The Diamond Circle : New DDM & CDM

Assalamualaikum semua,

Ya Allah betapa rindunya daku nak menulis blog ni. Al-kisahnya Jat punya website www.norhafizahmahazir.com tu dah expired. Terlupa nak renew :( Then dah tak boleh guna. So iols back to blog lama la.. sobsobsob..

Ok dalam pada kesedihan, Allah gantikan 2 berita gembira. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Ada hikmah di sebaliknya :)

Betapa bersyukurnya jat bila di complete kenaikan pangkat dalam bisnes. Iaitu pangkat kedua paling tinggi iaitu DOUBLE DIAMOND MANAGER (DDM). Begitu juga my leader Yong naik pangkat CROWN DIAMOND MANAGER (CDM). Congrats to me & my leader..



Syukur Alhamdulillah, naik pangkat di hari lahir :) :) :) Menangis gembira daku. Aturan Allah itu indah.

Perjalanan yang panjang tapi sebenarnya tak panjang jika di bandingkan dengan bekerja atau bisnes lain, Bukan kata kerja tak bagus. Alhamdulillah, jat masih lagi bekerja seperti biasa. Jat sharekan sedikit perjalanan bisnes dan throwback sikit 4 tahun yang lalu.

Yong approach jat masa open house raya pada tahun 2012. Masa tu memang dia ada cerita sikit la masa pergi beraya tu tapi masa tu tak rasa nak buat bisnes sebab masih muda dan tiada komitmen, Cuma yang ada hutang PTPTN. Dalam masa yg sama Along (kakak) berbadan besar, so dia memang cari sesuatu untuk bantu dia turunkan berat badan. Pelbagai produk dah cuba. Dari murah hingga mahal tapi tak berkesan. Masa tengah cari di facebook, kebetulan nampak la gambar Yong (testimoni dia), terus PM tanya apa yg dia makan, apa yg dia buat sampai nampak perubahan.

Yong datang Kulim semula, share kan bisnes pada jat. Jat fikir takpelah, aku cuba dulu. Memandangkan masa tu punya gaji memang tak cukup as a graduate diploma. Di utara ni gaji memang tak tinggi macam di KL. After a few month mencuba, dgn tunjuk ajar, dgn ilmu yg diberikan, tips-tips berbisnes, Alhamdulillah rasa semakin seronok. Produk bagus, permintaan ramai. Bila tengah bulan kita terima bonus dari syarikat. Bererta dgn payslip. Now, bonus makin stabil. Malah lebih pada gaji sebenar. Biarpun hanya sekadar part-time. Yg penting macamana kita nak manage masa.

Dari tiada apa-apa, Alhamdulillah tahun kedua buat bisnes Jat boleh keluarkan kereta tanpa penjamin di atas sokongan bonus dari bisnes bersama Sahajidah Hai-o. Biarpun kereta biasa-biasa tapi mampu membawa keluarga kemana jua, mampu kesana kemari tanpa kena hujan panas, mampu kesana sini atas urusan bisnes.

Tahun ketiga pula, Jat berpeluang melancong ke luar negara, Gold Coast, Australia. Tak pernah terfikir dapat pergi, Rasa macam mimpi.. hihihi. Tapi orang cakap, alang-alang buat bisnes, biar sampai menajdi-jadi, Alang-alang syarikat dah berikan peluang, grab dgn sebaiknya.



Bermula dengan seorang diri, Alhamdulillah kini Jat punyai rakan kongsi lebih 30 orang bukan sahaja di Malaysia, malahan di Indonesia & Brunei juga.

Yong bermula bisnes berumur 23tahun. Jat sangat-sangat kagum dengan Yong di atas segala pencapaian yong harini. Sebelum yong mulakan bisnes bersama SHOM, yong bekerja sebagai beautician. Dalam masa yg sama, dia menjual produk-produk kecantikan ala-ala dropship bagi menampung income bulanan. Dalam pada yg sama, makcik yong (CDM Ieja) approach yong untuk buat bisnes bersama2. Sebab dgn SHOM terlalu banyak peluang utk kita grab income 5-6 angka. Ramai bukti dalam SHOM ni. Alhamdulillah, now 4tahun ++ yong dah pun capai income 5 angka yg pada mulanya income as beautician hanya RM400-500 sahaja.

Tak kisah apapun background pun boleh berjaya. Niatkan dalam hati kita nak buat bisnes untuk ubah kehidupan & financial. InsyaAllah. Semua orang mampu capai pangkat CDM dalam bisnes ni, bukan sebab siapa cepat, tetapi berapa lama mampu bertahan dalam bisnes ini yang penting. 

InsyaAllah, kami janji akan bantu TDC Utara untuk lahirkan lebih ramai usahawan-usahawan muda. Peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu ubah kehidupan & financial yang lebih baik. Doakan The Diamond Cirlce team semakin maju & kuat ukhwah antara kami. 

Aamiin!