Cerita IFTAR 2014

Assalamualaikum sahabat sekalian :)

Hari ini sudah pon memasuki 26 Ramadhan..Ya Allah, masa berlalu dengan pantas sekali.. Tup tup tup cukup sebulan kita berpuasa & tibalah hari raya.. 

Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan berbuka puasa dengan kawan-kawan yang lain.. Walaupon ada yang rancang tapi tak jadi.. hehe!

Ini cerita iftar tahun 2013 ---> klik sini


Ramadhan 7
Lokasi : Nurul Ikan Bakar, Pulau Pinang



Ramadhan 17
Lokasi : Nurul Ikan Bakar, Kulim



Ramadhan 21
Lokasi : Siam Express, Queensbay Mall



Selebihnya berbuka puasa dengan family :) Bagi ulasan ketiga-tiga tempat yang Jat berbuka ni memang terbaik la.. Manakan tidak, makan sampai bertambah nasi..eh! hehe.. InsyaAllah, jika di panjang kan umur, berjumpa Ramadhan tahun depan, boleh la buka puasa lagi ramai-ramai..


Love,
Nor Hafizah Mahazir


Harga Runtuh Premium Beautiful!!!

Ya Allah, bulan yang mulia ni dan sempena Hari Raya Aidilfitri menjelang tak lama lagi, Jat berbesar hati nak beri promosi harga runtuh Premium Beautiful.. Sayang sangat kalau terlepas cause after ni mayb dah tak dapat harga macamni.. Seram je dengar.. Kalau before ni ramai yang tanya dah takde promo ke? So inilah masanya.. Uols bayangkanlah dapat harga runtuh pastu dapat gift pulak.. Pastu harga runtuh pulak mencecah hampir RM400++ tuu....




Uols boleh dapat harga special ni bermula dari 20 Julai 2014 - 31 August 2014.

Bukan tu je, uols boleh dapat FREEGIFT 


FREE SEBOTOL NATURAL PB WASH
untuk mencuci Premium Beautiful


FREE SAMPLE MINERAL COFFEE 
di mana ia membantu untuk
- sembelit
- mengurangkan kolestrol dalam badan
- memberikan kecergasan pada badan walaupun ketika berpuasa
- menstabilkan tekanana darah
- tinggi kalsium & magnesium (utk jantung)
- membantu diet juga

Last but not least


Wowww freegift from AUSTRALIA!!


Apa itu ECZEMA?


ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali. Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanak berumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".

"Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity". Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa.

Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. 
Semua orang ada potensi untuk mengalami eczema,tak kira usia.Tapi yang selalu kita dengar,eczema ni selalu dialami oleh kanak2. Selalunya orang yang mengalami eczema ni mempunyai sejarah keluarga yang memang ada eczema or sejarah keluarga yang mengidap asma or hay fever. Dan eczema juga dipercayai selalunya dialami oleh orang yang  ada alahan terhadap makanan, asthma and allergic rhinitis.

=================
GEJALA ECZEMA
=================
Acute Eczema 
"Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan. 
"Papules", pembentukan tompok-tompok merah
 Eczema Kronik 
Kulit mejadi kering, berair dan bersisik. 
Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

 ======================
PUNCA - PUNCA ECZEMA 
======================

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis. 
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

==========================
RAWATAN UNTUK ECZEMA
==========================
  • Mandi setiap hari dengan produk mandian yang lembut dan merawat kulit kering
  • Gunakan pelembap pada kulit
  • Sapu ubat sapu yang mengandungi steroid atau ubat sapu penghalang calcineurin
  • Sapu antibiotik
  • Penggunaan sedatif antihistamin
  • Sabun Marine Essence Beauty Bar

============================================
TESTIMONI ECZEMA GUNA MARINE ESSENCE BEAUTY BAR
============================================




=======================================
TIPS UNTUK IBU-IBU YANG ADA ANAK ECZEMA
=======================================

a) Memula setting mind supaya berfikiran positif dan anggap keadaan tu boleh dikawal dan bukan selama-lamanya. bila mak positif, baru husband pun positif.
 
b) Jangan biarkan melarat. Bawa anak jumpa pakar kulit untuk dapatkan jenis ubat/krim yg serasi dengan anak.
 
