Friday, 22 June 2012

Biar Kusentuh Hatimu...


Assalamualaikum. Hye semua..
Entry kali ni jat nak share kan sebuah novel yang jat baru je beli semalam.. Asalnya nak pergi teman kawan buka puasa kat Nasi Ayam Penyet tapi disebabkan jat smpai awal, saja jalan2 masuk kedai buku.. konon2nya just nak tengok2 je novel terbaru.. Sekali terjatuh cinta dengan sebuah novel nih..

Pertama kali untuk membeli novel sure korang tertarik dengan presentation kulit depan kan.. If kulit novel cantik, menarik kau memang da boom, so tengok plak title... Then belek2 kat belakang baca sinopsis.. Sinopsis ni la yang akan memainkan peranan penting untuk menarik hati pelanggan.. If sinopsis best confirm jalan cerita best.. If sinopsis kureng menarik, confirm fikir 3 4 kali nak beli ke tak.. hikhikhik..

Last2, ni la novel yang menarik perhatian jat.. Tadaaaa....

|
|
|
|
|
V


" Biar Kusentuh Hatimu" - Emy Raziela

Sinopsis : Bukannya aku tak cinta, bukannya aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah. Ketiadaanmu secara tiba-tiba telah membuatkan aku tidak kenal lagi makna percaya. Kau kata, kita akan harungi hidup ini bersama-sama. Tapi, kini.... aku sendirian menomgkah arus. Tak menagapalah, Alisa... mungkin antara kita sudah tiada jodoh. Anggap saja apa yang pernah kita lalui dahulu adalah sebuah cebisan memori untuk dijadikan kenangan abadi. Aku terpaksa pergi, Alisa. Aku perlu serahkan cinta ini kepada yang benar-benar sudi..

Amir.. jangan pergi ! Jangan sewenang-wenangnya kau beri cinta itu kepada orang lain. Aku juga merindui kamu, namun aku terperangkap dalam prasangka. Bukankah kau yang tinggalkan aku dulu? Aku kesepian dalam kerinduan, Mir. Salahkah jika kita bercinta? Cinta itu hadir tanpa sebarang paksaan. Jadi, kenapa maseti kita berpisah? Saban hari aku menanti kemunculanmu sehingga aku sudah tidak pandai lagi menghitung hari...

Kalau api itu boleh menjilat sebatang kayu hingga menjadi abu, aku boleh buat lebih daripada itu. LArilah sejauh mana yang kau mahu, Amir Firdaus. aku, Diana Adilla akan tetap mengejarmu. Aku tidak akan sesekali mengaku kalah. Aku akan mengikatmu menjadi milik mutlakku. Hanya kau dan aku !

Jom ramai-ramai serbu kedai buku dan dapatkan novel ini harini jugak.. Terbaikkk... :D

" Sejauh mana kau melangkah, cintaku takkan pudar..."


No comments:

Post a Comment