Tahun ini seperti tahun-tahun sebelum ni, jika di beri kelapangan waktu, rezeki yang lebih, kami tak pernah ketinggalan untuk bercuti bersama-sama... Kualiti waktu itu sangat penting.. For me, masa yang berharga dan bahagia itu bila dapat bersama-sama family... Rasa indah sangat.. Untuk pertama kalinya bagi tahun 2013, ini adalah percutian kami.. Cuti-cuti Malaysia.. Haik, Malaysia je ke? hehehe.. Insyallah, ada rezeki n panjang umur, kami cuti-cuti luar Malaysia pulak.. Sebenarnya, plan utama ialah ke Pulau Langkawi...akan tetapi, last minit punya planning, semua full booking... FULL!! terpaksa la beralih arah ke plan B.. iaitu Pulau Pangkor.. kenapa mesti Pulau?? Sebab adik aku yang request nak pergi pulau.. Katanya inginkan ketenangan.. Memandangkan dia tengah sakit, so kami setuju kan je.. Lagipon seronok jugak.. Sebab dah lama x bercuti ke pulau... Dan kebetulan pulak aku tak pernah sampai ke sana lagi.. First time nak pergi nih.. Before ni ramai jugak yang menceritakan Pulau Pangkor best, pantai cantik, ada penyu, boleh snorkelling, ada banana boat.. banana boat?? banana boat?? yeayyy!! i loike..
Memandangkan aku adalah mastermind dalam family and pakar dalam google menggoogle ni, aku diberi tugasan untuk mencari tarikh, tempat penginapan, bajet untuk percutian famili.. Pagi-pagi aku dah mula menggunakan khidmat encik google... aku search lokasi mana yang paling best untuk kami bermalam di sana.. Kemudian aku dapat contact Encik Fendi.. If korang nak bercuti ke sana, boleh contact dia untuk booking chalet... Aku terus contact takut tempat full.. Maklum lah, cuti sekolah.. Semua orang nak bercuti... Aku request Nipah Water Front sebab berhadapan dengan pantai tapi dah penuh.. Frust betul.. Then Encik Fendi dapatkan aku bilik iaitu Suria Beach Resort.. Alhamdulillah settle... And cuti aku pun diluluskan.. yahoooo!!!
HARI PERTAMA DI PANGKOR
Tak aku nafikan, perasaan setiap kali tiba saja percutian, akulah yang paling gembira, teruja dan macam-macam lagi (standard la tu..) Sebuah kereta digunakan untuk mengangkut kami ke Jeti Lumut, Perak.. Bertolak selepas subuh, mula2 naik highway, turun ke Tol Changkat Jering.. Then kami lalu jalan kampung sebab dorang cakap jalan ni jalan paling cepat untuk sampai.. Perjalanan kami memakan masa hampir 5jam.. Kami tiba di Jeti Lumut jam 11.30pagi.
Arca siput sebagai tugu ke Lumut..
Tiket berharga RM10 pergi dan bali agak berbaloi jugak apabila feri yang disediakan berhawa dingin dan sejuk..
Beratur untuk ke Feri... Kebetulan masa pergi tu cuti sekolah baru bermula, so orang takde lah ramai sangat..
Jumpa Mr. Os di dalam feri...
Sebaik tiba di jeti, kami menyewa sebuah van dengan seorang pemandu yang membawa kami menjelajah keseluruhan tempat yang menarik di Pulau Pangkor.. Kos yang diperlukan RM80 untuk sehari.. Kami di bawa melawat ke Kota Belanda, Kilang Sate, Taman Fu Lin Kong & terus ke chalet di Teluk Nipah..