c) Elakkan anak daripada menggaru kawasan Eczema.  Pastikan kawasan terkena eczema lembab, jgn biar kering. Alihkan perhatian bayi dengan agah2 dia, cakap dgn dia, jgn bg dia garu. jika perlu, pegang tangan dia. (believe me, baby tak suka tangan dipegang). Jika baby menangis, jgn marah dia, ingat, baby rasa tak selesa.kesian kat dia. Nak cakap takleh, nangis jela..
 
d) Boleh cuba gunakan produk seperti Marine Essence Beauty Bar kerana ia berasaskan sumber semula jadi/ berubat. Jangan main hentam jer. Leh try n error, tapi kene perhati kesannya pada bayi. Sekang banyak produk yg dibuat khas utk baby eczema.
 
e) Jika bayi menyusu badan, Si ibu kawal pemakanan, elakkan makanan laut, kekacang dan makanan gatal yg lain.Dan elakkan makanan tersebut kene pada kulit bayi. Nanti ayahnya makan udang, pegang udang, pastu pegang pipi bayi. nescaya, naik merah la....
 
f) Bekalkan gak krim/ubat/ produk yg sama yang serasi dengan bayi ke pengasuh/taska.  Pesan dan explain keadaan bayi pada mereka.
 
g) Bagi kulit yg kene eczema, tak yah la sapu bedak ke, losyen baby ke, memadai sapu krim yg sesuai dengan mereka.
 
h) Lastly, berfikiran positif, positif, positif. Kat luar sana lebih ramai lg yg Eczemanye kronik.



Pray For GAZA




Jat rasa bukan Jat seorang je yang tersentuh hati bila tengok gambar-gambar yang di upload kat Facabook.

PRAY FOR GAZA.
Kebanyakan anak-anak kecil dan baby yang dipaparkan. Subhanallah memang tak sanggup nak tengok, mereka belum paham apa erti kehidupan pun lagi tapi kena melalui semua tu. So kita perlu bersyukur sangat dengan kehidupan kita yang aman & bebas dari keganasan tu semua.



Maybe kita tidak boleh nak bantu pegang senapang nak berperang tapi kita hanya boleh membantu dengan berdoa dan menderma untuk mereka. Tiada yang diminta oleh mereka kecuali keamanan. Tambah plak sekarang Bulan Ramadhan.

Sekarang nak derma pun dah mudah hanya dihujung jari sahaja. Caranya mudah just taip :
PALESTIN 1 untuk dermakan RM1
PALESTIN 3 untuk dermakan RM3
PALESTIN 5 untuk dermakan RM5
&
PALESTIN 10 untuk dermakan RM10

kemudian hantar ke 39111


Semoga dengan derma yang kita berikan dapat meringankan beban mereka. Insyaallah....

Dalam masa yang sama kita memanjatkan doa kepada Allah semoga mereka diberikan keamanan dan selamat dari semua dugaan tersebut.

PRAY FOR GAZA!!!

PEACE NO WAR!!!



Love,
Norhafizah Mahazir


Kisah ‘LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT’ by Dato’ Roslan Ab Hamid

