Sunday, 5 January 2014

Rindu 2013


Jujurnya....Aku rindu 2013...

Tahun yang banyak mengajar aku untuk stand out dan jadi siapa yang aku ingin jadi, tanpa segan silu..

Tahun yang membuatkan aku tabah menghadapi ujian dari Allah.. Yang membuatkan aku jadi kuat walaupun di dalam hati aku ibarat kapal yang karam di lautan..

Tahun pertama memiliki lesen dan Cik Putih.

Tahun terakhir yang dapat aku bersama-sama dengan arwah adik... Tahun terakhir aku dapat tatap wajahnya, menjaga dia.. Sayunya hati...Walaupun masa berlalu dengan pantas, kau akan ku sematkan di dalam hati & doaku sentiasa mengiringimu adik... (T_T)

Tahun yang membuatkan aku 'jatuh cinta' sekali lagi..Terasa syukur & bahagia walaupun perasaan dari kurniaan Illahi ini hanya sementara.. Baru di landa masalah sedikit, susah terputus di tengah jalan..Apakan daya, aku hanya insan yang lemah dan kebahagiaan bukan milik aku... Dia bertemu dengan gadis yang lebih baik dan mulia dariku... Aku redha.. Terima kasih awak pinjam kan saya telinga untuk mendengar, pinjamkan lidah untuk menasihati, pinjamkan mata untuk mengenali awak dan pinjamkan hati untuk menyayangi awak...

Tahun diraikan sebagai Diamond.. Shine bright like a diamond.. ;)

Tahun menghargai dan menguruskan masa.. Bekerja hakiki di siang hari dan bekerja sambilan di malam hari serta hujung minggu, agar masa yang ada tidak dibazirkan..

Tahun melihat kehidupan dari sudut lain.. Mengenali rakan-rakan baru mengajar agar menghargai kesihatan diri dan bersyukur dengan apa yang ada...

Tahun mengenali pelbagai golongan baru people yang hiper, awesome, full spirit, dan sangat positif.. Belajar banyak dari mereka..

Tahun melawat keindahan alam dan kehidupan orang lain - Sarawak - Pulau Pangkor - Perak - Kuala Lumpur

Tahun mencuba aktiviti baru dan hobi baru.

Tahun jatuh bangun seorang hamba Allah.

Tahun yang banyak membuka peluang perniagaan dan mengembalikan fokus.

Tahun pertama qualify melancong secara percuma ke luar negara..

Tahun yang dapat membantu ramai orang untuk keluar dari kepompong masalah kewangan - tidak lagi berada dalam comfort zone

Tahun yang 'hampir' menemukan saya dengan Mr Right.. tapi....



2014?


Tahun bermula..

Didoakan lebih banyak kejayaan dikecapi dalam hidup kita sepanjang tahun ini, dan tahun-tahun akan datang.

Didoakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang baik.. Doa yang baik-baik..
Semoga hidup sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya..

Didoakan semoga dapat menjadi anak yang solehah buat Abah & Mak..
Harta yang tiada nilainya..

Tidak perlu tunggu kaya, untuk buat apa yang kita mahu.
Yang penting bersyukur dan fokus dengan apa yang kita ada..
Dan sentiasa perbaiki amalan.

Insyallah, Ameen.


Welcome 2014!


Yang Ikhlas,
Nor Hafizah Mahazir

No comments:

Post a Comment