Berfikir VS Bertindak...

" KITA MEMPUNYAI BANYAK MASA UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK TETAPI BERFIKIR TANPA TINDAKAN MEMBUATKAN MASA KITA TERBUANG.." 
" SELALUNYA KEADAAN MEMBUATKAN KITA MEMILIH, SEBALIKNYA KESUSAHAN ADALAH KEADAAN YANG KITA PILIH.. "

Mereka yang gagal adalah mereka yang hanya pandai memberi alasan.. Manakala mereka-mereka yang berjaya adalah mereka yang pandai mencari jalan penyelesaian.. Jadi pilihlah samada anda ingin menjadi orang yang pandai memberi alasan atau kuat berusaha mencari penyelesaian.. 

Ingat! Kita pasti tidak berjaya jika sering memberikan pelbagai alasan.. Habis, mengapa masih perlu dan mahu cakap itu dan ini? Mengapa masih beri pelbagai alasan demi alasan? Jika hadapi masalah, tak usahlah sibuk memberi sebab dan alasan tetapi FOKUS dan teruskanlah mencari penyelesaian.. Itulah tanda orang berjaya..

Tahukah anda, ada 3 sebab utama mengapa kita mundur dan tidak berjaya?

- FIKIR NEGATIF
- BANYAK ALASAN
- PEMALAS

Dah lah kita fikir negatif, bagi pula macam-macam alasan.. Lepas tu malas pulak.. Kalau macam tu lah kita, macamana kita nak maju?? 

" Tiada siapa yang paksa kita untuk jadi susah, sedangkan kita boleh senang dengan memberi peluang pada diri kita sendiri.. "

BERJUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!!

1 comment:

  1. nice advice dear..=)

    feel free to folow me ye
    http://nazirahmurad.blogspot.com/
    ..i follow u back paste link ja.

    ReplyDelete