Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua...

Di sini Jat ingin mengucapkan "Salam AidilAdha" buat semua yang mengenali diri ini tidak kira di mana anda berada.. :)

Sehari sebelum menjelang hari raya, Jat berpuasa Arafah bersama-sama keluarga.. Alhamdulillah peluang sekali setahun itu datang, tak di sia-sia kan.. 


MANFAAT BERPUASA


Dalam pandangan perubatan lama, puasa adalah salah satu usaha merawat penyakit. Ia bukan bermakna tidak makan langsung, tetapi makan dengan kuantiti sedikit, makan pada masa tertentu dan makan makanan yang berkhasiat saja..


Jika kita betul-betul menghayati definisi Puasa Terbaik, iaitu makan secara bersederhana, makan makanan yang terbaik dan makan ketika berbuka, insya ALLAH kita mendapat manfaat besar dari puasa.
Bagi yang mempunyai sakit kronik, seperti pesakit kanser, gout, darah tinggi, kolestrole dan diabetes, banyakkanlah berbuasa...


Berdoalah :')

Tuan tanah :)


Menu wajib.. Ketupat + rendang tok

 Nasi impit + air orange 

Pertama kali raya terasa kekurangannya.. Raya tanpa adik :'(

Selepas sembahyang raya, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara nya.. Al-fatihah, semoga arwah tenang di sana.. Ameen... Semoga dapat berjumpa di sana kelak...


Love, 
Nor Hafizah Mahazir




No comments:

Post a Comment