Thursday, 2 January 2014

Impian dan Azam..

Assalamualaikum..

Good morning sahabat sekalian.. Harini Jat nak bercakap tentang IMPIAN dan AZAM.. :)
Btw, i believe.. setiap orang masing-masing ada impian kan? Tak kisah la impian tu kecil ataupun besar.. Tapi ia tetap IMPIAN... Impian ni biasanya benda yang kita nak sangat dalam hidup.. i mean teringin..


Ada orang berimpian nak pergi umrah, nak pergi haji, nak round the world, nak shopping hari-hari, nak beli barang-barang branded, nak beli rumah besar, kereta besar, nak bawa anak melancong sana-sini, nak hantar anak pergi belajar di tempat lebih selesa, nak itu nak ini... Masing-masing ada impian yang berbeza..Takpe, yang penting ada impian..

Cuma ada beza antara orang-orang yang ada impian ini..
Samada kita berusaha atau focus untuk jadikan impian kita realiti atau sekadar impian je dan sekadar tinggal angan-angan.. 

Macamana nak jadikan impian kita realiti? Kena lakukan perubahan..Sebab kita nak capai impian..
Kalau kita still buat benda yang sama every day & night, so macamana nak capai?

Pernah tak kita fikir??

Zaman sekarang ni zaman moden dan berteknologi.. Kos sara semakin hari semakin meningkat.. Harga barang, minyak, elektrik, yuran sekolah, malahan tambang bas sekolah.. Tapi hakikatnya, kenaikan gaji tak selaras dengan kenaikan semua harga ni.. That's a reality..Macamana nak capai impian kalau gaji setiap bulan habis untuk keperluan asas sahaja.. 

Kita pergi pagi balik petang.. 
Hujung bulan tambah hutang..
Hujung bulan poket dah kontang..
Sampai bila nak macamni? Cuba renungkan dalam-dalam..

Kadang-kadang bila cuti sekolah je, tengok orang lain bawa anak-anak pergi melancong..
Tapi some of us, ada budget yang melencong..
Sampai bila anak nak kene kelentong?
Cakap tiket habis la, mama banyak kerja la, mama takde cuti la, hotel penuh la.. Tempat tu tak best la.. Tapi sebenarnya... ??

Mak ayah kita umur makin hari makin meningkat kalau kita tak buat apa-apa dari sekarang.. Tak tahu la sempat ke tak nak balas jasa kedua orang tua kita.. Baik kita bertindak sekarang.. Kalau tak dapat balas banyak, sikit pun jadi la..
Sekurang-kurangnya impian mak ayah tercapai..

Sebenarnya kita ada pilihan.. Pilihan di tangan kita.. 
Samada nak duduk dalam kepompong yang sama atau lebih baik kita lakukan perubahan untuk kebaikan masa akan datang..

Kita memang harus bersyukur dengan apa yang kita ada..
Tapi jangan berhenti berusaha untuk masa yang akan datang..
bukan untuk kita.. tapi untuk generasi kita..


Kita dalam kategori yang mana?

1. Masa memang banyak tapi duit kurang
- sebenarnya banyak buang masa.. orang bagi peluang, kita tak pe lah.. cukup apa yang ada..

2. Duit banyak tapi masa kurang
- sentiasa sibuk, xde life.. tiada masa..

3. Duit banyak, masa banyak
- quality hidup bersama keluarga
- ini yang kita nak.. time and financial freedom.. insyaAllah boleh capai..

Tepuk dada tanya hati kita berada di mana kan..
Kalau 1 dan 2, this is the time!!
Jom tunaikan tanggungjawab kita pada keluarga..
Beri kesempurnaan dan keselesaan..

Alhamdulillah, banyak IMPIAN Jat yang dah capai sepanjang Jat ceburi business ini..
dan masih ada lagi impian demi impian..
dari sehari ke sehari impian makin besar..
Bukan impian Jat sahaja..tapi impian bersama-sama rakan kongsi semua.. Alhamdulillah..
Yang penting kita ada AZAM untuk tunaikan impian kita dan impian keluarga kita.. 
Tanpa permulaan, takde la impian menjadi kenyataan..

Kita semua sama, yang membezakan kita adalah impian kita dan sekuat mana azam kita untuk tunaikan setiap dari  impian kita.. Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.. Semuanya boleh kita capai.. Boleh genggam.. Kalau kita nak dan sungguh-sungguh..

Jom kita bina impian masing-masing..
Jadikan impian kita semua menjadi realiti..

TEAMWORK PROJECT
Together Everyone Achieve More
Let's do it together with 
Premium Beautiful Business


Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244
nhafizahmahazir@gmail.com


No comments:

Post a Comment