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN
SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.
Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
******************************************************
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI 5
Saya cari dia sepanjang bulan puasa. Selepas asar di tempat biasa. Dia tiada. Tidak ada lagi pada sudut tepi tiang di masjid. Di mana dia? Apakah dia sakit? Atau pergi umrah.
Pagi tadi, dengan izin Allah jua saya temui dia. Tenang bersahaja. Kali ini berjubah. Selepas subuh dia ambil al Quran dan baca. Bacaan lancar dengan tajwid yang sedap didengar. (Nota: Saya tidak boleh kata betul, kerana itu bukan bidang yang saya berpengetahuan).
Lama dia baca. 1 jam 26 minit. Lepas itu dia sambung solat, dari kejauhan saya perhatikan. 4 rakaat Dhuha. Dia berdoa panjang juga, memohon keampunan dan dipermudahkan kehidupan zuriat dan keturunan, diberi keamanan buat bumi yang tercinta. Selesai lelaki tua itu bersolat saya datang menghampiri dia.
Dia terlebih dahulu memberikan salam. Senyum mesra menyapa. Dia berkata, sebelum saya sempat bersuara.
“Selalu lepas Asar tiada di tempat biasa, Pak Cik keluar lihat lihat juadah berbuka. Hidup ini kena nikmati jua. Apa yang boleh makan dan terasa mahu makan, belilah. Dihujung usia, adalah merasa nikmat yang Maha Esa.Itulah namanya nikmat yang tidak dapat kita dustakan. Beli tanpa berkira. ramai peniaga cari rezeki.
Bahagi kepada jiran tetangga dan sanak saudara. Inilah waktu kita beramal dan merapatkan jalinan saudara. Jiran adalah saudara kita terdekat. ia umpama tubuh badan kita.”
Saya kata, “ramai orang mahu petua pak cik lagi”. Dia pun tenang merenung panjang. Kata beliau, (saya notakan dalam bilangan)
#21. Berusahalah untuk jadi orang kaya. Kaya tidak menambah sombong, besar, berlagak. Kita berharga di sisi Tuhan apabila kekayaan kita menambah manfaat pada orang. Kita mulia disisi Tuhan apabila miskin kita tidak menambah beban. Miskin tidak menyusahkan orang.
#22. Sepanjang hidup kita bakal diuji. Ujian miskin. Ujian kaya. Orang yang tahan ujian itu umpama emas. Jatuh ke tanah ia emas. Letak dibadan, ia emas. Letak di kepala, ia emas. Ujian datang dalam bentuk kesakitan, kerugian, kehinaan. Ujian juga boleh datang dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Berhati hatilah dengan ujian.
#23. Anak mahu tahu apakah perkara yang menyebabkan malaikat rasa cemburu pada kita? Apabila kita beri madu tatakala kita diberi racun sebelumnya. Tanya saya, “maksudnya? (saya pohon pencerahan). Lelaki Tua itu berkata, apabila kita membalas kebaikan pada kejahatan orang. Tiada dendam melainkan rasa insaf diri mahu membawa kebaikan walaupun kita pernah dikhianati dan dikerjakan teruk oleh orang itu.
#24. Pada detik ini dia menangis teresak esak. Kata beliau, “Pak Cik rindukan emak. Emak adalah himpunan khazanah kaya yang tidak ternilai harga. Pada teman teman anak, detik ini kembalilah kepada emak.Buka puasa dengan emak dan ayah. Suapkan emak. Seluruh harta dunia yang kita miliki tiada kan sama dengan emak dan ayah”
#25. Apabila emak dan ayah sudah tiada bertimbang rasa pada keluarga. Pak Cik pernah dengar orang alim kata, orang yang paling sempurna imannya adalah orang baik budi, mulia pekerti. Orang yang bertimbang rasa dan bertolak ansur pada keluarga”. Jadi orang mulia anak. Mulia bukan mahsyur nama. Mulia bukan berkuasa. Mulia kita apabila akhlak terpelihara.
(Nota: Rasulullah SAW bersabda, “Aku diutus oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak” (HR Ahmad) ).
(Bersambung)
******************************************************
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT SIRI 6.
Lama dia merenung saya. Pandangan beliau jauh dalam genangan air mata. Dia nyata menerobos masa sekarang pulang ke masa silam. dalam hati saya berkata, orang tua memang begitu. Mudah pilu.