Kota Belanda
Kilang Sate
Taman Fu Lin Kong
Lawatan cuma mengambil masa 2 jam je.. Sebab kawasan Pangkor ni tak besar mana pon.. So, kami terus gerak ke tempat penginapan untuk berehat-rehat.. Chalet yang aku pilih Suria Beach Resort.. Not bad tempatnya.. Harga pon berpatutan.. RM160 untuk family room.. Terdapat 3 katil.. Cukuplah untuk aku sekeluarga tidur.. Setelah puas berehat, petang kami gerak ke pantai.. Pantai yang dikenali sebagai Pantai Teluk Nipah... Aktivit yang kami bermain ialah menaiki bot pusing pulau, sborkelling, tengok matahari terbenam...
tunggu bot.
adik muka cuak.
along muka excited.
aku muka tak sabar nak snorkelling.
kak cik muka takut.
mak muka happy je.
and abah muka paling cool.
jernihnya air..boleh nampak dasar laut.
nampak tu ramai orang snorkelling.
cari di mana mata saya.
seronok dapat main air..
anak-anak mandi, mak abah dating.. :P
bye-bye pulau..nanti kami datang lagi...
Sampai je kat pantai, kami tak terus balik ke chalet.. Mandi-manda dulu kat pantai sambil tunggu matahari terbenam.. Sebab part ni la paling aku nanti-nantikan..
sambil menunggu sunset :)
Subhanallah..cantiknya...
HARI KEDUA DI PANGKOR
Hari terakhir di Pangkor.. Pagi-pagi lagi abah ajak pergi cari sarapan sebelum balik.. Bila musim cuti sekolah memang tak boleh lewat-lewat.. Nanti makanan cepat habis..hehe! Sementara menunggu kedai buka, aku sempat menikmati keindahan pagi.. Ya Allah, cantik tempatnya..
Nice view.. i like!
Kalau datang sini, boleh pilih package Beach Boy.. Semua water sport ada.. Harga pon berbaloi-baloi... ;)
The real 'Burung Enggang'..
Selesai breakfast, kami semua kemas-kemas, then check out pukul 11 pagi.. Kali terakhir shopping, di pekan Pulau Pangkor.. Tak lupa belikan sedikit souvenir pada kawan-kawan, rakan-rakan biznes dan keluarga terdekat..
Finally, dapat t-shirt Pangkor.. Kalau nak shopping baju, datang kedai dorang.. Murah & baik hati sangat.. hehe!
Kena beratur dulu sebab ramai pulak masa nak balik..
Atas feri ( bahagian atas )
goodbye Pangkor... ;)
And the last picture, happy moment with family..
i love my family..
Hope uols enjoy dengan entry ni ye... Oh lupa, mungkin ada di antara kalian yang terfikir-fikir nak pergi bercuti, boleh datang ke Pulau Pangkor.. Seronok.. Suasana pantai yang mendamaikan...
Di sini, aku listkan bajet untuk short holiday... Mungkin berguna pada uols.. ;)
Bajet untuk 1 keluarga ( 6 orang )
Kos minyak kereta pergi balik (dari Sungai Petani ) = RM80
Kos tol ( dari tol sg petani selatan ke tol changkat jering ) = RM20
Kos penginapan ( family room di Suria Beach Resort ) = RM160/malam
Kos tiket pergi & balik = RM10 (seorang )
Kos makan untuk 2hari 1malam = RM200
Kos naik bot + snorkelling = RM80 ( bot + google )
Kos kenderaan ( teksi ) = RM100 ( pusing pulau + tambang balik ke jeti )
bye ;)
terbaik...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteJat, takziah atas pemergian adik. Blh ekin tau nape adik Jat?
ReplyDeleteEntry yang bagus dan informasi yang berguna..terbaik..
ReplyDeletetq sy pn dkt pangkor ni ikut guideline cik
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteOk2..best gak tu..minggu nie jgk aku turun pangkorrr...hehehe..
ReplyDeletehehe.. short trip. best!
DeleteNak tanya, snorkelling tu cari sendiri masa dah smpai kat pangkor ataupon sekali dgn pakej ye? Tq :)
ReplyDeleteMaaf lambat reply. sy cari sendiri je masa. sy pergi lepas Asar sebab bajet time pukul 6 dah balik ke pantai. :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThanks and that i have a keen provide: Who Repair House Windows whole house renovation
ReplyDelete