Sunday, 15 March 2015

March Birthday Celebration!

Assalamualaikum.
Hye!

Bulan March ni bulan special dalam our family.. Sebab sambut  4 birthday..

11 March - Birthday Mak ke 53tahun
12 March - Birthday arwah adik ke 17tahun
13 March - Birthday Kakngah ke 28tahun
26 March - Birthday adik (aswad) ke 16tahun

Tahun lepas, weols celebrate makan-makan our family je di Dominos Pizza.. So this year takde lah celebrate apa pon cuma iols planning nak beli kek sahaja. Memandangkan cuti sekolah, so pagi 11 Mac tu, sebelum pergi kerja, wish selamat harilahir pada mak, minta ampun semua, cium tangan, cium pipi, peluk mak, iols tanya mak nak apa? Mak cakap nanti tunggu balik balik semua beli kek sebiji sudahlah.. Makan sama-sama.. Mak teringin kek Secret Recipe.. Iols tau fav mak Chocolate Indulgance. (sebab kek ni la aku selalu beli setiap kali bawa balik rumah . LOL)

Petang harinya, i memang tak beli apa lagi sebab belom cuti sekolah kan. Tapi adik dah belikan 2 box donut dari Big Apple and apa ntah satu lagi..Lupa nama.. So makan saja yang tu..

14 Mac hari Sabtu kebetulan iols kerja. So balik kerja memang planning nak beli kek kat Secret Recipe. So balik kerja memang gamble je ada ke tak.. Risau yang sebiji dah habis sebab kat SC situ memang cepat habis kek.. Sampai je, dorang cakap ada lagi.. Okey lega! So misi menjadi sebab takde sapa tau pon i punya planning...mihmihmih




Chocolate Indulgance :)




Happy birthday Kak ngah & Happy anniversary too..




Happy birthday adik! Semoga sentiasa di lindungi Allah, diberikan kesihatan yg baik, berjaya dunia akhirat, menjadi anak yang soleh, taat kedua ibubapa, jangan tinggal solat.

\
\
\
\
\
\
\
\
\
\

Dan budak paling bizi sekali mestilah amzar ni.. Tengok tu, dia pon nak sambut birthday dengan paksunya.. Si kecik yang selalu menghiburkan hati kami sekeluarga. Hadirnya membawa cahaya dan kegembiraan.. Terima kasih Ya Allah.



The end.


No comments:

Post a Comment