Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Pre-wedding shoot @ Penang

Assalamualaikum,

Pre-wedding shoot. 
Actually tak terfikir pon nak buat pre-wed ni. Tapi memandangkan takde gambar yang helok untuk letak dalam banner kahwin nanti, so aku decide dengan Encik Tunang untuk tangkap gambar la. Agak kelam-kabut jugak la nak arrange shoot ni. Memula tu plan nak upah photographer la. Tapi memasing busy sangat. Kena kira bajet juga sebab bagi aku semua benda nak kena ambil kira. Taknak la membazir macam tu je kan. Lain orang lain cara.

Memula tanya Encik Tunang nak shoot kat mana. Kami decide nak buat kat pantai. Terjebak dengan gambar-gambar orang lain kan. Tapi lastly, shoot dekat Penang je. Nasib la Encik Tunang tahu selok-belok Penang. 

Baju pon kitorang recycle balik je yang mana ada. Mekap pon sendiri. Hentam saja la. hahaha
And nak tahu, yang best nya kitorang shoot sendiri je. Jimat segalanya. 

So kitorang keluarlah segala skill yang ada. Memandangkan tarikh majlis semakin hampir, memang kena buat kerja pantas.

Aku sharekan beberapa gambar yang kitorang sempat shoot.

Enjoy ya ;)


Mekap sendiri ja. Encik Tunang kata boleh pon mekap sendiri. Cincai aja la bukkk..










Maka terhasil lah banner wedding kami.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Cantik dan kemas. Banner ni termasuk dengan pakej kad kenduri. Highly recommended.
Deign pon semua yang latest-latest tau.

Actually, banyak lagi tempat-tempat menarik kat Penang. Tapi disebabkan kami kekangnan masa, maka tuju beberapa tempat ja la..


Ok bye bye :)

SYAWAL 1437H


ASSALAMUALAIKUM.

S E L A M A T 
H A R I 
R A Y A
!!!!

Syukur Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun ini yang baru lepas 8 hari.

Dan Alhamdulillah, di atas kurniaNya juga kita masih diberi peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ambil peluang cuti yang panjang (6 hari saja), untuk bersilatulrahim dengan keluarga dan sanak saudara dan menjalinkan ukhwah sesama kawan kawan.

In Sya Allah, panjang umur Aidilfitri tahun depan akan lebih meriah dari kali ini. Lebih dapat membantu ramai orang dan dapat memberi lebih nilai kepada keluarga. 

#TeamRayaSingle
#TeamRayaKedah















Dec 31, 2011 Decisions of life - between ME n YOU!!

Kehidupan yg kita lalui harini adalah tindakan yang kita pilih pada masa lampau. Perjuangan hidup tak bernoktah sehinggalah ke nafas yang terakhir. Samada betul atau salah pilihan yang kita buat, kita perlu hadapi dan terima kerana setiap atas sesuatu itu tentu ada buruk baiknya. Samada kita takut atau berani, pilihan itu kita yang tentukan. Setiap detik dari bukaknya mata sehinggalah terpejamnya mata, tak terkira berapa keputusan yg kita telah buat tanpa kita sedar.
         
And now, what happen to my life is choosen by me. Hidup serba kekurangan pada zaman kanak2 membuatkan aku bulat and tekad supaya ianya tidak diwarisi oleh anak2ku. Bersyukur dilahirkan di dalam keluarga yang besar dan mempunyai kedua ibu bapa yg sangat garang dan tegas. Syukur. i love u mak & abah.
         
Mula bergaul dengan kawan2 dari keluarga yang senang sejak di sekolah menengah lg membuatkan aku rasa kerdil dan naif. Namun aku kuatkan semangat supaya aku boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama mereka. Dan jurang itu aku rapatkan. Betullah utk mengubah kehidupan kita perlu berani dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu. Yakin bahawa Allah itu sentiasa bersama orang2 yang sabar dan sentiasa berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik.
         
Dan sehingga ke hari ini aku tak pernah berhenti menjadikan kehidupan aku lebih baik dari sebelumnya. Aku takkan mengalah dan membiarkan masa menelan usia. Sesungguhnya impian aku masih jauh dan hanya aku shj yang mampu menggapai apa yang aku impikan dan bukannya orang lain. Kerana semuanya terletak di tangan aku. Kehidupan ini tak semudah dan seindah yang kita impikan. There's up and down. Keputusan yang kita buat penuh dengan kebarangkalian dan ketidakpastian. Buangkan jauh2 segala ketakutan itu. Berusaha dan terus berusaha dan sentiasa tawakkal kpd Allah s.w.t. Minta petunjuk drNya. Insya'Allah semoga apa yang kita usahakan dipermudahkan.


