Tips mencegah penambahan berat badan semasa berpuasa


Ramai yang ambil kesempatan nak turunkan berat badan semasa berpuasa. Betul tak?Tapi ramai juga yang bertambah berat badan semasa berpuasa.  Mesti kecewakan? Berapa lamakah hanya kita mampu bertahan dengan penurunan berat badan secara ideal semasa di bulan puasa? Hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal berakhir.. Pasti ramai yang mula risau bila Syawal mula bertandang kerana di musim perayaan, ramai yang susah 'control' makan... Sebab semuanya sedap-sedap! 

 

Sebenarnya banyak manfaat yg kita dapat ambil semasa berpuasa. Ramai yang beranggapan puasa dapat menurunkan berat badan. Tapi kenapa dah sampai setengah bulan puasa tapi berat badan masih sama malahan bertambah.

 


Jom saya nak kongsikan tips bagaimana mencegah penambahan berat badan semasa berpuasa. 

 

Puasa dapat menurunkan kelajuan metabolisme. Dengan metabolisme yang lambat, berat badan akan bertambah dengan mudah.

 

Salah satu cara mencegah penambahan berat badan adalah tetap aktif bekerja dan tidak memanjakan tubuh sendiri sebab pada dasarnya kita dah ambil makanan yang cukup semasa bersahur untuk menjana tenaga di siang hari. Sahur tu sunnah walaupun tidak di wajibkan. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. 

Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Jadi pada yang tak suka bersahur jangan amalkan ye. Sekurang- kurangnya minum air dan tamar.

 

Kita perlu aktif setiap hari supaya memastikan metabolisme tu cepat. Bayangkan, selepas makan sahur kemudian kita tidur.Sebenarnya makanan yang kita makan akan tersimpan dalam tubuh menjadi lemak sebab tidak dibakar menjadi tenaga.


Puasa memberi kesan berbeza pada status pemakanan orang setiap orang, namun kejayaan menjaga berat bedan saat berpuasa dapat diukur dari berat badan dan ukuran lilit perut seseorang.


Apapun pilih makanan yang tinggi serat, protein yang cukup,kurangkan makan makanan yang terlalu manis atau masin ,dan memperbanyak minum air putih supaya dapat membantu menjaga pengambilan tenaga dan keseimbangan berat badan saat berpuasa. 

Dan jangan lupa bersahur dengan secawan Mineral Coffee untuk memberikan tenaga dan tenaga untuk kita bekerja di siang hari.. Dan yang paling penting pemakaian Premium Beautiful dapat menghalang kita daripada gastrik, dapat membantu penurunan berat badan secara ideal, dan perut tak mudah lapar.. 

 

Selamat mencuba! Selamat berpuasa & majukan diri anda untuk cemerlang dunia & akhirat..



Salam Sayang,
Nor Hafizah Mahazir
012-4219244 (sms/whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com | FB : Nor Hafizah | IG : fyza_mahazir


No comments:

Post a Comment