Pre-wedding shoot @ Penang

Assalamualaikum,

Pre-wedding shoot. 
Actually tak terfikir pon nak buat pre-wed ni. Tapi memandangkan takde gambar yang helok untuk letak dalam banner kahwin nanti, so aku decide dengan Encik Tunang untuk tangkap gambar la. Agak kelam-kabut jugak la nak arrange shoot ni. Memula tu plan nak upah photographer la. Tapi memasing busy sangat. Kena kira bajet juga sebab bagi aku semua benda nak kena ambil kira. Taknak la membazir macam tu je kan. Lain orang lain cara.

Memula tanya Encik Tunang nak shoot kat mana. Kami decide nak buat kat pantai. Terjebak dengan gambar-gambar orang lain kan. Tapi lastly, shoot dekat Penang je. Nasib la Encik Tunang tahu selok-belok Penang. 

Baju pon kitorang recycle balik je yang mana ada. Mekap pon sendiri. Hentam saja la. hahaha
And nak tahu, yang best nya kitorang shoot sendiri je. Jimat segalanya. 

So kitorang keluarlah segala skill yang ada. Memandangkan tarikh majlis semakin hampir, memang kena buat kerja pantas.

Aku sharekan beberapa gambar yang kitorang sempat shoot.

Enjoy ya ;)


Mekap sendiri ja. Encik Tunang kata boleh pon mekap sendiri. Cincai aja la bukkk..










Maka terhasil lah banner wedding kami.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Cantik dan kemas. Banner ni termasuk dengan pakej kad kenduri. Highly recommended.
Deign pon semua yang latest-latest tau.

Actually, banyak lagi tempat-tempat menarik kat Penang. Tapi disebabkan kami kekangnan masa, maka tuju beberapa tempat ja la..


Ok bye bye :)

TDC Utara | Training Class

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah, kelas pertama untuk TDC Utara dah pon selesai dengan jayanya. Permulaan tahun yang baik. Jat di beri peluang oleh CDM Yong untuk jadi speaker. Sampaikan ilmu pada rakan-rakan kongi di utara ni. Nervous rasa happy ada, Sebab jat bukan seorang yang suka bercakap di depan & ada perasaan darah gemuruh sejak study lagi. Kiranya kalau kerja-kerja di belakang tabir, takde masalah. 

Tapi dengan keyakinan yg tinggi dan support yg kuat dari CDM Yong, Jat sahut cabaran, Walaupon banyak yang perlu diperbaiki, takpe :) Jat belajar sesuatu kan. Mana mungkin kita terus pandai kalau tak lalui peringkat demi peringkat.

So kelas kalini, Jat dan rakan kongsi yg setia bersama dari dulu iaitu DSM Kak Siti Norizam. Dan yang paling best, ada tetamu istimewa datang jugak iaitu DDM Olyn dari Melaka yang turut bagi sokongan pada kami team utara ni, Ada juga beberapa tips dan cerita yang di kongsikan oleh ex-senior engineer ni, Olyn cerita kan macamana beliau boleh buat keputusan dari Senior Engineer yang gajinya masa tu RM8000 turn to fulltime mumpreneur dgn income 5 angka. Hebat!!

Dan slot terakhir mestilah dari CDM Utara iaitu CDM Yong. Kongsikan beberapa tips yg tiptop untuk semua rakan kongsi. Best nya bila hadir setiap kelas ni bukan apa, Jat dapat ilmu yg berbeza, ilmu-ilmu baru, tip-tips baru. Direct teru meresap dalam jiwa, gituwww!






Alhamdulillah, kami bertiga masih lagi bersama :)

Tak lama lagi our company buka new trip ke Gold Coast. Ada yang nak join? Ada yang teringin nak pergi ramai-ramai secara percuma? Jat boleh share ilmu macamana nak pergi free trip bersama-sama SHOM.




New Sales Manager & Senior Sales Manager in house!!

CONGRATULATIONS!!

SALES MANAGERS & SENIOR SALES MANAGERS

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tercapai jugak nak naikkan a few rakan kongsi untuk capai pangkat Sales Manager (SM) & Senior Sales Manager (SSM) before end of December 2016.

3 orang rakan kongsi dari #teamFizaMahazir berjaya melepasi step by step :) This is new life..

Tahniah Jat ucapkan pada yang rakan kongsi yang capai pangkat pertama, Sales Manager dengan mata terkumpul RM20,000 dan juga Senior Sales Manager dengan mata terkumpul RM60,000.

Kita semua sama sahaja, bermula dari tangga pertama sebelum naik ke tangga seterusnya. Langkah beribu batu tetap bermula dengan langkah yang pertama.




Seronok bila tengok rakan kongsi pon sama-sama naik pangkat. Bila naik pangkat ni, prestasi bonus pon meningkat tau. Tahniah lagi sekali pada uols. Tingkatkan usaha lagi untuk menuju ke puncak kejayaan. Kami bermula dengan impian yang berbeza tapi menuju matlamat yang sama. Tahniah lagi sekali untuk rakan kongsi yang bakal di raikan March 2017 nanti.


"Perjalanan ini baru sahaja bermula Banyak liku dan tangga yang perlu di daki untuk sampai puncak. Takkan pernah ada erti penat sebelum sampai ke hujungnya.."





Hello 2017!


Semua pakat share azam tahun baru kan? :)

Semua dah tak sabar nak meninggalkan 2016,
....

Semua dengan penuh harapan nak sambut kedatangan 2017 dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Thi is the time, untuk kita tutup buku lama dan buka buku baru, Harini bermulalah mukasurat 1/365 kan. Segala yang manis abadikan sebagai kenangan, yang pahit jadikan pengajaran untuk diperbaiki di masa akan datang, In Sha Allah.

So apa azam Jat tahun ni?

1. NAK MENJADI HAMBA YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUM NI, ANAK YG SOLEHAH DAN TAAT PADA MAK ABAH.

2. NAK JADI MANUSIA YANG BANYAK BERI MANFAAT KEPADA MANUSIA LAIN.

3. NAK MAJUKAN LAGI BISNES DENGAN MENCAPAI 5 ANGKA SEBULAN. BOLEH KE?

4. NAK SENTIASA BAHAGIA DAN BAHAGIAKAN ORANG LAIN.

5. NAK KAHWIN :):):) 


Banyak sebenarnya azam Jat tahun ni. In Sha Allah, Akan cuba capai satu-persatu.

You all dah tulis dan lakar ke apa impian dan matlamat yang nak capai tu? Siapa yang belum cepat-cepat tulis ok. 

In order to realize our dreams and targets, kita lakarkan apa yang kita nak tu,

Together We Strive for a Better Year In Sha Allah,
HAPPY NEW YEAR TO ALL..