Wednesday, 5 June 2013

Sayangness | Tahniah buat Farah Diana

Assalamualaikum..

" Apabila dua hati bertaut, dengan izin Allah S.W.T, dengan keredhaan kedua ibu bapa, dengan lafaz akad nikah, maka dua hati menjadi satu.. " 

Terasa baru semalam kita kenal, baru semalam kita bergurau-senda, dan tak sangka hampir 13 tahun lebih kita berkawan.. Perkenalan bermula di bangku sekolah menengah.. Masing-masing dari latar belakang yang berbeza.. Namun, kita rapat seperti adik & kakak..

Ingat tak lagi, masa PMR, orang lain study, kita siap boleh naik motor ronda-ronda dalam kawasan sekolah? siap jatuh langgar pagar... Lepas tu menyanyi kuat-kuat, letak inai kat lengan, konon-konon letak nama boyfriend.. Ingat tak kita hampir-hampir kena ligan dengan anjing kat pagar padang sekolah? teman intan p call boyfriend dia? Ingat tak lagi asal outing je mesti pergi karaoke jamban... Nyanyi kuat-kuat padahal suara ke laut ja.. Ingat tak lagi kalian, nasi ayam percik cemara menjadi makanan kegemaran kita setiap kali keluar ke Central Square? Ingat tak keropok kegemaran kita ialah Twisties? Lepas balik seokolah, lepak atas katil. buka keropok, makan sama-sama... Yang selalu jadi mangsa intan la sebab stok makanan dia banyak.. haha! Ingat tak bila balik prep, masak megi tomyam sama-sama.. Ingat tak lagi kita suka keluar sama-sama, pakai baju sama kaler.. Celebrate birthday, pakai baju kaler merah sama-sama, jalan kaki p KFC jam besar, meraikan harijadi sama-sama.. Ingat tak lagi zaman kena marah dengan cikgu-cikgu disiplin? aku cover hang.. hang cover aku.. Last-last terbongkar rahsia.. haha!

Walaupon kita semua berbeza kelas, namun keakraban kita menjadi kan kita satu keluarga.. Masing-masing ada jawatan kat hostel tapi perangai hampeh..hahah! Ketua dia intan ( intan jgn marah.. :P ).. Namun, semua itu kenangang,... Ya kenangan yang x dapat kau lupakan.. Terima kasih kalina kerana menjadi sahabat aku dari dulu hingga kini..

Sekejap je masa itu berlalu.. Esok adalah hari paling bahagia buat sahabat baik , Farah Diana.. Tahniah kawan! Semoga menjadi isteri yang solehah, mendengar kata-kata suami selagi tidak menyalahi undang-undang islam, mentaati suami, dan semoga menjadi ibu yang baik dan penyayang buat bakal-bakal anakmu..



muka-muka baru lepas sekolah..hehe!

oldskul yaww~


Berbuka puasa & shopping raya bersama!

Wedding Nard..


Open house rumah pjat!

Wedding Ayuni..


Syuhada tunang..

Latest gambar minggu lepas.. Berseri-seri u! Yang lagi dua org menyusul kemudian.. :)

Ah tacing! Sayang uols ketat2..
Semoga persahabatan kita kekal sampai ke akhir hayat...
Nanti masing-masing bawa suami & anak-anak pulak..hehe!

Love,
Pjat


No comments:

Post a Comment