Showing posts with label TDC Utara. Show all posts
Showing posts with label TDC Utara. Show all posts

TDC Utara | Training Class

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, kelas pertama untuk TDC Utara dah pon selesai dengan jayanya. Permulaan tahun yang baik. Jat di beri peluang oleh CDM Yong untuk jadi speaker. Sampaikan ilmu pada rakan-rakan kongi di utara ni. Nervous rasa happy ada, Sebab jat bukan seorang yang suka bercakap di depan & ada perasaan darah gemuruh sejak study lagi. Kiranya kalau kerja-kerja di belakang tabir, takde masalah. 

Tapi dengan keyakinan yg tinggi dan support yg kuat dari CDM Yong, Jat sahut cabaran, Walaupon banyak yang perlu diperbaiki, takpe :) Jat belajar sesuatu kan. Mana mungkin kita terus pandai kalau tak lalui peringkat demi peringkat.

So kelas kalini, Jat dan rakan kongsi yg setia bersama dari dulu iaitu DSM Kak Siti Norizam. Dan yang paling best, ada tetamu istimewa datang jugak iaitu DDM Olyn dari Melaka yang turut bagi sokongan pada kami team utara ni, Ada juga beberapa tips dan cerita yang di kongsikan oleh ex-senior engineer ni, Olyn cerita kan macamana beliau boleh buat keputusan dari Senior Engineer yang gajinya masa tu RM8000 turn to fulltime mumpreneur dgn income 5 angka. Hebat!!

Dan slot terakhir mestilah dari CDM Utara iaitu CDM Yong. Kongsikan beberapa tips yg tiptop untuk semua rakan kongsi. Best nya bila hadir setiap kelas ni bukan apa, Jat dapat ilmu yg berbeza, ilmu-ilmu baru, tip-tips baru. Direct teru meresap dalam jiwa, gituwww!






Alhamdulillah, kami bertiga masih lagi bersama :)

Tak lama lagi our company buka new trip ke Gold Coast. Ada yang nak join? Ada yang teringin nak pergi ramai-ramai secara percuma? Jat boleh share ilmu macamana nak pergi free trip bersama-sama SHOM.




New Sales Manager & Senior Sales Manager in house!!

CONGRATULATIONS!!

SALES MANAGERS & SENIOR SALES MANAGERS

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tercapai jugak nak naikkan a few rakan kongsi untuk capai pangkat Sales Manager (SM) & Senior Sales Manager (SSM) before end of December 2016.

3 orang rakan kongsi dari #teamFizaMahazir berjaya melepasi step by step :) This is new life..

Tahniah Jat ucapkan pada yang rakan kongsi yang capai pangkat pertama, Sales Manager dengan mata terkumpul RM20,000 dan juga Senior Sales Manager dengan mata terkumpul RM60,000.

Kita semua sama sahaja, bermula dari tangga pertama sebelum naik ke tangga seterusnya. Langkah beribu batu tetap bermula dengan langkah yang pertama.




Seronok bila tengok rakan kongsi pon sama-sama naik pangkat. Bila naik pangkat ni, prestasi bonus pon meningkat tau. Tahniah lagi sekali pada uols. Tingkatkan usaha lagi untuk menuju ke puncak kejayaan. Kami bermula dengan impian yang berbeza tapi menuju matlamat yang sama. Tahniah lagi sekali untuk rakan kongsi yang bakal di raikan March 2017 nanti.


"Perjalanan ini baru sahaja bermula Banyak liku dan tangga yang perlu di daki untuk sampai puncak. Takkan pernah ada erti penat sebelum sampai ke hujungnya.."





The Diamond Circle : New DDM & CDM

Assalamualaikum semua,

Ya Allah betapa rindunya daku nak menulis blog ni. Al-kisahnya Jat punya website www.norhafizahmahazir.com tu dah expired. Terlupa nak renew :( Then dah tak boleh guna. So iols back to blog lama la.. sobsobsob..

