Thursday, 5 March 2015

Slip Disc & Premium Beautiful


Kebelakangan ni, Jat asyik terbaca.. tersembang... terkawan dengan mereka yang ada masalah tulang belakang atau lebih dikenali ngan bahasa saintifik nyer Slipped Disc..

Pernah dengar tentang SLIPPED DISC’ tak? Atau anda pernah tiba-tiba sakit belakang apabila mengangkat barang yang berat? Hah.. kalau nak tau, itulah salah satu tanda kemungkinan tulang belakang tergelincir atau Slipped Disc.

Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas dan pergerakan akan terbatas.


Apa puncanya berlaku Slipped Disc...



Proses penuaan antara punca berlakunya Slipped Disc di mana ligament yang memegang disc itu menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc itu pecah.



Namun begitu, aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang salah juga mampu menyumbang kepada risiko slipped disc antaranya:


1. Membongkok terlalu lama
2. Mengangkat beban yang terlalu berat
3. Cara mengangkat beban yang salah
4. Duduk atau baring dalam posture badan yang salah
5. Kecederaan ketika bersukan (cth: mengangkat berat di gym)


Tanda - Tanda  Slipped Disc

disc 1
+ Sakit yang melampau dan tiba-tiba. Biasanya berlaku di bahagian bawah belakang dan juga boleh berlaku di bahu serta tengkuk.
+ Sakit di bahagian bawah belakang boleh menyebabkan sakit menyucuk-nyucuk dibahagian kaki dan tapak kaki. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh melarat dan menyebabkan lumpuh.


Panduan menghindar Sakit Tulang Belakang


Mengangkat barang

+ Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.

Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.


Duduk

+ Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.

+ Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.

+ Campurkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.


Memandu

+ Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.

+ Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.


Tidur

+ Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

+ Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut


Berdiri dan Berjalan
+ Tukarlah posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
+ Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.

+ Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.


Cara rawatan

1) Physiotherapy

menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan tuala panas pada bahagian sakit.



2) Steroid – Untuk kesakitan biasa, suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan.



3) Pembedahan – Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.


4) Lumbar Corset - Cara paling murah dan tidak menyakitkan adalah pakai Lumbar Corset, atau boleh pakai Waist Nipper Premium Beautiful utk support tulang belakang dan cepatkan proses pemulihan. 





Lagipun korset Premiun Beautiful ni ada cahaya F.I.R. yg dpt menembusi hingga 3.5 inci ke dalam otot dan tulang belakang. F.I.R. ni dpt menghilangkan sakit belakang dan merawat kecederaan dalaman.


Cara Mencegah

+ Body kena maintain...jaga berat badan yg ideal, berat yg berlebihan akan menambah bebanan kat tulang belakang dan disc tu.
Bersenam selalu, kuatkan otot2 belakang.

Berhenti merokok, sebab nikotin dlm asap rokok tu adalah toxic pada disc...menyebabkan disc tidak dpt menyerap nutrien dan mengekalkan sifat elastiknya.

Amalkan posture badan yg betul...contoh2nya mcm dlm gambar2 ni...



Cara berdiri yang betul adalah yang paling kanan!



Last sekali...gunakan waist nipper PB (murah, tidak menyakitkan dan lifetime warranty)...ia ada 7 tetulang yang elastik dan dapat menyokong tulang belakang kita...Corset ini telah mendapat recognition dari Persatuan Pakar Tulang Antarabangsa...Jika kita mencuba dan konsisten, mudah-mudahan berkesan.


Call me now for trial & consultation



No comments:

Post a Comment