Pencetus Ummah - Tazkirah Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Perkongsian ILMU


Assalamualaikum semua.. Mungkin ramai yang dah menonton Pencetus Ummah Akhir malam semalam.. Sungguh tersentuh hati mendengar tazkirah yang di sampaikan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah. tentang IBU.. Meniti air mata ini bila mendengar dan menghayati.. tsskk! :'(





Selain dari dakwah, Dr Ridhuan Tee Abdullah juga mudah untuk berkongsi ILMU dalam perniagaan disebabkan dia datang dari keluarga peniaga.



Dr Ridhuan Tee Abdullah


Kisah beliau


1. Ayahnya dulu adalah seorang peniaga.

2. Beliau kagum dengan ayahnya, datang ke kampung melayu (di Perak) sehelai sepinggang dari tak ada apa-apa tapi dapat kumpul modal dan akhirnya dia satu-satunya yang bukak kedai di kampung tersebut.

3. Beliau pun pelik macamana orang berbangsa Cina ada 2 atau 3 orang saja, tapi mereka yang jadi peniaga dalam kampung tersebut.

4. Ayahnya berniaga sehingga dapat beli berpuluh-puluh ekar tanah.

5. Pada pandangan Dr.Ridhuan Tee, ayahnya atau orang Cina lain boleh berjaya kerana mereka sedar diri, mereka perlu tahu yang mereka macamana pun kena survive.

6. Orang melayu untung, nak jadi petani, pihak kerajaan tolong bagi baja.Nak jadi nelayan, pihak kerajaan tolong bagi jala, pukat. Orang Cina?

7. Dr Ridhuan Tee pecah rahsia, dulu...di kampungnya, dia nampak attitude orang melayu ni nak kaya cepat. Sebab apa saja yang kerajaan bantu dia, bagi peti ais dan sebagainya, mereka jual pada ayah beliau!...(ye ke macam tu? malunyaaaa....).

8. Kerjaya paling mulia adalah berniaga kerana berniaga adalah satu JIHAD!

9. Berniaga tiada jalan pintas.

10. Kalau ingat berniaga ada jalan pintas, boleh cepat kaya, baik jadi pensyarah ke..cikgu ke...

11. Peniaga kena berani ambil risiko.

12. Betul ke melayu tak boleh meniaga? Orang Cina saja ke pandai berniaga?

13. Takk...dulu masa pedagang Cina,India, Arab datang, orang Melayu dah start berniaga..mereka meniaga di persisiran pantai..

14. Siapa kata melayu tak pandai berniaga?

15. Dr.Ridhuan Tee ada 12 orang adik beradik.

16. Anak dari kecik lagi diajar how to survive.

17. Beliau dilatih dan dikejutkan seawal 3 atau 5 pagi.

18. Beliau diajar kira duit.

19. Ayahnya nak anak-anak tengok bagaimana dia naik dengan susah payah.

20. Pesan Dr Ridhuan Tee, walaupun dilahirkan dalam keluarga kaya, JANGAN MENUMPANG KEKAYAAN MAK BAPAK!

21. Anak Cina, walaupun fail Darjah 6 @ Tingkatan 5, dia tahu dia nak ke mana.

22. Anak Cina tak ada masa nak melepak, race motor dan sebagainya.

23.S iapa yang paling ramai suka memancing? Orang melayu...

24. Orang lain sibuk memukat di laut dalam.

25. Orang tak akan kaya dengan mengail ikan.Tapi kalau ke laut dalam, boleh bawak balik ikan 1 kapal.

26. Kata beliau, sedekah RM 10 masa kaya adalah berbeza dengan sedekah RM 10 masa miskin. Nilai RM10 ringgit waktu susah adalah berbeza.

27. Sifat orang melayu, usaha belum lagi...dah suruh dia buat air jampi,ayat pelaris supaya bisnesnya maju..

28. Kalaulah betul mujarab benar air dia tu, dia kata baik dia jampi, hembus-hembus air kat empangan, biar air tu masuk ke semua rumah...supaya ramai yang mendapat manfaatnya...(hehe)

Terima kasih Dr.Ridhuan Tee atas ilmu dan perkongsian pengalaman yang sangat berguna!...Semoga Dr Ridhuan Tee dan keluarga dirahmati Allah selamanya.


Rindu 2013


Jujurnya....Aku rindu 2013...

Tahun yang banyak mengajar aku untuk stand out dan jadi siapa yang aku ingin jadi, tanpa segan silu..

Tahun yang membuatkan aku tabah menghadapi ujian dari Allah.. Yang membuatkan aku jadi kuat walaupun di dalam hati aku ibarat kapal yang karam di lautan..

Tahun pertama memiliki lesen dan Cik Putih.

