Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.. 

Hi semua, masih dalam mood raya ke? :)

Alhamdulillah, selesai sudah cuti raya Jat pada tahun ni.. Raya tahun ni tidak meriah seperti tahun sebelumnya kerana keadaan adik tidak sihat, tapi kami dapat beraya bersama-sama.. Cuma tak dapat nak bergambar bersama-sama (T_T).. 

Tapi, hari raya berjalan seperti biasa.. Masih dapat menyediakan persiapan raya, juadah raya, kunjungan dari sanak-saudara yg dekat & jauh, serta kunjungan dari kawan-kawan dan juga rakan bisnes..

Tak banyak yang dapat Jat ceritakan, tapi secara ekslusifnya, Jat nak share beberapa gambar Hari Raya, have a look! ;)

Tema pilihan tahun 2013 - HIJAU TURQUIOSE! 

Baby


My Boy

Cousin

Berjumpa lagi kita di Raya Haji ye! :)

Ramadhan Al-Mubarak | Iftar bersama Cik Jat

Alhamdulillah..
Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa hari yang ke 27...

Terima kasih sahabat kerana dapat lagi kita bertemu pada Ramadhan pada tahun 2013..Walaupun  masing-masing sibuk dengan kerja, hal masing-masing, namun ukhwah kita tetap bersama.. 


Lokasi : Black Canyon Jusco Perda








Lokasi : Al Khanz Hadramawt, Kulim




Lokasi : Kedai Makan Suri Anggun, Sungai Petani





Lokasi : Seri Impiana Inn, Kulim







Lokasi : Pizza Hut, Kulim Landmark





Semoga dapat berjumpa Ramadhan lagi pada tahun hadapan... 
Bye (^_^)


Tips mencegah penambahan berat badan semasa berpuasa


Ramai yang ambil kesempatan nak turunkan berat badan semasa berpuasa. Betul tak?Tapi ramai juga yang bertambah berat badan semasa berpuasa.  Mesti kecewakan? Berapa lamakah hanya kita mampu bertahan dengan penurunan berat badan secara ideal semasa di bulan puasa? Hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal berakhir.. Pasti ramai yang mula risau bila Syawal mula bertandang kerana di musim perayaan, ramai yang susah 'control' makan... Sebab semuanya sedap-sedap! 

 

Sebenarnya banyak manfaat yg kita dapat ambil semasa berpuasa. Ramai yang beranggapan puasa dapat menurunkan berat badan. Tapi kenapa dah sampai setengah bulan puasa tapi berat badan masih sama malahan bertambah.

 


Jom saya nak kongsikan tips bagaimana mencegah penambahan berat badan semasa berpuasa. 

 

Puasa dapat menurunkan kelajuan metabolisme. Dengan metabolisme yang lambat, berat badan akan bertambah dengan mudah.

 

Salah satu cara mencegah penambahan berat badan adalah tetap aktif bekerja dan tidak memanjakan tubuh sendiri sebab pada dasarnya kita dah ambil makanan yang cukup semasa bersahur untuk menjana tenaga di siang hari. Sahur tu sunnah walaupun tidak di wajibkan. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. 

Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Jadi pada yang tak suka bersahur jangan amalkan ye. Sekurang- kurangnya minum air dan tamar.

 

Kita perlu aktif setiap hari supaya memastikan metabolisme tu cepat. Bayangkan, selepas makan sahur kemudian kita tidur.Sebenarnya makanan yang kita makan akan tersimpan dalam tubuh menjadi lemak sebab tidak dibakar menjadi tenaga.


Puasa memberi kesan berbeza pada status pemakanan orang setiap orang, namun kejayaan menjaga berat bedan saat berpuasa dapat diukur dari berat badan dan ukuran lilit perut seseorang.


Apapun pilih makanan yang tinggi serat, protein yang cukup,kurangkan makan makanan yang terlalu manis atau masin ,dan memperbanyak minum air putih supaya dapat membantu menjaga pengambilan tenaga dan keseimbangan berat badan saat berpuasa. 

Dan jangan lupa bersahur dengan secawan Mineral Coffee untuk memberikan tenaga dan tenaga untuk kita bekerja di siang hari.. Dan yang paling penting pemakaian Premium Beautiful dapat menghalang kita daripada gastrik, dapat membantu penurunan berat badan secara ideal, dan perut tak mudah lapar.. 

 

Selamat mencuba! Selamat berpuasa & majukan diri anda untuk cemerlang dunia & akhirat..



Salam Sayang,
Nor Hafizah Mahazir
012-4219244 (sms/whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com | FB : Nor Hafizah | IG : fyza_mahazir