Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Nervous vs Teruja...

Hai korang..
Selamat petang..

Teruja tak tengok tajuk?hehe..
Jat lagi teruja + excited nak cerita taw...

2 hari lepas Jat p belajar bawa kereta..
Sangat lah teruja + takut + nerves + hepy...


Kenapa?
Sebab first time bawa kereta..hehe!
Before ni tahu naik je... 

So now, memang waktu yang sesuai untuk Jat settlekan lesen kereta..
Mesti yang tanya why lambat ambil kan..
Orang lain semua dah ada lesen kereta..

Jat ada reason sendiri kenapa lambat ambil..
Tak kisah la cepat atau lambat, yang penting ambil..kan kan kan.. =)

Pengalaman pertama kali, memang lawak la..
Ada ke patut kena gelakkan dengan cikgu..huhu!

Pastu masa atas bukit, siap menjerit..
kuang kuang kuang.. 
Cikgu tu sampai terkejut... "Maap la no cikgu sebab membuatkan cikgu terkejut.. sy nerbes + takut..haha! 
( nasib kau la cikgu )"

Tapi lepas 2 3 kali dia ajar, dia cakap jom kita pergi jalan raya..
wuiyooo...wa takut kot...dah la baru bawa, nak p jalan raya..
Kang langgar kereta orang cane..huhu..
Cikgu tu cakap xpe..bawa slow2..
Lastly alhamdulillah, dengan selamatnya Jat bawa di jalan raya even ketepi ketengah...

Cikgu tu cakap kata x pandai bawa, ni dah boleh bawa kira ok la tuh...
Alhamdulillah la walaupon first time bawa tapi dah pandai la sikit..hehe!

So sekarang ni dah gian nak bawa....
wuaaaa.... Pinjam kereta uols plisss !!!!


Pingat Kedua Sukan Olimpik untuk Malaysia...

Pandalela Rinong

Tahniah kepada atlet negara kita, Pandalela Rinong yang beraksi dalam acara terjun.. Ternyata penantian negara kita untuk pingat seterusnya telah menjadi kenyataan setelah Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak dalam acara badminton dan kini menjadi giliran Pandalela untuk menghadiahkan pingat untuk negara kita.. Walaupon hanya mendapat pingat gangsa, namun ia menjadi kebanggaan buat lebih 28 juta rakyat Malaysia.. I'm proud of you ! Malaysia Boleh !!!

Gangsa milik Malaysia

Pandalela ( kanan ) memperagakan pingat gangsa yang dimenangi pada final 10meter platform individu wanita di Olimpik 2012..

Tahniah juga kepada semua atlet negara kita yang telah beraksi di Olimpik... 


Larva bersarang di PAYUDARA...!!!


Ok entry kali ni agak geli anda sila muntah laju2 ye... Tak dapat nak bayangkan if benda ni terjadi pada kita wahai kaum hawa.. Oh no!!! Tapi aku cekalkan hati jugak nak share bnda ni dgn korang.. Hope after this korang jgn amek semua benda simple hokey.. !


Arghhhhhhhhhh... menakutkan... !!!!!!!!!!

sila baca n amek perhatian !

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.

Setelah ia kembali, ia menemui dokter karena sudah dimulainya rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari dokter2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.


Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya.



nota kaki : sila basuh dahulu bra atau apa jua pakaian yg anda baru je beli dari kedai.. Kuman takkan kenal siapa mangsanya dan tak dapat di lihat dgn mata kasar.. 

Sekian.

Biar Kusentuh Hatimu...


Assalamualaikum. Hye semua..
Entry kali ni jat nak share kan sebuah novel yang jat baru je beli semalam.. Asalnya nak pergi teman kawan buka puasa kat Nasi Ayam Penyet tapi disebabkan jat smpai awal, saja jalan2 masuk kedai buku.. konon2nya just nak tengok2 je novel terbaru.. Sekali terjatuh cinta dengan sebuah novel nih..

Pertama kali untuk membeli novel sure korang tertarik dengan presentation kulit depan kan.. If kulit novel cantik, menarik kau memang da boom, so tengok plak title... Then belek2 kat belakang baca sinopsis.. Sinopsis ni la yang akan memainkan peranan penting untuk menarik hati pelanggan.. If sinopsis best confirm jalan cerita best.. If sinopsis kureng menarik, confirm fikir 3 4 kali nak beli ke tak.. hikhikhik..

Last2, ni la novel yang menarik perhatian jat.. Tadaaaa....

|
|
|
|
|
V


" Biar Kusentuh Hatimu" - Emy Raziela

Sinopsis : Bukannya aku tak cinta, bukannya aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah. Ketiadaanmu secara tiba-tiba telah membuatkan aku tidak kenal lagi makna percaya. Kau kata, kita akan harungi hidup ini bersama-sama. Tapi, kini.... aku sendirian menomgkah arus. Tak menagapalah, Alisa... mungkin antara kita sudah tiada jodoh. Anggap saja apa yang pernah kita lalui dahulu adalah sebuah cebisan memori untuk dijadikan kenangan abadi. Aku terpaksa pergi, Alisa. Aku perlu serahkan cinta ini kepada yang benar-benar sudi..

Amir.. jangan pergi ! Jangan sewenang-wenangnya kau beri cinta itu kepada orang lain. Aku juga merindui kamu, namun aku terperangkap dalam prasangka. Bukankah kau yang tinggalkan aku dulu? Aku kesepian dalam kerinduan, Mir. Salahkah jika kita bercinta? Cinta itu hadir tanpa sebarang paksaan. Jadi, kenapa maseti kita berpisah? Saban hari aku menanti kemunculanmu sehingga aku sudah tidak pandai lagi menghitung hari...

Kalau api itu boleh menjilat sebatang kayu hingga menjadi abu, aku boleh buat lebih daripada itu. LArilah sejauh mana yang kau mahu, Amir Firdaus. aku, Diana Adilla akan tetap mengejarmu. Aku tidak akan sesekali mengaku kalah. Aku akan mengikatmu menjadi milik mutlakku. Hanya kau dan aku !

Jom ramai-ramai serbu kedai buku dan dapatkan novel ini harini jugak.. Terbaikkk... :D

" Sejauh mana kau melangkah, cintaku takkan pudar..."


Majlis Perhimpunan Pekerja Industri bersama TPMM | 16 Jun 2012


Assalamualaikum pembuka bicara..


Haa... Nampak tak muka sapa tu? hehe.. Bakal pak mentua i kot noh.. hikhikhik.. Actually nak cerita dengan uols yang baru2 nih fiza ada melibatkan diri dalam Majlis Perhimpunan Pekerja Industri yang berlangsung di Western Digital Media ( Malaysia ) Sdn. Bayan Lepas, Pulau Pinang... Majlis ini di khaskan untuk pekerja-pekerja swasta mcm fiza nih.. hikhikhik


Ni adalah muka-muka wakil dari company Wong Engineering Sdn. Bhd.. Sekali pandang nampak macam barisan pekerja dedikasi.. hikhikhik.. Padahal semua kena paksa pakai baju uniform ni.. Relakan je kan... :P


Breakfast Roti Canai + Teh O Panas.. Terbaik.. !!!


Sempat lagi berposing sementara menunggu ketibaan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin... :)

# kesian kat akak belakang tu menunggu sambil tongkat dagu.. Bosan agaknya tunggu lama2..hikhikhik


Abang polis trafik hensem.. LOL... :P


YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin... :)


>.<


Dah lama teringin nak naik moto besar nih.. Dulu-dulu dok tengok dalam TV je cerita Gerak Khas tapi ni amek kesempatan posing atas moto..hewhewhew... :)

After perhimpunan semua, kami lepak kat Queensbay dulu untuk cuci-cuci mata and isi perut yang comel nih.. Tetiba rasa nak sangat makan aiskrim... So try la yogurt frozen kat J.CO Donuts & Coffee... Seriously first time rasa memang sedap weh... Nak lagggiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...



Hantu aiskrim... rawrrrrrr~

Bahaya Ais..!!


Assalamualaikum dan salam Jumaat..
Hari yang mulia ni Jat nak share something info yang penting dalam kehidupan kita.. Mungkin diantara readers yang dah tahu betapa bahaya nya ais dan mungkin jugak yang tidak tahu... Jom sama2 kita baca.. =)


Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin akan menyedarkan kita..

1) Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja kita ambil semasa makan..

2) Ianya akan melemahkan penghadaman. Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan dengan  makanan pejal yang lain.. Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.. Lebih elok jika kita minum air kosong atau air suam selepas makan.. 

" Sharing is Caring"

Filem Man Sewel Datang KL | Sinopsis & Trailer


Inilah salah satu filem yang akan menyentapkan perasaan anda dan akan menyembelitkan urat saraf anda tatkala menonton filem Man Sewel Datang KL.. hehe !


Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.
Di antara pelakon-pelakon yang menjayakan Filem Man Sewel Datang KL ini adalah terdiri daripada Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil.


Man 'Jual Minyak' akibat putus cinta..


Mak Man sedih sebab Man nak pergi KL..


Man janji, pi KL kejap jerrrrr...



TRAILER.. :)



Black Canyon | Jusco Bandar Perda


Assalamualaikum.

Entry kali ni nak share dengan korang pasal makanan... Wooo..Cerita bab makanan semua suka kan.. Tambah2 lagi makanan yang sedap2... Terliur beb.. So, jat nak cite pasal satu tempat ni makanan dia memang best.. Restaurant Black Canyon..