Tahun terakhir yang dapat aku bersama-sama dengan arwah adik... Tahun terakhir aku dapat tatap wajahnya, menjaga dia.. Sayunya hati...Walaupun masa berlalu dengan pantas, kau akan ku sematkan di dalam hati & doaku sentiasa mengiringimu adik... (T_T)

Tahun yang membuatkan aku 'jatuh cinta' sekali lagi..Terasa syukur & bahagia walaupun perasaan dari kurniaan Illahi ini hanya sementara.. Baru di landa masalah sedikit, susah terputus di tengah jalan..Apakan daya, aku hanya insan yang lemah dan kebahagiaan bukan milik aku... Dia bertemu dengan gadis yang lebih baik dan mulia dariku... Aku redha.. Terima kasih awak pinjam kan saya telinga untuk mendengar, pinjamkan lidah untuk menasihati, pinjamkan mata untuk mengenali awak dan pinjamkan hati untuk menyayangi awak...

Tahun diraikan sebagai Diamond.. Shine bright like a diamond.. ;)

Tahun menghargai dan menguruskan masa.. Bekerja hakiki di siang hari dan bekerja sambilan di malam hari serta hujung minggu, agar masa yang ada tidak dibazirkan..

Tahun melihat kehidupan dari sudut lain.. Mengenali rakan-rakan baru mengajar agar menghargai kesihatan diri dan bersyukur dengan apa yang ada...

Tahun mengenali pelbagai golongan baru people yang hiper, awesome, full spirit, dan sangat positif.. Belajar banyak dari mereka..

Tahun melawat keindahan alam dan kehidupan orang lain - Sarawak - Pulau Pangkor - Perak - Kuala Lumpur

Tahun mencuba aktiviti baru dan hobi baru.

Tahun jatuh bangun seorang hamba Allah.

Tahun yang banyak membuka peluang perniagaan dan mengembalikan fokus.

Tahun pertama qualify melancong secara percuma ke luar negara..

Tahun yang dapat membantu ramai orang untuk keluar dari kepompong masalah kewangan - tidak lagi berada dalam comfort zone

Tahun yang 'hampir' menemukan saya dengan Mr Right.. tapi....



2014?


Tahun bermula..

Didoakan lebih banyak kejayaan dikecapi dalam hidup kita sepanjang tahun ini, dan tahun-tahun akan datang.

Didoakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan jodoh yang baik.. Doa yang baik-baik..
Semoga hidup sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya..

Didoakan semoga dapat menjadi anak yang solehah buat Abah & Mak..
Harta yang tiada nilainya..

Tidak perlu tunggu kaya, untuk buat apa yang kita mahu.
Yang penting bersyukur dan fokus dengan apa yang kita ada..
Dan sentiasa perbaiki amalan.

Insyallah, Ameen.


Welcome 2014!


Yang Ikhlas,
Nor Hafizah Mahazir

Yusry & Lisa Surihani..

Gelaran pasangan suami isteri yang paling comel sememangnya wajar diberikan kepada Yusry & Lisa Surihani.. Cute dan romantis sangat mereka berdua ini.. Jat memang suka sangat tengok aktiviti-aktiviti Lisa Surihani di instagram beliau.. Berada di London selama seminggu, Lisa dan Yusry telah terbang ke Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru 2014 di Walt Disney World Resort.. Seronoknya weiiii....!!!


Sementara masih berdua ini, memang sesuai sangat untuk berjalan jauh-jauh sambil berbulan madu. Semoga tahun 2014 ini akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan. Apa pun Jat suka dengan salah satu gambar “firework” yang telah dikongsi oleh Lisa menerusi Instagramnya. Awesome sangat-sangat!!!


Cantik kan??

Jom review beberapa keping gambar cute mereka.. :)



Sempoi je pasangan suami isteri ni...havoc, havoc, havoc!







Semoga bahagia ye... i want to be romantic like her..
eh, tetibe... :P


Love,
Nor Hafizah Mahazir


10 Bandar/Tempat Kos Sara Hidup Paling MAHAL Di Malaysia



Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup. 

1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru


Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.

Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.


Sumber : lamankongsi.com


Impian dan Azam..

Assalamualaikum..

Good morning sahabat sekalian.. Harini Jat nak bercakap tentang IMPIAN dan AZAM.. :)
Btw, i believe.. setiap orang masing-masing ada impian kan? Tak kisah la impian tu kecil ataupun besar.. Tapi ia tetap IMPIAN... Impian ni biasanya benda yang kita nak sangat dalam hidup.. i mean teringin..


Ada orang berimpian nak pergi umrah, nak pergi haji, nak round the world, nak shopping hari-hari, nak beli barang-barang branded, nak beli rumah besar, kereta besar, nak bawa anak melancong sana-sini, nak hantar anak pergi belajar di tempat lebih selesa, nak itu nak ini... Masing-masing ada impian yang berbeza..Takpe, yang penting ada impian..

Cuma ada beza antara orang-orang yang ada impian ini..
Samada kita berusaha atau focus untuk jadikan impian kita realiti atau sekadar impian je dan sekadar tinggal angan-angan.. 

