Saturday, 1 August 2015

Motivation - Once u start, u can't stop!


Once u start, u can't stop! "



Tu je resepinya. 



Jangan fikir bisnes ni semuanya pasal 'luck'.. NO!
Biar gengam bara api sampai jadi arang. Mula2 start bisnes dah tau apa goals or impian kita. Yang paling penting kena jelas.



Mula buat bisnes dulu target bila dah 2 tahun dalam bisnes, savings mesti dah cecah berpuluh K. Sebab my mentor selalu bagitau bestnya ada savingss banyak2 dalam bank. Rasa terbang n secure. Dulu ada 3k dalam bank pun dah bestt gila.

So, camne supaya tak jadi hangat2 tahi ayam?

1) Fikir balik kenapa u start. Kalau u tengok hutang banyak, jadikan bisnes ni seperti 'keterpaksaan' seperti u sedang kerja.'Terpaksa Kerja' . Lama u jadi minat. Income berdesup2 masuk takkan tak minat?
2) Pagar minda u dari orang negative. Minda kita ibarat air dalam gelas. Kalau kita letak gelas atas peti sejuk yang dalamnya ada ikan busuk pun boleh pengaruh air tu untuk berubah. Begitu juga minda kita. Jangan rasa antivirus kita kuat. l Kalau org cakap negative, x perlu balas balik, JAUHKAN SAHAJA!
3) PERCAYA. Dalam Islam, kita percaya ada syurga dan neraka, sebeb tu kita beribadat. Kalau kita tak percaya kita akan rugi besar di akhirat nanti. Bila saya buat bisnes, saya percaya 200% kepada mentor saya (yg penting proven mentor).
4) HARDWORK and CONSISTENT. Kalau boleh buat hari2 sebab ada momentom. Kalau bisnes takde momentom, memang payah nak berjaya. Sekejap buka sekejap tutup. Masa hardwork tu ingat balik impian kita.
5) Selepas hardwork, bila dapat hasil, mesti nak SELF REWARD. Beli apa sahaja yang u teringin nak pakai or beli. Trust me, aura u akan lagi bertambah bila u beli sesuatu yang mahal n berharga. Baru u rasa semangat. Seperti u pakai baju baru di hari raya, rasa apa?
6) KACAU MINDA. Minda memang kena kacau. Kalau u target nak beli kereta ni, mesti selalu kena pegi test drive. Bila ada orang yang cuba downkan minda u, dah berapa kali cakap nak kereta impian tu nak kereta impian ni, nak rumah idaman tu, nak rumah idaman ni tapi belom lagi dapat, buat bodo je. Lama-kelamaan, bila u rasa impian tu tinggi, usaha tak putus, insyaAllah, u akan dapat.
7) JANGAN SEBUT ' saya DOWN laa" sbb perkataan itu doa.

Jangan jadi HANGAT2 TAHI AYAM! baling tahi ayam kat muka tu, Kalau anda sendiri tak percaya pada diri anda, siapa lagi nak percayakan anda kan? Go for it! Masa muda2 nak berkorban bukan bila dah terdesak nanti, baru nak start. Jangan sampai orang cop bangsa kita ni "hangat2 tahi ayam"

Ingat, once u start, u can.t stop! Kalau saya stop dulu, maybe tak sampai ke tahap ni!

Ikhlas,
Fiza Mahazir :)

No comments:

Post a Comment