Ok dalam pada kesedihan, Allah gantikan 2 berita gembira. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Ada hikmah di sebaliknya :)

Betapa bersyukurnya jat bila di complete kenaikan pangkat dalam bisnes. Iaitu pangkat kedua paling tinggi iaitu DOUBLE DIAMOND MANAGER (DDM). Begitu juga my leader Yong naik pangkat CROWN DIAMOND MANAGER (CDM). Congrats to me & my leader..



Syukur Alhamdulillah, naik pangkat di hari lahir :) :) :) Menangis gembira daku. Aturan Allah itu indah.

Perjalanan yang panjang tapi sebenarnya tak panjang jika di bandingkan dengan bekerja atau bisnes lain, Bukan kata kerja tak bagus. Alhamdulillah, jat masih lagi bekerja seperti biasa. Jat sharekan sedikit perjalanan bisnes dan throwback sikit 4 tahun yang lalu.

Yong approach jat masa open house raya pada tahun 2012. Masa tu memang dia ada cerita sikit la masa pergi beraya tu tapi masa tu tak rasa nak buat bisnes sebab masih muda dan tiada komitmen, Cuma yang ada hutang PTPTN. Dalam masa yg sama Along (kakak) berbadan besar, so dia memang cari sesuatu untuk bantu dia turunkan berat badan. Pelbagai produk dah cuba. Dari murah hingga mahal tapi tak berkesan. Masa tengah cari di facebook, kebetulan nampak la gambar Yong (testimoni dia), terus PM tanya apa yg dia makan, apa yg dia buat sampai nampak perubahan.

Yong datang Kulim semula, share kan bisnes pada jat. Jat fikir takpelah, aku cuba dulu. Memandangkan masa tu punya gaji memang tak cukup as a graduate diploma. Di utara ni gaji memang tak tinggi macam di KL. After a few month mencuba, dgn tunjuk ajar, dgn ilmu yg diberikan, tips-tips berbisnes, Alhamdulillah rasa semakin seronok. Produk bagus, permintaan ramai. Bila tengah bulan kita terima bonus dari syarikat. Bererta dgn payslip. Now, bonus makin stabil. Malah lebih pada gaji sebenar. Biarpun hanya sekadar part-time. Yg penting macamana kita nak manage masa.

Dari tiada apa-apa, Alhamdulillah tahun kedua buat bisnes Jat boleh keluarkan kereta tanpa penjamin di atas sokongan bonus dari bisnes bersama Sahajidah Hai-o. Biarpun kereta biasa-biasa tapi mampu membawa keluarga kemana jua, mampu kesana kemari tanpa kena hujan panas, mampu kesana sini atas urusan bisnes.

Tahun ketiga pula, Jat berpeluang melancong ke luar negara, Gold Coast, Australia. Tak pernah terfikir dapat pergi, Rasa macam mimpi.. hihihi. Tapi orang cakap, alang-alang buat bisnes, biar sampai menajdi-jadi, Alang-alang syarikat dah berikan peluang, grab dgn sebaiknya.



Bermula dengan seorang diri, Alhamdulillah kini Jat punyai rakan kongsi lebih 30 orang bukan sahaja di Malaysia, malahan di Indonesia & Brunei juga.

Yong bermula bisnes berumur 23tahun. Jat sangat-sangat kagum dengan Yong di atas segala pencapaian yong harini. Sebelum yong mulakan bisnes bersama SHOM, yong bekerja sebagai beautician. Dalam masa yg sama, dia menjual produk-produk kecantikan ala-ala dropship bagi menampung income bulanan. Dalam pada yg sama, makcik yong (CDM Ieja) approach yong untuk buat bisnes bersama2. Sebab dgn SHOM terlalu banyak peluang utk kita grab income 5-6 angka. Ramai bukti dalam SHOM ni. Alhamdulillah, now 4tahun ++ yong dah pun capai income 5 angka yg pada mulanya income as beautician hanya RM400-500 sahaja.

Tak kisah apapun background pun boleh berjaya. Niatkan dalam hati kita nak buat bisnes untuk ubah kehidupan & financial. InsyaAllah. Semua orang mampu capai pangkat CDM dalam bisnes ni, bukan sebab siapa cepat, tetapi berapa lama mampu bertahan dalam bisnes ini yang penting. 

