1 Syawal 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah 1 Syawal yang penuh meriah dan kesyukuran. Dan selesai sudah ibadah puasa kita selama 29 hari kan. Seronoknya tengok semua orang upload profile pic yang baru dengan keluarga, dengan baju raya yang cantik-cantik. Makin bertambah cantik dan hensem semua :)

Macamana dengan 1 syawal uols? meriah tak? Dapat raikan hari raya bersama-sama keluarga? dapat bergambar dengan semua sanak-saudara? Mesti la kan.. Setahun hanya sekali saja.


Pagi tu selepas sembahyang raya, kami sekeluarga menziarahi pusara arwah adik. Tahun kedua tanpa nya. Sedih dan sebak. Beberapa hari sebelum Syawal, mak ada mimpi kan arwah. Mak cakap muka arwah nampak bersih, putih, tersenyum je. Alhamdulillah. Moga bahagia dia di sana.



Eh korang...!! Ramai kan tema 'mak kau hijo' tahun ni.. Sedondon la kita ye.. 

Lepas ke kubur, 2 3 family sebelah mak datang beraya di rumah sebab berkumpul sebelum gerak pulang ke kampung. Setiap tahun, memang ada aktiviti wajib untuk kami semua. Cabutan duit raya untuk anak-anak & cabutan bertuah untuk ibu-ayah. 



#selfieraya dengan abah.


Tunggu next entry nak share kemeriahan kami berkumpul dengan sanak-saudara. Alhamdulillah, makin lama makin erat hubungan kekeluargaan kami.


Selamat Hari Raya Aidilfitri semuaaaaaaa..!!



#syukurselalu


No comments:

Post a Comment