Love, 
Fiza Mahazir

Happy Birthday to Fiza Mahazir!


October 25th,
yeayy..
it's my birthday..!

For some people, they prefer not to reveal the real age, 
for me.. tak perlu hide kan umur :) Ia hanya sekadar angka..

Alhamdulillah,
I am proud of myself and for what i have become and achieved so far! 
:)

Feel blessed too,
being surrounded with beloved family,
especially my mak, my abah, my sisters, and brother,
my love (eh ada ke?) :)

I still have my friends who keep on supporting me,
my business partners who keep on counting on me,
Not to forget, i have mentors who keep on guiding me! :)

Here's some of the thoughtful wishes they made for me,
from insta & whatsapp :-





Thank you everyone for the warm wishes, prayers..
:)


THANK YOU AGAIN EVERYONE!



Love,
Fiza Mahazir


1 Syawal 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah 1 Syawal yang penuh meriah dan kesyukuran. Dan selesai sudah ibadah puasa kita selama 29 hari kan. Seronoknya tengok semua orang upload profile pic yang baru dengan keluarga, dengan baju raya yang cantik-cantik. Makin bertambah cantik dan hensem semua :)

Macamana dengan 1 syawal uols? meriah tak? Dapat raikan hari raya bersama-sama keluarga? dapat bergambar dengan semua sanak-saudara? Mesti la kan.. Setahun hanya sekali saja.


Pagi tu selepas sembahyang raya, kami sekeluarga menziarahi pusara arwah adik. Tahun kedua tanpa nya. Sedih dan sebak. Beberapa hari sebelum Syawal, mak ada mimpi kan arwah. Mak cakap muka arwah nampak bersih, putih, tersenyum je. Alhamdulillah. Moga bahagia dia di sana.



Eh korang...!! Ramai kan tema 'mak kau hijo' tahun ni.. Sedondon la kita ye.. 

Lepas ke kubur, 2 3 family sebelah mak datang beraya di rumah sebab berkumpul sebelum gerak pulang ke kampung. Setiap tahun, memang ada aktiviti wajib untuk kami semua. Cabutan duit raya untuk anak-anak & cabutan bertuah untuk ibu-ayah. 



#selfieraya dengan abah.


Tunggu next entry nak share kemeriahan kami berkumpul dengan sanak-saudara. Alhamdulillah, makin lama makin erat hubungan kekeluargaan kami.


Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaaaaaaa..!!



#syukurselalu


March Birthday Celebration!

Assalamualaikum.
Hye!

Bulan March ni bulan special dalam our family.. Sebab sambut  4 birthday..

11 March - Birthday Mak ke 53tahun
12 March - Birthday arwah adik ke 17tahun
13 March - Birthday Kakngah ke 28tahun
26 March - Birthday adik (aswad) ke 16tahun

Tahun lepas, weols celebrate makan-makan our family je di Dominos Pizza.. So this year takde lah celebrate apa pon cuma iols planning nak beli kek sahaja. Memandangkan cuti sekolah, so pagi 11 Mac tu, sebelum pergi kerja, wish selamat harilahir pada mak, minta ampun semua, cium tangan, cium pipi, peluk mak, iols tanya mak nak apa? Mak cakap nanti tunggu balik balik semua beli kek sebiji sudahlah.. Makan sama-sama.. Mak teringin kek Secret Recipe.. Iols tau fav mak Chocolate Indulgance. (sebab kek ni la aku selalu beli setiap kali bawa balik rumah . LOL)

Petang harinya, i memang tak beli apa lagi sebab belom cuti sekolah kan. Tapi adik dah belikan 2 box donut dari Big Apple and apa ntah satu lagi..Lupa nama.. So makan saja yang tu..

14 Mac hari Sabtu kebetulan iols kerja. So balik kerja memang planning nak beli kek kat Secret Recipe. So balik kerja memang gamble je ada ke tak.. Risau yang sebiji dah habis sebab kat SC situ memang cepat habis kek.. Sampai je, dorang cakap ada lagi.. Okey lega! So misi menjadi sebab takde sapa tau pon i punya planning...mihmihmih




Chocolate Indulgance :)




Happy birthday Kak ngah & Happy anniversary too..




Happy birthday adik! Semoga sentiasa di lindungi Allah, diberikan kesihatan yg baik, berjaya dunia akhirat, menjadi anak yang soleh, taat kedua ibubapa, jangan tinggal solat.

\
\
\
\
\
\
\
\
\
\

Dan budak paling bizi sekali mestilah amzar ni.. Tengok tu, dia pon nak sambut birthday dengan paksunya.. Si kecik yang selalu menghiburkan hati kami sekeluarga. Hadirnya membawa cahaya dan kegembiraan.. Terima kasih Ya Allah.