InsyaAllah, kami janji akan bantu TDC Utara untuk lahirkan lebih ramai usahawan-usahawan muda. Peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu ubah kehidupan & financial yang lebih baik. Doakan The Diamond Cirlce team semakin maju & kuat ukhwah antara kami. 

Aamiin!






Beijing, Saya Pasti Sampai!!!!

Assalamualaikum.

Hai, musim cuti sekolah ni semua pakat berpusu balik kampung kan. Dan bermacam aktiviti lah yg telah di rancangkan. Bagi ibu bapa yg bekerja pon, dan planning untuk ambil cuti. Sebab banyak lah kenduri, nak pulang ke kampung, nak bercuti bersama anak-anak. 

Bagi jat, tahun ni punya cuti tak berapa nak feel sangat. Sebab kesibukan kerja, maybe. Dan juga fokus pada next trip, iaitu BEIJING :) 

Siapa yang pernah sampai ke Beijing? Jat belum lagi. Teringin sangat nak pergi ke negara orang. Nak tengok budaya mereka, cara percakapan mereka, adat tradisi mereka, dan juga suasana tempat mereka. Dah alang-alang buat bisnes, dah alang-alang company nak sponsor, why not jat ambil je peluang yang ada kan. 

Dapat tak dapat, itu belakang cerita. Ada rezeki, insyaAllah lah.

Jom kita review sikit apa yang bestnya Beijing ni..



This is my first trip to China. Before ni pernah ikut trip dengan Sahajidah Haio, tapi ke Australia. Masa trip ke Gold Coast, ada 1 malam tu kitorang semua geng TDC pergi tengok 7D. Dan movie yang kitaorg pilih is Wall Of China. Walaweehh, apek bawa beca tu.. My first experience is, tengok 7D tu, pastu kau bayangkan 7D tu macamana. Sedangkan yg 4D pon dah rasa macam kita ada kat sana, apatah lagi 7D. Apek tu bawa kitaorang naik beca, laluan dia adalah tembok cina tu. Dengan bawa nya laju, ke kanan ke kiri, gila ah. Menjerit2 aku dalam tu siap terangkat-angkat kaki.  HAHAHAHA!

Ok back to topis, apa yang bestnya bila bercuti ke negara CHINA....???? Shopping la bebbbbb.. Memang merambang biji mata la nanti nak angkut semua barang. Tapi kat Beijing ni bukan setakat shopping tapi sight seeing pon memang cantik cantik belaka.




Actually jat ni bukan jenis yang memilih tempat dan kadang tak ambik tahu pon apa bestnya nak pergi ke sesebuah negara yang di taja oleh SHOM (Sahajidah Hai-O Marketing) ni.

Sebab apa tau,
1. Company akan bagi satu destinasi yang terbaik untuk semua usahawan berehat dan bercuti. Bak kata CDM Ija, kita buat kerja sungguh-sungguh di Malaysia, kita bercuti sungguh-sungguh di negara orang. Best tak macamtu?
2. Semuanya di taja. So jat memang ZERO complaint. Malah lebih bersyukur.
3. Percutian yang menarik ni bukan di ukur pada destinasi tapi dengan siapa kita pergi. haaa nampak tak? Bercuti dengan geng TDC ni memang HAPPY!!


Macamana nak bercuti bersama kami?

Tiada syarat yang ketat di kenakan :) Yang penting anda betul-betul serius nak mencari pendapatan tambahan atau pendapatan utama melalui perniagaan. Hanya serendah RM50.00 sebagai yuran pendaftaran, anda layak bermula sebagai usahawan bersama-sama dengan The Diamond Circle (TDC) dan anda berpeluang mendapat tiket ke BEIJING PERCUMA!!! Kami sedia berkongsi pengalaman kami dan membimbing anda menjadi usahawan yang hebat..InsyaAllah..



