & juga kedai-kedai runcit/kiosk yang tertentu sahaja.. 

Jadi mereka yang mempunyai kedai/kiosk kecantikan ke, berminat nak jadi ahli, boleh register dengan saya ataupun agent-agent saya di bawah.

Jom order Tamar Cocoa bersama agent-agent kami..
Anda boleh dapatkan Tamar Cocoa berhampiran anda.

Kedah (Sungai Petani/Kulim)
  • Fiza - 012.4219244
  • Farah Eliana - 017.4962315
  • Fairuzliza - 012.4386540
  • Noor Azita - 017.4951127
  • Kak Ilah - 012.5348150 (Perda)
  • Gee -019.2072614
  • Hayati Romlie - 014.9454901
  • Asikin - 018.4041734
  • Asniza Ali Amran - 013.4574560
  • Ana - 017.4663393
  • Zamzila - 012.4602565 (Kulim)
  • Shahira Azmi - 012.4460181 (Langkawi)
  • Nor Adibah - 012.4229045 (Kulim)
  • Madihah Othman - 012.2751108
  • Nooraihan Khalid - 010.7925190
  • Noraini Nordin - 017.5515721

Perlis

  • Shahida Ismail - 017-3825152

Perak 
  • Farah Eliana -  017.4962315 (Batu Kurau/Taiping)
  • Rosnah - 019.5132765 (Batu Kurau/Taiping)
  • Ruhaiza - 019.3131801 (Slim River)
  • Hidayah - 011.32044329 (Nibong Tebal)
  • Faliha - 012.5889608 (Ipoh)

Pulau Pinang
  • Ainna Najwa - 012.5922602 (Seberang Perai)
  • Zulfadzli - 012.5288784 (Permatang Pauh/Perda)
  • Hamidah -  019.5252461
  • Syikin - 017.5297594
  • Khairunnisa Abu Bakar - 017.3562807
  • Che Hasmaliza - 014.2257284

Selangor/Kuala Lumpur
  • Soliha - 017.2034095
  • Noor Aida - 017.6430926 ( Setiawangsa )
  • Hidayu - 019.3326685
  • Liyana - 012.6289984 (Banting)
  • Hayati -  013.3711427 (Damansara)
  • Azlien - 012.2301938 (Shah Alam)
  • Ct Wazni - 019.2978417 (Batu Caves/Selayang)
  • Marjiana Sani - 013.2545206 (Rawang)
  • Nisa Asilah - 013.3935220 (Wilayah Persekutuan)
  • Nurul Huda - 017.3849045 (Wilayah Persekutuan)
  • Siti Suhana - 011.26438515

Johor
  • Aida - 013.7042456 ( Batu Pahat )


Melaka
  • Azida - 019.7360806 

Pahang

  • Haslinda - 019.3741633


Sarawak
  • Nur Hartini - 014.58914744

Terengganu
  • Mariana - 012.5889608

Kelantan
  • Amalina - 013.4839330

Seremban
  • Nurul Hiza - 012.2540616






Khasiat BV Alfalfa




Apakah itu Alfalfa? 

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau. 




Khasiat Alfalfa
Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. 

Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud“Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa  makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.


Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalammenyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi danmenyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium. 



Keistimewaan Alfalfa

Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. 


Menggalakkan sistem penghadaman yang baik

Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.

Mengalkalikan badan
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu  meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.



Menghilangkan bau nafas

Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan. 


Mengurangkan haba badan yang berlebihan

Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.


Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting

Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya  meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.


TAHUKAH ANDA



Apa beza alfalfa di pasaran dengan Bio Velocity Alfalfa Concentrated?


Bio Velocity Alfalfa adalah unik dan satu-satunya produk alfalfa yang mempunyai "Tenaga Bio Velocity"



"Tenaga Bio Velocity" adalah tenaga tulen matahari.

