Sabar Dan Tabah Tika Diri Diduga Dan Diuji...



Di dalam rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran di dalam mewarnakan nilai-nilai pengertian kita..  Ada kalanya kita di uji dengan bermacam cara.. Ada tikanya dugaan itu datang bersilih ganti..

Kadang kita terasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju tatkala sesuatu perkara itu menghampiri kita.. Kita menjadi takut dan hilang arah diri.. Apalah yang ada pada kita, jika kita tak mampu menghadapi saat-saat kesusahan dan kesulitan itu?

Tika kita di duga dengan ujian yang kadang kita rasakan tidak mampu untuk hadapi, kita selalu mengeluh dan menyalahkan mengapa semua ini berlaku.. Setiap perjalanan kehidupan kita tak sama dengan orang lain.. Kesabaran dan ketabahan dalam diri kita seharusnya menjadi pegangan dan percaya yakin pada iman, kita di uji dan di duga untuk memperlihatkan sejauh mana kekuatan di dalam diri kita..  Adakah kita sabar??  Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan hambaNya yang sabar....


Kita tidak dapat ulang masa silam untuk memungkinkan bahagia masa depan, kita belajar dari kesusahan untuk menapak mencapai bahagia...

Kita sering mahukan hari yang cerah tapi Allah mengetahui, hakikatnya perlu turun.. Kita selalu nak keseronokkan, jauh sekali kesusahan tapi Allah lebih mengetahui, kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan..  Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri penuh dosa dan kejahatan kerana manusia tidak lari dengan kesilapan.. Semuanya bukan hukuman tapi sebagai tanda kasih sayang Tuhan agar kita lebih tabah.. Itulah ujian dan dugaan-Nya pada hambaNya untuk mengenal erti kesabaran..

Cinta itu ialah bila kita memandangnya , tak jemu.. Bila kita teringat dia, rindu itu amat kuat menggamit rasa dan bila dia sakit, luruh segala rasa kerana risau akan dirinya... Cinta akan tetap bersama untuknya...


Namun jika jodoh itu tiada, benarkan rasa hati melepaskan perlahan-lahan cinta itu pergi...

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan..  Tetapi percayalah bahawa sesekali kita menangis, hati akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi Dia mahu kita rapata padaNya, lantaran hati sebeginilah lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya...

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah.. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada.... KasihNya sentiasa ada, cuma kita yang selalu lupa dan alpa... Yakinlah Allah tidak menciptakan sesuatu ujian dan bencana itu, hanya dengan sia-sia.. Pasti ada hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa...


Nota Kaki : Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang sedang di uji.. Kadang kita mampu untuk menghadapi keseorangan sesuatu masalah yang tiba.. Apa yang ada pada kita?? Tabah dan sabar adalah pengubat jiwa yang sedang getir hadapi ujian.. Berusaha.. Berdoa dan bertawakal pada Allah SWT...

No comments:

Post a Comment