“Pak Cik boleh kaya jauh lebih kaya dari sekarang, andai halal haram Pak Cik letak ke belakang. Dulu dulu ramai orang mahu kerja kerajaan. Yang berniaga tidak ramai. Jadi, peluang untuk Pak Cik banyak. Malah Pak Cik pernah ditawar AP Kereta. Tapi semuanya Pak Cik tolak”
“Pak Cik senang berdagang cara buka kedai macam sekarang. Ada untung simpan. Cukup simpan labur. Beli bangunan. Alhamdulillah adalah sikit sikit. Namun petua hidup tenang, yang Pak Cik nak kongsi untuk teman teman anak adalah seperti ini”
# 26. Jaga maruah kawan kawan. Usah cerita keburukan orang lain. Apabila cerita itu tidak benar, jatuh pada fitnah. Apabila cerita itu benar, itu mengumpat namanya. Ghibah itu berdosa dan menambah gelap hati kita. Pak Cik dengar ustaz mengajar atas masjid ini, apabila kita dengar saudara seagama diumpat dan kita tidak membelanya maka kita ikut tanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat.
Habis mengajar, Pak Cik dan kawan kawan bawa ustaz itu pergi makan, tiba tiba ustaz itu bercakap pasal keaiban orang. Pak Cik bangun, bayar semua makanan dan pergi. Pak Cik bukan orang sufi. Pak Cik tetap ambil ilmu dia, sebab mutiara tetap berharga walaupun penyelamnya orang hina. Pak Cik pergi,cuma mahu jaga hati sendiri, tidak mahu dinodai.
Apabila hati bersih, senyum kita nampak ikhlas dan bisnes kita jadi mudah.Cerminan hati terpancar di muka dan apa yang kita niaga jadi mudah belaka. Di terima dan pelanggan datang beli sokmo. (nota: sokmo adalah bahasa Kelantan yang membawa maksud berulang ulang)
# 27. Untuk bisnes maju, doakan kebaikan teman teman. Apabila kita doakan sahabat sahabat yang jauh, malaikat mendoakan kita pula. Bayangkan malaikat yang doakan kita. Berkat. Amalkan ini anak. Amalkan selalu. Amalkan doakan untuk sekurang kurangnya 100 orang sahabat kita setiap hari. Amalan ini besar khasiatnya untuk hati kita jadi lembut dan bisnes kita berkembang.
#28. Bertahajud. bermunajat. Apabila kita tidur syaitan ikat kita dengan tiga ikatan. sebaik tersedar sebut nama Allah. Kemudian berwudhuk. Dan terus Tahajud. Lepaslah tiga ikatan syaitan. Tahajud adalah cara kita syukur pada Allah atas segala nikmat.
Anak tahu rumah Pak Cik paling besar di kawasan ini. Ia seakan cantuman 3 buah rumah banglo. Padahal Pak Cik hanya peniaga kecil berbanding dengan orang lain. Anak tahu semua yang tinggal kawasan ini orang bernama. Kenapa di hujung usia mereka tidak kaya?
Ianya nikmat yang disyukuri. Nikmat apabila tidak didustakan lekat tidak tiris. Sesiapa yang tahajud terus menerus ada 9 kurniaan. Lima kurniaan di dunia dan empat kurniaan di akhirat. Anak, bertahajud lah. InsyaAllah selamat.
Pantang besar orang tua dahulu dahulu untuk terus tidur apabila ayam telah mula berkokok pada hujung malam. Kita bangun dalam gelap mencerah hati menghadap Tuhan pemilik alam.
#29. Anak, untuk berjaya dalam bisnes, kita mesti berhati hamba. Siang kita dambakan pada pelanggan. Mereka betul. Kita bukan salah, cuma kita mengalah. Mereka rasa serlahan jiwa kita dan mereka datang secara berulang ulang. Malam kita hamba merintih pada Pencipta.
Anak, ibadah, bukan sekadar rukuk dan sujud. Bukan sekadar gotel (baca:gentel) tasbih zikir dan tahmid. Ibadah juga bukan sekadar zakat dan sedekah. Ibadah adalah hati yang ingat sokmo pada Allah. Hati yang tidak ingat Allah hati seorang Tuan. Seorang yang rasa diri “tuan pemilik” sukar untuk dapat nikmat berTuhan.
Hanya belas kasihan Allah dapat jauhkan kita daripada segala bala bencana.
Anak. hari sudah tinggi. Pak Cik mahu balik. Sambil berjalan balik ke luar masjid, beliau memberikan petua terakhir untuk hari itu.
#30. Bangun pagi. Tadi tahajud. Kemudian Subuh. Seboleh mungkin usah bangun dari sejadah sampai Dhuha. Baca Al Quran. Zikir. Lanjutkan sampai Dhuha. Beribadat pada Allah. Kemudian cari nafkah halal. Ia mendatangkan keberkatan rezeki.
Tatkala berpisah, dia membaca surah an Naba ayat 11, “Dan kami jadikan waktu siang untuk mencari penghidupan (rezeki).”
Doakan kami bertemu lagi.

