Sunday, 4 March 2012

5 punca mata anda cepat letih


" keunggulan cinta dari sinar mata..."

Mungkin sebelum ni kita sendiri tak sedar apakah punca yang menyebabkan mata cepat berasa letih termasuklah aku..hehe.. Jom usha sebab and punca :-

-Terlalu fokus - Apabila kita melakukan sesuatu seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata kita sebenarnya akan bekerja dengan lebih keras.. Ini akan menyebabkan mata kita cepat rasa letih n mengantuk.. So rehatkan mata kita sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum menyambung kembali tugasan... Pasni make sure ataih meja, dalam bilik, ada pokok hijau... :) 

-Masalah mata - Mata cepat berasa letih berkemungkinan jugak disebabkan masalah mata kita sendiri yang mempunyai masalah.. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan.. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar..

-Sistem pencahayaan yang tidak baik - sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan akan menyebabkan mata kita berasa cepat letih..

-Bekerja lebih masa - aiyaakk !! macam kena kat aku je..hehehe..Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik merehatkan mata ialah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya... Tapi sebenarnya hanya akan menyebabkan mata kita untuk bekerja lebih masa..

-Jarang berkelip - Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan menyebabkan mata mereka kekeringan.. Disebabkan faktor ini, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan... Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika kita melakukan kerja..

So, dah tahu kan apa punca mata kita cepat merasa letih... Untuk mengatasi masalah ini, anda mungkin boleh cuba untuk amalkan minum Innershine Berry Essence yang terdapat di farmasi, Guardian @ Watson.. Untuk rawatan tradisional and lebih jimat, ambil timun @ uncang teh, letakkan dalam peti ais, bg sejuk, then sebelum nak tido, letakkan di atas mata...fuuhhh~ best wa cakap lu..rasa sejuk..then relaxkan minda...Selamat mencuba... :)



   


>.<

1 comment: