Filem Man Sewel Datang KL | Sinopsis & Trailer


Inilah salah satu filem yang akan menyentapkan perasaan anda dan akan menyembelitkan urat saraf anda tatkala menonton filem Man Sewel Datang KL.. hehe !


Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.
Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.
Di antara pelakon-pelakon yang menjayakan Filem Man Sewel Datang KL ini adalah terdiri daripada Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil.


Man 'Jual Minyak' akibat putus cinta..


Mak Man sedih sebab Man nak pergi KL..


Man janji, pi KL kejap jerrrrr...



TRAILER.. :)



2 comments:

  1. salam cik n0rhafizah..xde ea full m0vie man sewel link yer..

    ReplyDelete
  2. maaf..xde la... nnti if ada saya link kan disini ye.. :)

    ReplyDelete