Seram dengar FIBROID


Apakah yang dimaksudkan dengan fibroid?
Bagaimana ia boleh berlaku?
Adakah ia merbahaya?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan pada dinding rahim yang biasanya terjadi di kalangan wanita berumur 30 ke 40 tahun. Dinding rahim terbahagi kepada 3 lapisan. 'Serosa', 'myometrium' yang terdiri daripada sel-sel otot yang paling dalam adalah endometrium. Fibroid tumbuh dibahagian otot ataupun 'myometrium'. Ia mungkin satu ataupun berbilang. Sehingga kini, sebab berlakunha masalah ini masih belum diketahui. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ketumbuhan ini berlaku disebabkan oleh rangsangan hormon estrogen ataupun 'xenoestrogen' (bahan kimia seperti estrogen yang datang daripada persekitaran kita seperti penggunaan baja dan racun serangga serta pil perancang). Wanita yang sudah menapous, tidak mengalami masalah ini kerana ovari mereka tidak menghasilkan estrogen lagi.

Siapakah yang berisiko menghidap masalah ini?
Dan adakah ia sejenis penyakit keturunan?

Wanita di peringkat umur 30 ke 40 tahun sangat berisiko untuk mengalami masalah ini. Apabila sudah mencapai umur menopous, masalah ini tidak akan timbul kerana kurang/tiada rangsangan daripada hormon estrogen. Walau bagaimanapun, fibroid bukanlah masalah keturunan.

Bagaimanakah fibroid ini boleh menjejaskan kesuburan?
Apakah simpton-simpton yang boleh dikenalpasti?

Fibroid hanya menyumbang kepada 3 peratus masalah kesuburan. Kedudukan fibroid memainkan peranan dalam dalam menyukarkan kehamilan. Jika fibroid terbentuk betul-betul di bawah endometrium (submucosal fibroid), ia akan menyukarkan telur yang telah disenyawa melekat pada dinding rahim. Fibroid juga boleh membuatkan salur fallopian tidak betul pada kedudukannya sehingga telur tidak dapat mengalir ke rahim dengan baik. Tidak ada simpton khusus untuk mengaitkan ketidaksuburan dengan fibroid. Seseorang wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami kesukaran untuk hamil. Walaubagaimanapun, ketumbuhan ini boleh dikesan dengan pemeriksaan 'ultrasound'.

Adakah masalah ini boleh dirawat?
Dan apakah rawatan yang perlu dibuat?

Rawatan bagi ketumbuhan fibroid adalah melalui pembedahan. Jenis pembedahan bergantung kepada keadaan wanita berkenaan. Sama ada masih mahu hamil atau tidak. Jika mahu hamil, maka pembedahan yang dilakukan digelar 'myomectomy' di mana fibroid akan dibuang dan rahim dikekalkan. Jika wanita terbabit tidak mahu mengandung lagi, maka pembedahan 'hystrectomy' akan dilakukan dimana seluruh rahim akan dibuang. Setakat ini, tiada pil yang berkesan untuk mengecutkan fibroid.

Adakah rawatan fibroid boleh menjejaskan proses mendapatkan anak?

Rawatan fibroid dengan pembedahan 'myomectomy' tidak akan menjejaskan kehamilan seseorang wanita.

SOLUTION


Just nak share ngan u olls, my friend yang ade masalah fibroid bila jumpa doktor, dia suggest tengok sebulan dulu macamna. Kalau makin membesar means kena operate la, so aida suggest kat my friend try pakai Premium Beautiful dulu sebab ade kes my client yang ade cyst pakai sebulan after that gy check up cyst tu dah takde. So my friend pakai, after sebulan gy check up doktor bagitau fibroid dia dah makin mengecut. Alhamdulillah, Premium Beautiful as salah satu rawatan alternatif. Tak la mahal kalau nak dibandingkan dengan operation.


Sharing is Caring

Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com


Makan Maharani ni boleh mengandung ke?