Pada anda di luar sana, yang nak juga merasa melancong ke BEIJING @ bersama team Sahajidah Haio secara PERCUMA, atau ingin menjadi seorang usahawan dengan income yang stabil (3,4,5 angka) setiap bulan, atau nak menjana income kedua setiap bulan (sama seperti saya), kami buka peluang untuk anda bersama-sama meyertai 'TDC' dan "TDC 26K Project" ini, anda akan di ajar bagaimana untuk menjadikan perniagaan ini sebagai satu kerjaya yang 'serius' untuk anda.


Nak tahu lebih details, boleh je hubungi jat 




Business Training TDC Utara

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, permulaan 2016 yang baik. Sabtu lepas, Jat di berikan tugas untuk kendalikan kelas percuma kepada kepada usahawan-usahawan TDC (The Diamond Circle) di Utara. So, tempat @ kelas dah di sediakan iaitu di stokis Bertam (under CDM Kak Ros). Kelas sangat selesa, mudah untuk belajar. Terima kasih kak ros bagi peluang untuk kami sama-sama menuntut ilmu di situ.

Nowadays, ramai yang sudah pun mulakan perniagaan online. Katanya untuk menyahut cabaran 2 kerja. Di samping itu, untuk menambahkan pendapatan sampingan @ duit poket tambahan. Dalam Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) ni nak berniaga sangat mudah. Produk semua bagus dan high demand. Pantang promot, sales masuk. Kadang terpaksa booking produk untuk berebut buat stok. Cuma ada caranya mesti kena betul. Strategi marketing, ilmu produk, ilmu promosi, ilmu berniaga di social media kena betul, dll.. Barulah makin senang nak berbisnes. Dan lagi seronok bila buat bisnes secara berkumpulan. Yang susah pon menjadi mudah.

Firstly, Jat nak ucapkan pada founder TDC, iaitu CDM Shaliza Aziz yang banyak membantu kitorang dalam team. Yang sanggup turun padang sama-sama untuk jayakan kelas, yang datang berikan semangat, motivasi serta strategi baru. Biasalah dalam bisnes, bila dah lama tak dapat ilmu baru, rasa semakin lemau. Sebab tu kena cepat-cepat cari guru :) 

Terima kasih juga pada rakan seperjuangan yang sama-sama memeriahkan majlis dan menjayakan sama-sama dari awal hingga akhir, iaitu SSM Wanie Ameen selaku emcee majlis, DSM Siti Norizam selaku speaker pertama, DSM Eida Idris dan utk diri sendiri DSM Norhafizah. 



For those yang tercari-cari peluang bisnes, atau extra income, di alu-alukan. Bersama SHOm sangatlah long term. Dan baru-baru ni CDM Ija juga ada share dengan kami semua, yang sales Sahajidah Hai-O mencecah 22 juta pada tahun lepas. Sebahagian dari keuntungan itu (50%) di bayar kepada semua usahawan-usahawan haio yang majoriti 98% adalah melayu. Sahajidah Hai-O juga ada membuat biasiswa kepada anak-anak usahawan yang cemerlang. Bayangkan lah, betapa besarnya peluang yang kita ada. Dan ada banyak lagi berita baik yang kami terima. 

Memang tersangatlah untung bila buat bisnes bersama Sahajidah Hai-O. Terima kasih kerana membuka peluang kepada kami. Alhamdulillah, Jat pon dah 4 tahun menceburi bisnes bersama dengan Sahajidah Hai-O. 

Biarpun kita bermula dengan modal yang kecil, tapi one day apa yang kita usahakan itu membuahkan hasil. Kita tanam, kita semai, kita baja, kita jaga dengan baik, sampai masa kita akan dapat hasilnya. Bagi Jat, bisnes ni biarlah ibarat kita tanam buah durian. Walaupon sukar, biarpun lama tapi akan membuahkan hasil yang berpanjangan. InsyaAllah, dengan izin Allah Ta'ala.




My OOTD.. Thanks Premium Beautiful..


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh whatsapp Jat 012-4219244. InsyaAllah, Jat akan terangkan lebih details supaya nampak jelas. Tak perlu risau, dalam TDC kami tak ada amalkan paksaan :) Semoga tahun 2016 ni, tahun yang lebih baik. Amin



xoxo,
Fiza Mahazir
+6012 4219244