Ada sesiapa yang before ni tak pernah pergi? Korang try la pergi.. Memang best + superb + berbaloi... 


Disini la tempat dia... Nampak cool je..


Chicken Tomyam.. Memang superb! Rasa nya memang lain dari yang lain.. Korang perlu try baru taw kelazatannya... Yummy2 !


Apa benda ni..?? Nampak macam x menyelerakan and tak sedap.. Tapi bila makan.. Pergh..!! Sedap wehh.. Ada isi seafood, ayam and telur kat dalam tu... Telurnya sudah hancur.. Combination of chicken, chilli and prawns.. 


Sayur campur.. Not bad..


Berdua lebih baik ! :P


Orang kata " sayang awak ketat2.." ibarat camtue la... :)

Susah kan kita nak melupakan orang....?

Assalamualaikum...

Entri aku kali ni dapat tengah dengar lagu Someone Like You by Adele..memang best lagu dia..menusuk kalbu ok...suara dia pon mantop abes...Semua orang mesti n confirm ada someone yang nak dilupakan tapi susah sgt..betul x? yah nak menipu kalau xdak...aci kerat jari lah..hehehe...Selalunya benda ni jadi bila kita nak lupakan ex gf/bf, first love, atau love at first sight...

Secara peribadinya, aku pernah la hardship nak lupakan ex aku tapi susah..padahal ex aku tu dah ada pengganti pon (mayb la kot..)..so now, i already tired to be faced all this...Hanya ALLAH saja yang tahu betapa sakitnya hati, luluhnya hati, pedihnya hati, sensaranya hati, sayunya hati, sedihnya hati and ape2 je la yang berkaitan dengan hati..tapi kenapa hati ek?kenapa tak mata?kenapa tak hidung?kenapa tak telinga? sebab hati adalah satu tempat rahsia yang takde sapa pon tahu apa yg tersirat n tersurat... :)

So, makin lama aku makin dapat terima hakikat bahawasanya biarlah kita hidup bersendirian tanpa dia disisi...mungkin ada hikmah disebaliknya...yes ! n aku dapat rasai sekarang...Thanks ALLAH.. :)

Then, aku dapat satu inspirasi dan cara untuk melupakan seseorang, so here i'm wanna sharing tips with u :-

1) REDHA
- yup ! redha dengan ketentuan ILAHI yg mungkin korang takde jodoh dengan sidia..Terima lah dengan hati yang terbuka walaupun ia sangat2 menyakitkan...aku dah rasa...korang kena ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya...mungkin dalam perhubungan korang ada kesilapan yg tidak kita ketahui...dan tak mustahil jugak, dia bukan jodoh kita... :)



2) TABAH
- korang kena kuat hati, cekalkan hati..sebab kenangan itu tak dapat kita lupakan...betul tak?samada ia manis atau pahit..Bila bersendirian, fikiran kita akan teringatkan sidia...So, perbanyakkanlah berzikir, membaca Al-Quran, bersolat 5 waktu, bersedekah, melakukan aktiviti-aktiviti bersama teman baik seperti menonton wayang, main bowling, jogging, berkelah...

3) BUAT TAK TAHU
- Accept the fact yang korang tak kapel lagi dengan dia @ korang dah xde hubungan istimewa dengan dia..Korang dah tidak ditakdirkan dengan dia lagi.. Aku selalu je lari dengan dia bila setiap kali bertembung...Kononnya x nak sedih2 bila ternampak kan..Memang la, sakit kot kalau korang nak lupakan padahal setiap hari bertembung...So, aku buat tak tahu je...Tapi benda tu lagi membuatkan aku susah n sakit hati... Macam nak tahu je apa dia buat, da mkn belum, sihat ke tak.. So aku decide ta face it like a woman.. Kalauu asyik lari n asyik benci orang yang korang nak lupakan tu, lagi lagi lah tak boleh lupa.. Cara paling bagus ialah face the fact and moving on.. :)



4) HARGAI
- Appreciate apa yang korang ade sekarang such as a friends and family.. Let bygone be bygone.. Daripada bersedih and cuba nak dapatkan balik ex, better korang live your life to the fullest.. Trust me, bila kita betul2 happy akan ada orang yang akan tolong kita untuk lupakan kenangan silam itu... :)

Entri ni nampak jiwang or sensitif sket tapi aku nak share jugak... >.<

Jangan Risau Apa Orang Kata.. :)



Janganlah risau dengan apa yang orang kata...

Sebenarnya kita tak perlu nak merasa sebegitu yang menyebabkan diri kita sangat risau bagaimana orang lain memandang kita tetapi kita harus memberi fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri...
Kalau kita benar-benar meyakini bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita kena bertegas dengannya...

Sahabatku,

Teruskanlah perjuangan di mana jua anda berada dan sibukkanlah dirimu dengan amalan yang bermanfaat.. :)