Salah satu khasiat HERBA MAHARANI adalah untuk menguatkan otot-otot rahim serta tempat peranakan.  Disamping itu HERBA MAHARANI sesuai untuk mengatasi masalah :-

*Segugut
*Keputihan
*Haid tidak teratur
*Merangsang hormon estrogen & progesteron
*Melancarkan peredaran darah


Zaman sekarang memang terlalu ramai wanita mempunyai masalah untuk menimang cahayamata.  Ini disebabkan oleh masalah-masalah diatas.

-Haid tidak teratur disebabkan PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) yang merupakan  salah satu penyebab seseorang wanita itu sukar untuk mendapat anak.

-Otot rahim yang tidak kuat juga menyebabkan kandungan gugur diawal kehamilan.

-Masalah hormon yang tidak seimbang turut menjadi penyebab utama wanita masa kini tidak subur.

Jika masalah tersebut dapat diatasi maka peluang untuk mengandung juga adalah lebih tinggi.Jadi tidak mustahillah ramai wanita yang ada masalah kesuburan telah berjaya hamil selepas mengambil HERBA MAHARANI selama beberapa bulan.


HERBA MAHARANI adalah produk keluaran Beijing Tong Ren Tan yang berasal daripada Negara China.

JANGAN RISAU & RAGU KERANA HERBA MAHARANI CONFIRM HALAL
HERBA MAHARANI-The Zhi Bai Feng Wan mendapat pengiktirafan HALAL oleh PERTUBUHAN CINA ISLAMIC ASSOSIATION (salah satu perbadanan ISLAM di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM)


Juga diluluskan
Kementerian Kesihatan Malaysia - MAL 20014419T




Disebabkan HERBA MAHARANI ini adalah produk dari luar negara,maka itu JAKIM tidak boleh meletakkan LOGO HALAL pada kotak HERBA MAHARANI.

Tetapi pihak JAKIM telah mengiktirafkan badan-badan ISLAM di luar negara seperti CHINA ISLAMIC ASSOSIATION dan HERBA MAHARANI telah mendapat SIJIL HALAL dari badan tersebut.

Cara makan HERBA MAHARANI yang disyorkan adalah 25-50 biji kecil sehari.
Mulakan makan HERBA MAHARANI hari pertama selepas period.


"Masa terbaik untuk makan HERBA MAHARANI ialah waktu pagi sebelum sarapan.
Boleh juga dimakan pada waktu malam.
Seandainya anda berpuasa..
makanlah HERBA MAHARANI semasa anda bersahur..
Mestilah dimakan bersama dengan air suam."


HERBA MAHARANI mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama kepada sesiapa yang belum pernah memakan sebarang jenis pil herba.
Sebaiknya memulakan dengan 25biji...sekiranya badan terasa panas..perbanyakkan minum air  kosong/mineral.Kemudian kurangkan kepada dos yang sedikit diantara 10-15 biji.
Jangan ambil kurang daripada 10 biji sehari kerana takut ianya tidak berkesan.
Kuantiti di dalam sekotak HERBA MAHARANI ialah :-

6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

-Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)

-Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak dan stop dulu untuk bulan itu,sambung selepas period)

-Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak dan stop dulu untuk bulan itu,sambung selepas period)

KEHEBATAN HERBA MAHARANI
*Menyelesaikan masalah wanita dan remaja (keputihan,peredaran haid,segugut)

*Menguatkan serta mengecutkan rahim serta sistem peranakan dan turut menjadi malan selepas bersalin.

*Melegakan masalah sakit pinggang,sakit belakang,sendi,lutut,migrain,angin dalam badan,lenguh-lenguh,kebas dan juga urat saraf.

*Melambatkan masalah monopous.

*Sistem organ dalam tubuh akan berfungsi dengan baik (anti penuaan,awet muda,kecantikan dan kesuburan)

*Menegang dan memberi keanjalan pada kulit terutamanya pada bahagian payudara,ovari,kawasan perut dan pinggul.

*Menigkatkan kadar metabolisma.


Mari dapatkan sekotak hari ini untuk rasai kehebatan Herba Maharani. Hubungi saya:-

Love,
Nor Hafizah Mahazir,
012-4219244 (whatsapp)
Email : nhafizahmahazir@gmail.com