Bakat Dalam Perniagaan


Assalam..
Kadang-kadang pernah tak terdetik dalam hati dan pernah tak tertanya-tanya dengan diri sendiri samada ada bakat ke tak dalam bisnes ni?
Perlu ke bakat kalau nak berniaga? Apa beza bakat dan skills?
For me bakat ialah gift yang sememangnya dah di pre-built dalam diri orang tu. Cth, nak jadi penyanyi mesti ada bakat. Tapi ada jugak penyanyi tak berbakat tapi bila Di ASAH, di TRAIN, di AJAR teknik pernafasan yang betul, teknik menyanyi yang betul, jadi jugak penyanyi yang top. Tapi kalau penyanyi tu dah berbakat ditambah pulak dengan dia belajar teknik-teknik nyanyian, lagi la meletop-letop!


Kadang-kadang kita tak perasan bila kita masuk sekolah,then masuk U, semua tu nak melengkapkan diri kita dengan skills, bila dah masuk kerja baru di apply segala knowledge, walaupun benda yang kita buat masa kerja tidak diajar masa U, tapi sebab kita ada skill untuk explore, ber eksperimen, kita mampu buat apa yang diarahkan cuma masa untuk develop skills tu maybe kalau dikira dari darjah 1 sampailah tamat U makan masa bertahun-tahun.
Kalau kata nak ikut bakat, masa saya kat kolej, ada pensyarah yang ajar saya sepatah pun tak faham, bukan saya seorang, hampir keseluruhan kelas tak faham, so adakah lecturer tu takda bakat dalam mengajar or dia perlu upgrade skill mengajar?
Dalam mana-mana bisnes pun sama, semua perlukan knowledge, skills, experience dan mentor untuk guide dalam bisnes masing-masing. Belajar dari pengalaman orang lain, jatuh bangun seseorang dalam dunia bisnes. Maybe orang kita tak biasa nature berniaga, orang kita biasa trend makan gaji, kalau dapat makan gaji dengan gomen, dah lega-lega sangatlah kan. Dapat duit pencen, harapkan anak kasi duit tiap-tiap bulan (kalau kasi). Tapi siapa boleh predict masa depan kita? Cuma sesuatu akan berlaku 5 tahun akan datang sekiranya seseorang ambil keputusan untuk keluar dari comfort zone. Dan keputusannya hanya boleh ditentukan oleh diri sendiri sama ada hendak berjaya atau gagal. Dan sekiranya gagal, percayalah Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia, pasti ada value yang perlu kita renung sama-sama.


Keseimpulannya, bakat boleh diasah, minat boleh dipupuk, jawapan semuanya terletak pada diri sendiri. Jangan cepat mensabotaj diri sendiri. Appreciate diri sendiri dan bersyukur serta bertuahnya kita dapat mengkaji segala kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Dan if ada yang cuba menegur kekurangan kita, belajar untuk menerima kerana kita sendiri tidak nampak apa ada kat belakang badan kita sendiri..

.. Just a small little thought..<3

No comments:

Post a Comment