Tamar Cocoa dan IMP

Assalamualaikum.

Apa itu IMP?

Ok..IMP merupakan singkatan kepada Islamic Manufacturing Practise yang bermaksud Amalan Pengilangan Islamic. Diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama islam di atas kesedaran keperluan umat islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.


Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah dari tangan muslim. Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan di setiap perkara yang dilakukannya. Ini kerana nur islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan islam. Penghasilan produk daripada muslim yang membaca lafaz Bismillah menambah kebaikan yang tidak ternilai di samping zat2 lain seperti vitamin dan mineral dalam makanan itu sendiri.

Kesucian Jasmani pula merangkumi proses pembuatan mengikut hukum syarak. Ia merangkumi penggunaan bahan mentah yang suci, memeliharan perkakasan yang digunakan daripada bercampur dengan unsur2 yang haram hingga kepada persekitaran industri yang tidak mengalunkan muzik2 yang mengkhayalkan.

Syarikat pengeluar Tamar Cocoa iaitu Al-Hadad Marketing telah mendapat pengiktirafan IMP. Jadi, semua produk keluaran mereka termasuklah Tamar Cocoa juga telah diiktiraf mendapat IMP. Kenapa perlu beralasan lagi untuk tidak memilih produk ini? Sudah terang lagi bernyala..

Marilah kita sama2 menyokong produk keluaran muslim. Bukankah mencari yang halal itu fardhu? Tepuk dada, tanya iman..



Contact saya di talian : 012.4219244 (Fiza)

No comments:

Post a Comment