The end.


Rindu 2013


Jujurnya....Aku rindu 2013...

Tahun yang banyak mengajar aku untuk stand out dan jadi siapa yang aku ingin jadi, tanpa segan silu..

Tahun yang membuatkan aku tabah menghadapi ujian dari Allah.. Yang membuatkan aku jadi kuat walaupun di dalam hati aku ibarat kapal yang karam di lautan..

Tahun pertama memiliki lesen dan Cik Putih.

Tahun terakhir yang dapat aku bersama-sama dengan arwah adik... Tahun terakhir aku dapat tatap wajahnya, menjaga dia.. Sayunya hati...Walaupun masa berlalu dengan pantas, kau akan ku sematkan di dalam hati & doaku sentiasa mengiringimu adik... (T_T)

Tahun yang membuatkan aku 'jatuh cinta' sekali lagi..Terasa syukur & bahagia walaupun perasaan dari kurniaan Illahi ini hanya sementara.. Baru di landa masalah sedikit, susah terputus di tengah jalan..Apakan daya, aku hanya insan yang lemah dan kebahagiaan bukan milik aku... Dia bertemu dengan gadis yang lebih baik dan mulia dariku... Aku redha.. Terima kasih awak pinjam kan saya telinga untuk mendengar, pinjamkan lidah untuk menasihati, pinjamkan mata untuk mengenali awak dan pinjamkan hati untuk menyayangi awak...

Tahun diraikan sebagai Diamond.. Shine bright like a diamond.. ;)

Tahun menghargai dan menguruskan masa.. Bekerja hakiki di siang hari dan bekerja sambilan di malam hari serta hujung minggu, agar masa yang ada tidak dibazirkan..

Tahun melihat kehidupan dari sudut lain.. Mengenali rakan-rakan baru mengajar agar menghargai kesihatan diri dan bersyukur dengan apa yang ada...

Tahun mengenali pelbagai golongan baru people yang hiper, awesome, full spirit, dan sangat positif.. Belajar banyak dari mereka..

Tahun melawat keindahan alam dan kehidupan orang lain - Sarawak - Pulau Pangkor - Perak - Kuala Lumpur

Tahun mencuba aktiviti baru dan hobi baru.

Tahun jatuh bangun seorang hamba Allah.

Tahun yang banyak membuka peluang perniagaan dan mengembalikan fokus.

Tahun pertama qualify melancong secara percuma ke luar negara..

Tahun yang dapat membantu ramai orang untuk keluar dari kepompong masalah kewangan - tidak lagi berada dalam comfort zone

Tahun yang 'hampir' menemukan saya dengan Mr Right.. tapi....



2014?


Tahun bermula..

Didoakan lebih banyak kejayaan dikecapi dalam hidup kita sepanjang tahun ini, dan tahun-tahun akan datang.

Didoakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang baik.. Doa yang baik-baik..
Semoga hidup sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya..

Didoakan semoga dapat menjadi anak yang solehah buat Abah & Mak..
Harta yang tiada nilainya..

Tidak perlu tunggu kaya, untuk buat apa yang kita mahu.
Yang penting bersyukur dan fokus dengan apa yang kita ada..
Dan sentiasa perbaiki amalan.

Insyallah, Ameen.


Welcome 2014!


Yang Ikhlas,
Nor Hafizah Mahazir



" Don't chase people, be yourself,
do your own thing and work hard..
The right people - the ones who really belong in your life..
Will come to you.. And stay.."


Officially edit by : Nor Hafizah Mahazir


Happy Birthday to Cik Jat

Assalamualaikum..

Terasa jari kecil di panggil untuk menaip entry kedua sempena my birthday.. Betapa bermaknanya hari jadi pada tahun ni.. Dua kali celebrate dengan penuh kejutan dan superb! Thanks semua.. Itu pon Jat terpaksa menolak jemputan my mentor malam tu.. Nak celebrate makan kek sama-sama.. sobsobsob.. Apakan daya, tak sempat nak attend semua.. Rasa macam artis tak?haha!


Actually tak tahu pon yang Jat boleh dapat kek lagi.. Asalnya nak keluar makan je.. Sembang punya sembang, gelak punya gelak... Tetiba dia cakap, tengok belakang jap.. Ada barang untuk awak la.. Hati berbunga jugak la sebab apa benda la kan.. Wanita mana tak suka kalau dapat ole-ole ke, hadiah ke kan.. haha! Sekali tengok ada kek.. Haish... biar betik dia ni.. Wahaaa... Dah gelak-gelak keriangan seperti kanak-kanak yang baru dapat mainan je.. haha! Tak terucap tau.. 



