Ramadhan Al-Mubarak


#Ramadhan5



Assalamualaikum.

Dah masuk Ramadhan yang ke tiga hari ini ye. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa bagi seluruh umat islam di dunia. Semoga Ramadhan tahun ini membawa sejuta kebaikan kepada kita. 

Berpuasa bukan sahaja melatih kita dari lapar dan dahaga, malah melatih kita dari luaran dan dalaman semoga beristiqamah dalam melakukan ibadah. Carilah seberapa banyak kebaikan dan pahala yang dapat kita lakukan. 

Sesungguhnya, di dalam Bulan Ramadhan terdapat keberkatan yang sangat tinggi. Semoga semua ibadah kita di redhai oleh-Nya.. Amin..


# Puasa tahun ini jangan malas-malas tau! Kurangkan tidur, kurangkan mengumpat, kurangkat amalan yang sia-sia.. Mari sama-sama tingkatkan ibadah.. ;)



Tamar Cocoa....sentiasa menjadi bualan





#Ramadhan4

Tamar Cocoa..
bukan lagi asing di kalangan saudara islam kita..
Kini, ia menjadi bualan dan mendapat perhatian di kalangan saudara-saudari yang kini bertukar dari minuman M***.. 
Malah Tamar Cocoa jauh lebih sedap dan berkhasiat..
Minuman coklat pracampuran kurma ini,
memberikan rasa yang tak dapat di gambarkan..
Hanya mampu melafazkan, "MasyaAllah.....lazatnya.."


Itulah ia, TAMAR COCOA..

Siapa yang belum cuba, anda rugi sebenarnya..hehe
Mau mencuba? Cuba contact nombor ni 012-4219244, tanya dia macamana nak beli dan jadi ahli, seumur hidup tau..

Anda beli, anda dapat duit, siapa nak bagi?
Kan....


Jangan lupa contact nombor di atas ye :)



Perlu tahu!! Khasiat Biji Kurma

Assalamualaikum.

#Ramadhan2 

Jangan Buang Biji Kurma Selepas Makan, Ketahui Khasiat Hebat Biji Buah Kegemaran Rasulullah Ini (credit gambar dan info dari Munirah Syed Abu Bakar)



Hari ini 19 June 2015 bersamaan 2 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.


Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.


Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.


Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah


Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. Kami sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi Sahabat-sahabat semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi.


5 Sunnah Bersahur dan Berbuka.

#Ramadhan1


5 Sunnah Bersahur dan Berbuka Mengikut Petunjuk AlQuran & As Sunnah

"Orang yang puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, 
akan di ampuni dosa-dosanya yang telah lalu (HR Bukhari 1869)"




Sukar buat jualan dalam Instagram?

Anda sukar buat jualan dalam Instagram?

5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk
Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

2 : Gambar
Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam IG gambar jadi penambat hati mereka.

3 : Ayat jualan.
Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari FB yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan #‎tags ataupon #hashtag
Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dan mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nak cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nak cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu #‎sayajual‬ tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah #‎akuyangpakaikauyangpanas‬. Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna IG yang lain.

5 : Followers
Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Hope sedikit sebanyak info yang aku post kan ni bermanfaat bagi korang dan juga aku. So yang mana rasa tak betul dan korang selalu buat, sila ubah. Semoga korang dan aku semakin maju dalam bisnes.. InsyaAllah.. 





Love, 
JAT :)