Macamana nak jadikan impian kita realiti? Kena lakukan perubahan..Sebab kita nak capai impian..
Kalau kita still buat benda yang sama every day & night, so macamana nak capai?

Pernah tak kita fikir??

Zaman sekarang ni zaman moden dan berteknologi.. Kos sara semakin hari semakin meningkat.. Harga barang, minyak, elektrik, yuran sekolah, malahan tambang bas sekolah.. Tapi hakikatnya, kenaikan gaji tak selaras dengan kenaikan semua harga ni.. That's a reality..Macamana nak capai impian kalau gaji setiap bulan habis untuk keperluan asas sahaja.. 

Kita pergi pagi balik petang.. 
Hujung bulan tambah hutang..
Hujung bulan poket dah kontang..
Sampai bila nak macamni? Cuba renungkan dalam-dalam..

Kadang-kadang bila cuti sekolah je, tengok orang lain bawa anak-anak pergi melancong..
Tapi some of us, ada budget yang melencong..
Sampai bila anak nak kene kelentong?
Cakap tiket habis la, mama banyak kerja la, mama takde cuti la, hotel penuh la.. Tempat tu tak best la.. Tapi sebenarnya... ??

Mak ayah kita umur makin hari makin meningkat kalau kita tak buat apa-apa dari sekarang.. Tak tahu la sempat ke tak nak balas jasa kedua orang tua kita.. Baik kita bertindak sekarang.. Kalau tak dapat balas banyak, sikit pun jadi la..
Sekurang-kurangnya impian mak ayah tercapai..

Sebenarnya kita ada pilihan.. Pilihan di tangan kita.. 
Samada nak duduk dalam kepompong yang sama atau lebih baik kita lakukan perubahan untuk kebaikan masa akan datang..

Kita memang harus bersyukur dengan apa yang kita ada..
Tapi jangan berhenti berusaha untuk masa yang akan datang..
bukan untuk kita.. tapi untuk generasi kita..


Kita dalam kategori yang mana?

1. Masa memang banyak tapi duit kurang
- sebenarnya banyak buang masa.. orang bagi peluang, kita tak pe lah.. cukup apa yang ada..

2. Duit banyak tapi masa kurang
- sentiasa sibuk, xde life.. tiada masa..

3. Duit banyak, masa banyak
- quality hidup bersama keluarga
- ini yang kita nak.. time and financial freedom.. insyaAllah boleh capai..

Tepuk dada tanya hati kita berada di mana kan..
Kalau 1 dan 2, this is the time!!
Jom tunaikan tanggungjawab kita pada keluarga..
Beri kesempurnaan dan keselesaan..

Alhamdulillah, banyak IMPIAN Jat yang dah capai sepanjang Jat ceburi business ini..
dan masih ada lagi impian demi impian..
dari sehari ke sehari impian makin besar..
Bukan impian Jat sahaja..tapi impian bersama-sama rakan kongsi semua.. Alhamdulillah..
Yang penting kita ada AZAM untuk tunaikan impian kita dan impian keluarga kita.. 
Tanpa permulaan, takde la impian menjadi kenyataan..

Kita semua sama, yang membezakan kita adalah impian kita dan sekuat mana azam kita untuk tunaikan setiap dari  impian kita.. Tak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.. Semuanya boleh kita capai.. Boleh genggam.. Kalau kita nak dan sungguh-sungguh..

Jom kita bina impian masing-masing..
Jadikan impian kita semua menjadi realiti..

TEAMWORK PROJECT
Together Everyone Achieve More
Let's do it together with 
Premium Beautiful Business


Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244
nhafizahmahazir@gmail.com


Promotion! Premium Beautiful 2014!



Pengumuman untuk semua yang teringin nak pakai top corset Premium Beautiful.. Now Jat ada buat promotion yang memang tak pernah Jat buat before ni.. Tapi promotion ni sangat-sangat limited and first come first serve.. So, Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promotion ni..

FYI, Premium Beautiful ini direkabentuk 70% kesihatan 30% kecantikan.. Ianya ada Warranty service SEUMUR HIDUP.. So bila mengalami kerosakan ataupun masalah, boleh hantar repair FREE sahaja..

Premium Beautiful ini ada 3 pieces :

LONG BRA

1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Mencegah kanser payudara
5. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
6. Meransang pengeluaran susu ibu
7. Mengelakkan gastrik
8. Mengalihkan lemak-lemak di bahagian belakang dan tepi badan ke tempat yang sebetulnya
9. Mengelakkan lebihan lemak-lemak 'berkeliaran'


WAIST NIPPER

1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'strech-marks'
5. Membentuk pinggang
6. Baik untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki
8. Membantu mengurangkan senggugut
9. Migrain


LONG GIRDLE

1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan


So sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai Premium Beautiful & nak dapat this promotion price ( include FREEGIFT ) boleh call/whatsapp Jat, 012-4219244