Dah la kek lawa, warna-warni bagai.. Cantik pulak tu.. Actually memang dah lama teringin nak makan rainbow cake ni tapi tak pernah cakap pon.. Tapi in my birthday, dapat pulak... Memang wa sayang lu la! hehe.. Pandai pulak dok buat surprise-surprise kan.. Macam tak percaya... ;)

Rasa sayang nak makan kek cantik-cantik ni.. Kek ni last minit punya request.. Nasib baik la kawan dia nak buat kan.. Kawan punya pasal..hehe! Uols boleh tempah kek cantik dan sedap ni kat Kulimcupcake.. ;)


Rasa macam mimpi tapi realiti.. Celebrate tepi pantai.. Tengok laut, sambil makan kek.. Orang lalu-lalang tengok je..haha! 


And the best thing, surprise present.. Haish la.. Bersyukur sangat.. Actually Jat bukan pandai sangat nak memilih handbag ni.. Asal nampak yang berkenan di mata, beli je.. Tapi mujurlah ada orang yang boleh bagi pandangan semua kan.. Terasa malu pulak kan.. Nama je wanita.. haha! Tengok tu, lawa kan.. Jat pon berkenan terus.. Dalam hati cakap, eh, dia ni pulak yang pandai pilih dari aku... :)


Taraaa... Sesuai ke tak? Handbag ni ada 2 function.. Satu boleh bawa guna tali pendek.. Sesuai untuk event, seminar, kenduri, raya.. Yang kedua, boleh guna tali panjang.. Santai gituww...

Apa pon, Jat terharu sangat sebab masih ada yang menyayangi diri ini... :)

Love,
Nor Hafizah Mahazir

Happy Birthday Sweet-25

Assalamualaikum..

25 Oktober 1988 - 25 Oktober 2013, pukul 10.25malam genap cukup 25 tahun aku dibesarkan.. Umur je besar ye, tuan badan tak besar-besar..hehe! Alhamdulillah, harijadi tahun ni jatuh pada hari Jumaat yang penuh kesyukuran & barakah... Penghulu segala hari.. 

Malam 24hb dah dapat mesej & calling from my friend.. Tidur malam pon dah senyum-senyum.. Masih ingat lagi kalian padaku.. achewahhh! Pagi sebelum datang kerja, dpt pelukan & ciuman dari mak.. Mak cakap "Selamat Hari Lahir, dah besar anak mak.." Ok sayu sangat.. Love u mak!


Sampai ofis, atas meja ada hadiah.. Surprise for me! Hadiah ni rakan sekerja yang bagi.. Tidak kira usia & bangsa.. Thanks you Atie.. Jasamu ku kenang.. :)

Tak kurang juga, Jat dapat ucapan dari Facebook & Instagram.. Hampir 200 ucapan! Woweeee... Awesomazing uols.. Jat hargai sangat-sangat.. Ni antara beberapa ucapan.. Nak share semua tak muat.. :P












Terharu dengan semua ucapan :') 

Lepas kerja, besties friend celebrate surprise party! Seriously memang menjadi kan u punya surprise.. Tahun lepas celebrate dekat Monrods, Kulim.. This year dekat Kg Pelet, Penanti.. Jat memang tahu dia ajak keluar makan.. Tapi takde la sampai surprise macamni kan.. First time celebrate dekat dengan swimming pool.. Romantik gituww :)


Setia menunggu apa yang bakal terjadi.. hoho!


Nice view right? Terasa romantik & tenang je ;)


Menu pilihan Nasi Beriani Ayam + Jus Tembikai..


Thanks Inas sebab buat kad yang comel ituww & gift cheese tart yg sedap!


Happy Birthday to me! 


Chocolate Cake! Masa ni tengah layan makan-makan, sembang-sembang.. Pastu dengar alunan lagu nyanyi "Happy Birthday".. Then, datang la waiter bawa kek.. Wahhh.... Seriously rasa nak nangis, terharu, sebak.. Tak tahu nak cakap macamana... 




Mastermind! 


U make me happy day by day.. Thanks friend!




"The rain may be falling hard outside,
But your smile makes it all alright.
I'm so glad that you're my friend.
I know our friendship will never end."
 

Ini cerita pertama.. Continue for next chapter.. ;) Apa pon Jat bersyukur sangat sebab Allah kurniakan sahabat yang baik.. Jat kenal Inas & Amer lebih kurang 3 tahun je.. Mereka lah kawan Jat kenal masa duduk di Kulim.. Tapi keakraban tapi tak mengira tahun.. Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.. 

Love,
Jat
25/10/2013