Pengambilan Bio Velocity Alfalfa bukan saja untuk supplement tambahan harian. Tapi juga membantu meningkatkan tahap tenaga, memperbaiki aura tubuh badan, anti-radiasi dan anti-stress. Molekul Bio Velocity Alfalfa juga lebih kecil berbanding alfalfa jenama yang lain. Molekul yang kecil menjadikan peratus serapan mineral oleh badan lebih tinggi. Bau Bio Velocity Alfalfa juga lebih enak berbanding yang lain.

Menggunakan konsep yang sama dengan produk-produk berikut:
Bio Velocity Sleep Mate
JTX Air Tracker
Bio Seleza Sanitary Pad



Cara Guna Bio Velocity Alfalfa Concentrated

1. Sebagai minuman
    - bancuh 1 sudu besar dengan air kosong.
    - Bio Velocity Alfalfa dicampur dengan jus buah-buahan dan sedikit garam buluh (exotic juice)
    - resepi untuk kulit cantik & badan langsing:
        Campurkan Lemon + Madu + Bio Velocity Alfalfa (amalkan 3 kali sehari)


2. Campur dalam masakan atau kuih-muih
    - dimasak bersama nasi (apa salahnya, kalau nasi kerabu warna biru, kita buat nasi lemak warna hijau)
    - dicampur dalam adunan kek
    - sebagai agar-agar

Nasi Ayam BV Alfalfa

Kuih Cara Manis BV Alfalfa


3. Sapu pada luka-luka kecil atau luka-luka ringan.


4. Sebagai facial mask 

    - melicinkan, menegangkan dan menganjalkan kulit
    - anti-aging (melambatkan proses penuaan)
    - anti-bakteria & anti-kulat
    - firming & lifting effect (tak perlu lagi suntikan botox)
    - caranya:
        > campurkan sedikit Bio Velocity Alfalfa + Garam Buluh
        > sapu pada muka. Cuci selepas 30 minit.



Siapa sesuai minum?

- dewasa (1 sudu, 3 kali sehari)

- kanak-kanak (sedikit saja, dicampur dalam susu atau jus buah-buahan)
- tidak sesuai untuk pesakit SLE


Harga Bio Velocity Alfalfa:

1 botol RM78
Beli 5 botol, free 1 botol


"Sangat murah untuk fungsi & khasiat yang sangat banyak."


Contact me for details.




Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000


Assalamualaikum. Hye.

Kenapa Jat terpanggil untuk buat entry ni? Sebab lepas apa yang Jat baca artikel ni, memang sungguh memberi kesan yang sangat positif pada diri.. Perkongsian yang kita tak tahu pon sebelum ni.. Mungkin ada yang tahu tapi hanya segelintir. So Jat update dalam entry supaya one day bila Jat nak baca, Jat boleh refer pada blog Jat balik.. Jom sama-sama kita baca dan sama-sama praktiskan.


Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.
Siapa dia lelaki terkaya Asia?
Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion !!!. Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.
Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.
Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.

Terpengaruh dengan usahawan muda Li Ka-Shing

Saya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana yang saya ada sekarang.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya memakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.
Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli jam mahal setiap kali saya meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing (Anda tak perlu ikut cara saya dalam bab pakai jam ini… hehehe)
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.
Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.
Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual daripada menjadi seorang kerani.
Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual. Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.
Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing. Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.
Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat….
Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.

Petua Li Ka-Shing untuk usahawan muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji. Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.
  1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
    1. Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
    2. Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.
    3. Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.
  2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:
    1. Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.
    2. Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.
    3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.
  3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:
    1. Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.
    2. Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.
  4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.
  5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
    1. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
    2. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.
Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan perabih duit dengan beli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tai bukan ketika anda masih muda dan miskin.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar… kenapa dia kata begitu saya tak pasti. 
Demikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini. Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan. Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.
Anda boleh tempah masa jika saya ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda. Selamat berusaha dan moga berjaya!!!

Sumber artikel dari blog ini sila klik